Wednesday, May 22, 2013

7 spices II Makan dalam daun pisang



Hah!!!
Finally sampai jua disini..
Dah lama tahu tentang kewujudan 7 Spices ni..
Masa dia tgh mula2 renovated restoran ni beberapa tahun lepas.
Masa tu saya dan ayah damia jadi members utk "Clark Hatch" kat Bangunan sebelah..
Lagipun 7 Spices ni betul2 depan jalan utama nak gi JB kan..
So sangat senang nak jumpa Restoran 3 tingkat ni..



Jeng jeng..
Yeayyy finally sampai juga kan..
Ni pun dah late dinner ni..
Nak dekat kul 10 malam baru sampai..
Tutup jam 11 malam..


Btw boleh tergerak nak makan kat sini, masa saya up status kat FB, ada siapa2 tahu tak kat mana nak cari makan dalam daun pisang. Entah kenapa pula ayah damia dah lama mengidam nak makan nasi dalam daun pisang. Last sekali makan nasi dalam daun pisang masa kat Cameron Highlands beberapa tahun lepas. So, banyaklah students dan kawan FB saya bagi cadangan kat situ, kat sini...tapi yang paling saya tahu kat 7 Spices ni lah...sebab tu cuba kat sini dulu...next time cuba kat tempat lain pula ya..


Lauk pauk..
Sebab dah late dinner, so ayah damia sorang sahaja makan nasi beriani.
Saya dan anak2 makan roti nan..
Tu lauk ayam apa ntah namanya...tapi sedap...macam rendang..
Dan juga kambing apa ntah juga namanya...haha
Malas pula nak tgk resit nama2 menu tu..


Air Lassi orange utk ayyunie..
Lassi ni macam yogurt lah..


Hah, dah hilang kempunankan abang nak makan nasi dalam daun pisang..
Sejak 3 bulan yang lalu, asyik dok sebut nak makan nasi daun pisang, nak makan nasi daun pisang..
Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan abang...:)


Roti Nan Ayam...best weiii..
Nanti repeat lagi ya makan sini..


Tuan Blog Enterframe kejap..


Si ayah dan anak2..
Kul 11 malam baru balik..
Oh ya rata2 yang makan kat sini memang melayu..
Adalah cina 2-3 family makan kat sini..
Diaorg makan besar nampaknya..
Siap lobster masak massala lagi tu..

Dan rata2 meja saya tgk mesti ada DSLR nak snap2 makanan..
Hihi...saya lately malas pulak nak bawak DSLR..
Next time lah datang bawa DSLR..:)


Kalau tingkat bawah menu adalah utk makanan berat..
Manakal menu tingkat 1 pula adalah menu makanan ringan dan masakan panas..
Tapi jam 10 malam dah tutup..
Sekarang ada promosi kat 7 Spices ni utk sarapan pagi..
Boleh lah try bagi sapa yang nak cuba makan kat sini..

Review saya tentang makanan di 7 SPICES:

* Makanan recommended..sedap...tapi pedas rempah..siapa2 yang tak tahan pedas tu rasanya tak suka kot makan sini..
* Layanan waiter from Indonesia sangat tip top..peramah dan sopan..
* Tempat duduk yang sangat selesa dan ber-aircond
*Tapi nak makan sini memang poket kena teballlll sikit..saya makan nasi beriani, kambing, ayam dan set roti nan serta air fresh orange, 100 plus, ice lemon tea dan lassi orange total +- RM80... tu baru sorang makan nasi...tapi kalau makanan sedap, apa susah kan...hihi..

p/s: Balik dari sini, ayah damia cepat2 beli pil chit kit teck un utk standby sakit perut...biasalahkan makan makanan yang berempah dan pedas, sure sakit perut...dan finally memang betul sakit perut pun..hihi

1 comment:

  1. kak..kitaorg pegi minum petang ari isnin aritu..not bad juga la mknan kt sana

    ReplyDelete