Thursday, July 25, 2013

Mudahnya menjemput rezeki || Dapat Ipad Mini Free!!!

Rezeki yang langsung saya tak terfikir, dan jujurnya memang tak disangka-sangka. Sebab ianya bukan dari contest atau apa-apa peraduan, bukan dari cabutan bertuah, bukan dari ahli keluarga, bukan jua dari sahabat handai atau saudara mara. Syukur Ya Allah..


Kisahnya begini, ingat lagi tak saya dan keluarga iftar dengan wakil dari Kedutaan Libya sabtu lepas..
Kisahnya bermula disitu lah..
Lepas makan-makan, Mr Libya tu pun ajaklah kami ke Pavillion untuk shopping sama-sama. Katanya nak beli some sweets utk kami. Kami pun kebetulan teramat sangatlah penat, so kami decided tak ikut lah Mr Libya tu shopping sama-sama dan terus check in hotel. Lagipun kami dah cakap tak payahlah beli apa2 sweets pun utk kami. Oh sebelum tu, sempatlah saya hadiahkan beberapa kotak coklat Edisi Raya utk keluarga Mr. Libya tu..


Ok fine, sampai2 jer hotel, saya terus uruskan anak-anak.Tiba-tiba ayah damia dapat call dari Mr. Libya tersebut yang dia nak jumpa kat lobby hotel nak pass kan some sweets tu. Ok, demi menghargai kesungguhan Mr. Libya tu, ayah damia pun turun dari hotel dan tunggu depan lobby. Malangnya jalan sangat jammed. Dan ayah damia menelefon supaya tunggu jer kat Jalan Besar. Nanti ayah damia jalan kaki gi ambil.


Selang setengah jam kemudian, ayah damia pun masuk bilik dengan keadaan muka cuak dan panggil "sayang, sayang...cuba tgk apa Mr Libya tu bagi??"...Saya budget t-shirt atau seluar raya sebab plastik bag tu macam shopping complex pakaian punya plastic bag, lepas tu pabila saya tgk isi didalam...gulppppp!!! Saya pula yang pucat. Ayah Damia cakap dia naik lif baru perasan tu adalah Ipad Mini. Sebab jumpa tengah jalan kan pass plastic bag tu, lepas tu ayah damia terus balik hotel tanpa melihat apa ada dalam tu. Sekali naik lif ayah damia ternampak perkataan "mini"...aikkk apa benda mini kan...memang tak sangka langsung yang Mr. Libya tu bagi Ipad Mini ni sebab masa iftar sama-sama tu, dia sendiri tgk depan mata yang both Damias tgh guna Ipad kepunyaan kami. Takkan lah dia nak bagi Ipad Mini lagi kan..

Saya cepat2 suruh ayah damias call Mr. Libya tu tanyakan betul ke dia bagi Ipad Mini tu kat kami...lepas ayah damia call katanya "FOR YOUR DAUGHTER"...Allahuakbar, terharu rasa...dah lah siap bagi duit raya kat both Damias, bukan sikit...ratus2 tau...Subhanallah..betullah orang kata <mudahnya menjemput rezeki> andai kita yakin dan percaya akan kuasanya!!!

Dan percaya atau tidak, dalam masa 1 hari tu, saya dapat 3 benda yang tak disangka-sangka2...termasuklah jumpa adik handsome yang beli coklat IQ ni..Subhanallah, Masyallah, Alhamdulillah..

Setelah direview semula apakah yang menyebabkan Allah tak berbelah bagi kami rezeki pada hari tersebut, nyatalah JANJI ALLAH ITU PASTI...semuanya bermula masa kami bersedekah kepada pakcik yang jual kerepok keping di Masjid Bandar Baru Bangi pada hari tersebut sebelum saya jumpa Kak Zik utk serahkan stok Coklat IQ edisi raya tu!!! Terkesan lagi dihati ini pabila pakcik tu cakap 
"Terima kasih nak, ringan jer pakcik nak bawa beban harini"..:)

p/s: Sampai sekarang saya tak buka lagi Ipad Mini tu...tak tahu nak guna ke tak...yang pasti saya tak akan jual, sebab itu adalah penghargaan buat anak-anak saya dan keluarga dari seseorang yang bukannya begitu rapat dengan kami sekeluarga. Kenal atas dasar business sahaja..:)



No comments:

Post a Comment