Friday, August 16, 2013

Budu instant!


Manusia makin sibuk, atau manusia makin malas? Sampaikan budu pun ada yang instant. Maksudnya pakai tuang jer dalam mangkuk tanpa bubuh apa2, sebab dalam budu tu dah siap2 letak cili dan asam limau. Dunia makin mudah..:)

Dah try, not bad rasanya. Cuma kurang pedas. So kena tambah cili api sendiri pulak dalam sebiji lagi. Kalau org yg tak suka pedas just nice jer rasanya. Harga sebotol RM 3.50. 

Tak sabar2 nak makan. Sampai2 jer JB terus rasmi budu instant tu. Makan dengan ulam-ulaman memang best. Petai tu saya beli kat terengganu. Singgah solat kat masjid, then alih2 tgk ada makcik jual nasi goreng petai siap2 dalam tuppeware dan petai bergantungan utk dijual. Tu yg terus beli tu. 

Btw saya sorang jer yang makan petai2 dan ulam2an ni. Ayah damia makan ulam moden i.e timun, kacang botor dan daun selom jer. 


Makan pula dengan sup kaki lembu panas2 ni. Perghh memang kaw. Terima kasih Ya Allah kerana bagi nikmat utk merasai kesedapan rezeki makanan untuk kami sekeluarga.

P/s: Ramai yang tanya saya beli kat mana budu tu, saya beli kat Tesco Kota Bharu. Tingkat atas. Ada booth jual budu ni kat tepi esculator.

No comments:

Post a Comment