Sure tak tahu kan.. Nama pun "silent".. Macam mana nak tahu kalau org tak tampilkan diri kan..
Saya hanya tahu yg dia tu adalah silent reader saya pabila org tu yg tegur saya terlebih dahulu. Contohnya tahun lepas, saya balik dari Bandung, ada seorang perempuan tegur saya, kebetulan saya baru turun dari kapal terbang, dan dia tgh jalan nak naik kapal terbang ke Bandung juga, pastu dia tegur saya "eh ni ibu damia kan".. Sayangnya kami sempat berborak sekejap sahaja dan pabila saya tanya dia ada blog atau fb.. Dia jawab tak ada.. So sad tak dapat keep in touch dengan dia. Alih2 dalam awal tahun ni dia perkenalkan diri dalam Fanpages kebaya saya.. Happy sebab akhirnya saya tahu dia masih baca blog saya..:)
Lepas tu silent reader terdekat saya aka staff saya sendiri. One of my staff tanya saya "puan, sedap tak makan kat restoran dapur kayu tu??". Saya tanya dia macam mana awak tahu saya makan kat situ, dia jawab sebab dia baca dan follow blog saya.. oh my..
Blushing!!!!
Then, students saya pula tanya "cikgu2, cam mana cg tertinggal kereta haritu, cer citet cer citer".. Saya pun hairan dan tanya "eh macam mana pulak korang boleh tahu cg kena tinggal oleh cg khai ni???"... Diaorg jawab "cg kan femes, mestilah kitaorg baca blog cg"... Hah??? Nak pengsan hokey!!!
But at least I know, walaupun komen dari bloggers dah tak semeriah dan banyak cam dulu, tapi saya tulis blog tidaklah syok sendiri kan.
Tu belum lagi pengalaman saya makan kat restoran, pastu ada pompuan senyum2 ngan saya.. Saya ni pulak was was nak senyum balik takut salah org, then dia mendekati saya sambil salam "saya baca blog you... Hari2 memang kena baca.. Sebab dah macam supplement".. Haha.. Blushing lagi disitu!!! You know who you are dan may be you tgh senyum simpul baca entry saya ni.
Btw saya sangat hargai semua yg baca blog saya.. Tak kira yang silent ke, yang selalu komen ke, yang baca tak komen ke, yang tersinggah ke.. Kerana anda semua, hari2 saya cuba juga buat 1 entry. Pernah student saya masuk kelas sambil cakap "cg tak buat entry ke harini, saya bosanlah".. Wowww sajalah tu nak amik hari cg kan.. Hihi..:)
Btw kini makin ramai silent reader saya yang tampilkan diri dgn email kepada cocodamia dan juga pm cocodamia punya fan page. Hihi, nak suka saya sebab yang reply email2 dan pm tu mostly bukannya saya. Memang ada admin yg jaga segala pertanyaan via email dan fanpages cocodamia. Kecuali yang direct whatapps hp saya, email dan pm akaun saya sendiri. Kadang2 admin yang baca tu cakap "puan, harini ada silent reader blog puan hantar email".. Masa tu barulah saya sempat baca. Kadang2 saya reply sendiri.. Tapi selalunya admin yang dilantik akan reply..:)
Apa2 sekalipun, saya bangga kerana pertanyaan tentang Cocodamia, saya makin tahu siapa silent reader saya. Walaupun saya memang sangat tak sempat nak approach sorang2 silent reader saya, namun saya percaya setiap persahabatan dan pembacaan biarlah Ikhlas. Kerana dari situ akan hadirnya perkenalan yang lebih hebat.
Ok lah, lama pula saya membebel di sini. Saya sertakan beberapa pm dan email dari silent reader blog saya. Tak sempat nak cari satu2.. So mana yg saya ingat dan terkini jer lah ya saya sharekan kat sini tanda saya happy dengan silent reader semua. No hard feeling ya!!!
Hihi, kalau formal org akan panggil saya zamzarina, tapi kalau dah biasa tu panggil jer kak ayu...:)
Cocodamia membuatkan saya makin mengenali siapa silent reader saya!!!
Ada non-muslim nak jadi dealer, but what can do... Non muslim hanya boleh makan sahaja, nak jadi dealer tak sesuai sebab nanti kalau ada customer tanya doa tu apa, lubanah tu apa, apa maksud tahfiz, jenuh nak jawab.. Dah beberapa org ustaz pihak Cocodamia tanya utk pengesahan. Memang non muslim tak leh jual.. Tapi kalau nak makan sendiri boleh jer..:).. Ada dekat 5 org non muslim ok yang pm bertanyakan produk ni utk jadi dealer.. Alhamdulillah.. Produk Islan kini makin mendapat tempat pada semua bangsa dan agama..
Tq silent reader!!!
Dah lama ya follow.. Alhamdulillah.. My blog since 2009..:)
Alhamdulillah.. Syukur!!! Tq for the sweet compliment.. Insyallah semoga niat saya dan suami utk membantu lebih ramai org termakbul dan niat menyebarkan makanan sunnah mendapat keberkatan daripadaNYA.
Apa2 pun syukur atas Rezeki yang pelbagai bentuk kepada saya dan suami saya. Semuanya petunjuk daripada Allah dan kemuncaknya semasa saya berada di Mekah. Terima kasih Ya Allah!!! Sesungguhnya aku dan suamiku rindu utk sampai ke Rumah AgungMu dan ingin menghamba abdikan diriku kepadaMU lagi. Ya Allah, Engkau permudahkanlah.
P/s: Don't hard feeling ya kalau ada pm2 atau email2 dari silent reader yg lain saya tak sempat nak cari dan publish. Saya masih berada di Kelantan dan suami saya kini sedang ke Pondok Tahfiz dan lepas ni berjumpa dengan tok guru utk kerohanian CocoDamia. Insyallah kita hanya berusaha dan selebihnya daripada Allah.
Tahniah sis
ReplyDeletesambutan menggalakkan... =)
ReplyDeleteCongrats Ayu.. mira tertarik sebab jual2 Muslim products..
ReplyDeletesalam jemput ke blog kecil kami www.healthybeautycollagen.blogspot.com utk dapatkan produk kolagen rumpai laut pd harga yg berpatutan dan berkualiti import.T. kasih..
ReplyDelete