Friday, May 3, 2013

Coklat IQ-CocoDamia berkolaborasi dengan Kolej Komuniti

Otw balik dari Kolej Komuniti Tanjung Piai, En Khairuddin mendapat panggilan dari S.M.K Mutiara Rini 2 utk hantar order. Wahhh call jam 11 pagi, kena hantar before jam 12 tengahari. Cepat benar ordernya. Membuatkan saya dan En. Khairuddin semput sekejap untuk sediakan stock sebab ada stock yang tak sempat packaging lagi. Al-maklum lah, stock Coklat IQ-CocoDamia selalu jer habis. Laris bak pisang goreng panas. Letak jer habis, letak jer habis. Alhamdulillah dengan Izin-NYA.


Puan Zubaidah selaku Guru Pen. Kanan HEM sekolah yang bertanggungjawab mengambil order serta berurusan dengan Coklat IQ- CocoDamia.


Para pelajar yang dah buat pembayaran boleh dapat Coklat IQ tu harini ya.
Semoga yang membeli dan memakan Coklat IQ CocoDamia mendapat keberkatan serta kebaikannya.
Insyallah.


Wahhh, begitu sibuk En Khairuddin dan Puan Zubaidah ya.

Yang paling saya terharu, ada seorang makcik cleaner ni pun beli juga Coklat IQ ni. Ya Allah, betapa sayunya dan terharunya saya pabila melihat makcik tu sanggup beli Coklat IQ ni utk anaknya. Ya lah, dengan gaji seorang cleaner, saya pun tak pasti samada cukup atau tidak gajinya itu untuk membeli makanan tambahan utk anak-anaknya. Mulanya saya ingat nak sedekah sahaja, tapi rupa2nya duit itu telah dibagi terlebih awal kepada Puan Zubaidah. Insyallah, utk order akan datang, saya akan bagi percuma untuk makcik cleaner tu.


Oh ya berbalik pada tajuk diatas. Alhamdulillah, Pihak Kolej Komuniti bersetuju berkolaborasi dengan Coklat IQ utk luaskan pasaran dan pihak kami akan dilantik menjadi MENTOR kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti untuk menjadi Usahawan. Ya Allah, terima kasih atas rezekiMU dan juga petunjukMU. Sesungguhnya benarlah hari jumaat adalah hari yang penuh barakah.

p/s: Baru habis kelas mengajar foreigner students. Ok siap buat entry utk harini. Jom kita cari makan tengahari pula. Sesungguhnya aku bersyukur dan redha akan rezeki daripadaMU..ALHAMDULILLAH!!!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment: