Tuesday, July 23, 2013

Opsss!!! Terjumpa silent reader saya yang sangat handsome orangnya!!!


Bukan setakat TERjumpa, malah siap beli Coklat IQ-CocoDamia on the spot lagi..

Begini kisahnya..
Ingat lagi tak entry sabtu lepas yang saya iftar bersama wakil dari Kedutaan Libya di Hadramawt Palace kat Bukit Bintang? Hah disitulah bermula ceritanya!!!

Lepas dah siap makan2, solat dan discussion di Restoran tu, Ayah Damia pun ke keretanya untuk ambil Coklat IQ-CocoDamia sebagai cenderahati untuk wakil dari Kedutaan Libya tu. Sekali otw ayah damia nak balik semula ke tempat meja kami, ayah damia ditegur oleh seorang lelaki muda.

(Cerita diolah semula oleh saya sebagaimana yang dicerita oleh ayah damia...haha)

Adik Handsome: Bang, abang yang jual Coklat IQ eh?
Ayah Damia: Ah ah ah (muka blurr habis sebab tak kenal adik tu kan..haha)
Adik Handsome: Abang ada bawak tak stok??
Ayah Damia: Ada, tapi saya bawak yang Coklat IQ edisi raya punya je.
Adik Handsome: Ok lah saya nak try..

Dalam perjalanan nak amik coklat, ayah Damia dah confuse, cam mana pulak adik handsome ni leh kenal dia, so ayah damia pun bertanya..

Ayah Damia: Macam mana awak boleh kenal saya?
Adik Handsome: Saya perasan Aleesya tadi, actually saya sebenarnya pembaca blog setia "ibuayahdamia"..
Ayah Damia: Oooooooo...

Lepas tu ayah damia pun ceritalah kejadian tui kat saya. Saya pun suprised jugak, siapalah silent reader blog saya tu. Btw kalau nak tahu, sehari sebelum tu, ayah damia pun ada cerita yang dia ditegur oleh silent reader blog saya kat area bawah office saya. Mula2 yang diaorg perasan both Damias lah. Tak sangka, muka Aleesya dan Ayyunie memang muka org senang ingat dan sekaligus muka rezeki..hihi..Terima Kasih Ya Allah..

Lepas tu saya pun dah nak balik ke hotel. Tengok2 banyak kereta stuck tak leh keluar sebab kena blocked kat situ. Mungkin Aturan Allah tu Cantik, saya pun sempat bertegur sapa dengan keluarga adik Handsome tu. Kalau tak kerana ada kereta stuck tu, saya mungkin tak dapat jumpa adik handsome aka Nazri ni..:) Kebetulan juga diaorg semua tengah makan Coklat IQ masa tu.....wahhh feeling blessed hokeyy!! 

To adik Nazri, TQSM kerana sudi baca blog akak yang tak seberapa ni. TQSM juga beli Coklat IQ tu...hihi..kirim salam kat mak, ayah dan adik Nazri ya. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi...hihi..datang JB calling2 akak, leh belanja Coklat IQ..I know you will read this entry sambil senyum2 simpul...hihi..

p/s: Segan akak tau masa mak Nazri Bagitau dari dalam restoran tu lagi Nazri tunjuk gambar2 Aleesya dan blog akak kat mak Nazri...hihi..thanks..

p/s: Kerap kali juga ayah damia dan both Damias ditegur oleh silent reader blog saya...famous you!!!!

p/s: Mudahnya menjemput rezeki!!! Lepas ni saya nak kongsi pula, balik jer dari iftar disini, saya dapat sesuatu yang suprised suprised kat hotel saya!!!!

No comments:

Post a Comment