Saturday, July 27, 2013

Sangat "heaven" pabila shopping raya sebelum orang dapat bonus dangaji!!!

Bukan setakat orang belum dapat bonus dan gaji jer, malah weekdays dan waktu office hour pulak tu. Mengambil masa 3 jam sahaja untuk selesai shopping semuanya. Kecuali baju melayu ayah damia yg kami tak jumpa2 warnanya. Hah tu lah, sapa suruh cari tema yang tak terfikir dek akal kan..:). Alhamdulillah, khamis lepas, lepas jer hantar both Damias ke sekolah, terus kami berdua dating sambil shopping di Aeon Bukit Indah. Memanglah tersangat "heaven"!!!


Nak bayar pun sangatlah senang!!! Tak ramai orang pun. Nak bayar pun tak payah beratur-atur. Tindakan bijakkan..:)


Hasil shopping kami!!! Oh ya lepas sahaja shopping di Aeon, kami sambung pula shopping di Tesco, dalam 1 jam jer, semua completed kecuali baju melayu ayah damia yang masih tak jumpa-jumpa  warnanya.

Setiap pembelian RM300, dapatlah 1 beg reuseable Aeon Free.. Kami shopping hampir RM700, dapatlah 2 beg reuseable Aeon Free tu..


Hasil shopping kami selama 3 jam. Fuhhh, baju budak2 jer  banyak.. Panties tu pun budak2 punya...psssttt, saya ada alter baju raya both damias kat kedai tailor, huaaaa, 2 pasang alter RM80 hokeyy..memang cari duit betullah diaorg ni, walhal potong panjang tangan dan labuh kain serta kecikkan bahu jer.. Apa nak buat, rezeki auntie tu...


Ni hasil shopping kat Tesco selama 1 jam.. Nama jer tesco, tapi harga pun dah lebih kurang Aeon juga.. Kameja sehelai pun cecah lebih RM50..tapi tak pe lah, bukannya selalu shopping raya kan.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. Syukur..


Dan setiap pembelian RM400, akan dapat 8pcs food storage ni free dari Aeon. Dengan syarat guna Visa Debit Card atau Credit Card. Alhamdulillah, kami guna Visa Debit Card, senang, tak yah bawak duit kepok2 dalam poket. So qualified dapat food storage ni. Jenama Zebra.


Bolehlah guna buat basahan bekas kat rumah. Nak buat bawa bekal utk anak2 ke sekolah pun boleh kan. Anti-karat gitu!!!


Dan setiap pembelian RM100, akan dapat 1 pek sampul raya. Kami dapat 6 pek. Bolehlah buat bubuh duit raya utk sanak saudara dan sahabat handai serta jiran2. Sampul raya dari bank-bank pun banyak kami dapat. 

Konklusi dari entry ini, Shopping raya sebelum orang lain dapat gaji atau bonus, waktu office hour in weekdays, dan yang penting tiada anak-anak kecil semasa memilih dan membeli sangatlah heaven!!! 

Selamat shopping uolss yang keluar shopping raya harini dan masa2 akan datang!!!




No comments:

Post a Comment