Friday, May 31, 2013

Have Fun Here || The Nomad Sucasa Hotel & Suites..

Ini bukan kali pertama kami stay kat sini..
Dah masuk 5 kali rasanya..
Asalkan ada bawak family members seperti mak, bibik, anak saudara atau cousins both Damias, sure kami akan pilih hotel ni. Bukan sahaja luas, malah sangat selesa. Terletak di Jalan Ampang. Kiri kanan depan belakang hotel ada shopping mall dan kedai2.. Sangat senang nak cari apa2..:



Pemandangan jam 7:45 pagi tadi dari bilik kami tingkat 20...



Kami bersarapan di hotel tanpa si ayah. Sebab si ayah pagi2 dah keluar meeting di Kajang.


Lepas sarapan, apa lagi??? Acara wajib lah kalau stay kat hotel kan.. Mandi manda!!!


Ada org tanya mereka bertiga ni kembar ke?? Haha, saya jawab ya!!! Malas nak cakap sorang lagi tu anak saudara..:) Lagi seronok lag mereka si wawa join.


Semalam bertolak dari KB kul 8:30 pagi.. Kul 7:30 malam baru sampai KL..sampai2 jer hotel terus budak2 ni minta main pool.. Mentang2 lah diaorg tahu pool tutup 9 malam.. Maaflah budak2.. Ibu ayah penat yg amat.. Semalam dah lah ibu batuk2 dan nak demam.. Lepas makan 2 biji panadol actifast malam tadi, alhamdulillah pagi ni dah ok. Tq Allah..

Ok lah nak layan budak2 ni main air dulu..

P/s: Lepas zohor nanti ada lagi satu meeting di Damansara.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Aminn

No comments:

Post a Comment