Saturday, July 20, 2013

Wakil dari Kedutaan Libya belanja Iftar.


Alhamdulillah, harini semua stok Coklat IQ-CocoDamia Edisi Hari Raya telah selamat dihantar kepada Agen-agen dan juga Stokis Bangi Lagi!!! 

Tu gambar kat Masjid feveret kami, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Oh ya, terima kasih kak Zik yang sudi datang dari Kajang ke Bangi untuk amik stok CocoDamia. Terima kasih jua sebab sudi baca blog saya. Dari ke blog, terus jumpa di alam nyata..:)


Lepas tu kami bergegas pula ke Bukit Bintang utk Iftar bersama dengan wakil dari Kedutaan Libya atas urusan business Pusat Bahasa Pelangi. Sedar tak sedar hampir 3 tahun kami berurusan business dalam bidang language education. Oh ya kami tersampai awal lah pulak kat sini.. So snap2 dulu mana yang patut.


Cantik dan sangat eksklusif...


Kambing golek yang masih digolek-golek kat luar..


Banyak jua hidangan makanannya.. Ada lagi kat area tempat lain..


Antara menu yang dihidangkan sempena bulan Ramadhan di sini..

Alhamdulillah, semoga perjumpaan kalini membuahkan rezeki yang diberkati dan tak disangka-sangka lagi dari Allah..Terima Kasih Ya Allah..

P/s: Details makan-makan kat sini later ya..

P/s: Subhanallah.. Mudahnya menjemput rezeki harini.. Rezeki-rezeki (means lebih dari satu lah kan) yang memang betul tak disangka-sangka..wajib saya share kemudian ya..

P/s: Lepas iftar, kami check in di Radius International Hotel area Bukit Bintang ni juga. Esok baru start misi shopping raya. Syukur Ya Allah..

No comments:

Post a Comment