Tuesday, August 27, 2013

Jelita Sept 2013 || Kejayaan itu adalah milik Allah!!!



Jumaat lepas, wartawan yang interview saya telah tagkan gambar2 dan cerita2 yang akan keluar dalam Majalah Jelita keluaran Sept dalam Instagram saya. Saya sangat teruja dan tak sabar nak baca kisah Kejayaan yang dipinjamkan olehNya kepada saya. Terketar-ketar juga semalam tangan saya membelek helaian demi helaian sebelum sampai ke ruangan Jejak Jaya tersebut. Tatkala sampai ke ruangan tu, bergenang air mata melihat gambar kami suami isteri dan saat membacanya di Aeon semalam, hampir tumpah juga air mata ni. Siapa sangka, dulu-dulu baca kisah kejayaan pengasas komestik tu, pengasas business ni, pelopor perniagaan tu, alih2 dengan Izin Allah, kisah saya turut berada di ruangan yang hampir sama.


Setiap orang yang berjaya ada kisahnya sendiri. Ini kisah kami yang bermula dari 10 tahun yang lepas. Kami bermula dari kosong. Kosong pengalaman, kosong kewangan, kosong mentor, dan kosong strategi.

Sejak zaman belajar di Universiti, saya dan suami (masa tu belum jadi suami lagi) dah berniaga kecil-kecilan utk mencari wang saku. Bayangkan saya masak nasi lemak dan sambal dalam rice cooker jer dalam hostel, dan suami yang tolong jual ke blok antara blok.

Masa zaman belajar master, saya pula dipermudahkan rezeki utk mengajar di Pusat Tuisyen owner cina. Kelebihan saya dipilih kerana saya sahaja calon yg boleh berbahasa mandarin. Dan itulah kali PERTAMA dan kali TERAKHIR saya bekerja dengan orang.

Mungkin Aturan Allah itu dah cantik! Dari pengalaman mengajar selama 2 bulan disitu, banyak yang saya perhati dan kaji. Dalam diam saya cuba belajar sendiri macam mana nak buka business Pusat Bahasa dan Tuisyen Pelangi.

Mula2 business, memang kami kosong. Dan segalanya kami buat sendiri. Seperti strategi pemasaran, saya dan suami memulakan dengan mengedarkan flyer2 di Pasar Malam. Malu??? Memang malu tapi apabila tekad utk berjaya mengatasi segalanya, malu itu kini berbaloi.

Renovate kedai?? Mana mampu nak upah kontraktor dan designer masa tu, harapkan keluarga mertua yang sanggup turun dari kelantan dan rakan2 baik yang sama2 mengecat dan juga kedai kami itu. Jasa kalian semua amat kami hargai sehingga sekarang.

Kami mula dengan 1 orang tutor termasuk kami sendiri mengajar dan juga hanya 10 orang pelajar pada ketika itu. Dan setiap tahun dengan Izin Allah, peningkatan pelajar makin bertambah dan terus bertambah seiring dengan kualiti yang diberi oleh pihak kami. Dan Alhamdulillah, hingga kini pelajar kami mencecah 150 orang pelajar dan belasan tutor. Itu tidak termasuk pelajar2 antarabangsa dan juga pelajar2 dewasa.


Hampir setahun berniaga, kami mengambil keputusan berkahwin. Syukur dengan rezeki perniagaan kami, wang hantaran serta majlis kahwin adalah menggunakan wang business kami sendiri. Teringat kata2 ayah mertua kepada suami saya ketika itu "mu berniaga orang ke berniaga apa semua guna duit mu sendiri ni"?

Tidak beberapa lama kemudian, saya dapat tawaran jadi pensyarah di sebuah IPTS di Shah Alam, namun saya menolaknya kerana saya sayangkan business dan suami saya. 

Hubungan kami yang sah membuatkan kami masing2 lebih kuat bekerja utk masa depan kami. Alhamdulillah, 5 bulan kahwin kami mampu membeli rumah sendiri. 1 bulan sebelum kahwin kami mampu membeli kereta ke 2 kami. Semuanya dengan Izin Allah. 

Melibatkan diri dalam bidang pendidikan membuatkan saya seronok. Seronok dapat mengajar pelajar yang lemah hingga jadi pandai, seronok dapat membantu orang ramai mencari duit lebih, seronok dapat berkongsi ilmu yang mana ilmu itu kemudian dikongsikan pula kepada orang lain. Prinsip saya hanya satu " Ikhlas kita tambahkan nilai kepada anak orang lain, ikhlas juga nanti guru2 anak kami menambah nilai kepada mereka".


Kejayaan yang terhasil daripada BAWAH lain perasaanya. Kerana setiap kali kita mengenangkan saat2 jatuh bangunnya dalam business, pasti air mata akan bertakung dan menangisnya kami suami isteri tiada siapa yang tahu. Kalau boleh masalah kami memang kami tak akan ceritakan kepada orang utk minta simpati. Ini adalah jalan yang Allah tetapkan kepada kami, maka just follow sahaja GPS yang Allah telah sediakan kepada kami.

Sejajar dengan business pendidikan kami, Produk baru kami CocoDamia terhasil kerana tujuan yang satu!!! Semuanya kerana Allah. Sudah tiba masanya kini kami menolong orang lain pula samada dari segi kesihatan atau ekonomi. Disamping dapat juga menambah nilai kepada orang ramai betapa hebatnya amalan pemakanan sunnah dan juga kebaikan Lubanah yang tiada tandingannya. Alhamdulillah, jalan kerja yang betul, niat kerja sebagai ibadat, jujur dengan pelanggan dan kualiti dijaga, Allah permudah segala urusan CocoDamia-Coklat IQ.

Untuk menceritakan semua yang berlaku dalam tempoh 10 tahun berniaga memang tak cukup di sini, dan tak cukup juga dengan 3 helai ruangan JEJAK JAYA dalam majalah JELITA keluaran September ini. Namun insyallah mana pengalaman yang boleh dikongsi bersama, semoga menjadi inspirasi kepada kalian semua.

Sesungguhnya KEJAYAAN itu adalah milik Allah. Anugerah daripada Allah saya sebagai "Usahawan" akan saya pikul amanah itu sebaik mungkin. 

Memang betul KEJAYAAN yang kita tempa itu adalah hasil usaha titik peluh sendiri dan susah payah kita, namun ingatlah KEJAYAAN kita itu ada hubungkaitnya hubungan kita denganNYA

Bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya ia bukan milik kita. Oleh itu sedarlah sentiasa, semua itu dari Allah SWT. Dan sesungguhnya KEJAYAANKU adalah KEJAYAAn ISLAM. 

Asalkan kita terus istiqamah dan beramal, Insyallah kita pasti mencapai impian kita yang tiada mustahilnya. Kerana apa yang telah berlaku kepada kami memang benar dan tiada yang mustahil.

Sehubungan dengan itu, mana2 rakan-rakan atau kenalan untuk menambah nilai kepada orang ramai sebagai rakan niaga Stokis atau Pengedar CocoDamia-Coklat IQ, dan disamping menambah pendapatan, amatlah dialu-alukan. Boleh pm fanpages kami: Coklat IQ atau hubungi 0127507659 utk sebarang pertanyaan. Nak ajak ngeteh pun boleh. Masih jauh lagi perjalanan kami ini yang dipinjamman olehNya. Namun sedikit ilmu yang diamugerahkan kepada kami bolehlah Yang banyak kita agih-agihkan, yang sikit kita kongsi-kongsikan.

Ingat!!! Selain daripada usaha, sama-samalah kita menjaga Hubungan dengan Allah. Peringatan utk diri sendiri dan semua.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pekerja-pekerja saya samada yang masih berkhidmat atau bekas. Tanpa sokongan anda semua, saya tak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih juga kepada para pelajar-pelajar saya, ibu-bapa dan juga semua stokis, pengedar dan yang diutamakan pembeli dan pelanggan saya sekalian. Tanpa anda semua, siapalah kami.

Salam Mahabah,
Zamzarina & Khairuddin

(Confiuse kejap, ni entry blog atau ucapan..hihi)

No comments:

Post a Comment