Monday, April 15, 2013

Tempat makan best di Johor || Ada baby Crab goreng!!!

Sesungguhnya saya dalam 

MODE: BUSY

Since hari jumaat lagi saya dah start busy dengan packaging, packaging, packaging..
Lepas tu mana nak sempat buat semua dalam 1 hari, sabtu ahad pun bekerja dari rumah packaging packaging packaging..
Sabtu malam sempat lah gi BBQ party kejiranan buat..tak pergi tak sedap hati pula sebab kejiranan kan..nanti nak minta tolong apa2 senang kalau berbaik dgn jiran..

Ahad malam tadi, saya dah naik penat dan kebas tangan sebab packaging, packaging, packaging...
So ajaklah ayah damia makan kat luar..btw tengahari tu call Dominos Pizza jer delivery sebab tak sempat nak masak...huhu..

Ayat biasa si suami akan bertanya saya "nak makan kat mana??"
Saya jawab "nak makan kat tempat tak penah makan"..hihi

Google punya google dalam kereta, jumpalah website ni..
Bagitau terdapat banyak pilihan makanan kat Medan Selera Tepian Tebrau ni..
Apa lagi, On GPS, lebih kurang 20 minit sampai sini..

Bukan tak biasa lalu lalang kat sini..
Biasa sangat..
Tapi apesal sebelum2 ni tak pernah singgah sini erkk..
Ntah!!! May be sebab kat sini sesak yang amat kot...Nak parking pun susah..tu malas nak singgah....huhu

Ok lah tujuan utama saya nak juga makan kat tempat saya tak pernah makan ni adalah sebab nak makan ini!!!!!



Fried Baby Crab!!
RM10 sepinggan
Bestnya...crispy, crunchy dan yummy..
Licin 1 pinggan sampai tak tinggal sebatang kaki baby crab pun..:))


Lepas tu order pari bakar...
Kat sini tak kira ikut Gram
Dia kira lumpsum sekor sekor..
Pari ni RM20 sebelah..
Ok lah harganya..Rasanya pun not bad..


Nasi goreng kampung dan nasi putih utk both Damias..


Kat sini juga femes utk jenis ais-ais jelly dan buah-buahan ni..
Aleesya order LaiCiKang...
RM 4.50


Ayyunie order Ais Kacang..
RM 4.50

Saya dan ayah damia order Air Laici, RM4 segelas..


Kalau kat Medan tu, Gerai ni kat hujung sekali..
Actually nama tempat tu adalah Tip Top Ikan Bakar
Tempat paling ramai customer tu..
See, pelbagai jenis ais boleh dipilih..

Lagi satu kat sini femes Tauhu Bakar..
Alaaa, malam tadi tak order Tauhu bakar ni sebab tak terasa pula nak makan..
Walhal meja kiri kanan depan belakang semua dok order tauhu bakar femes ni..

Oh ya sambil makan, ada live band ya..
Lagu2 yang dinyanyi pun best2 dan femes..


Ni tempat saya makan tu..
Kat hujung bawah pokok tu lah ada live band buat persembahan..
Saya pergi waktu malam, memang meriah..
Gambar kat atas tu saya ambil dari blog ni..




p/s: Senang jer nak gi sini...keyword dia dekat2 dataran dan area2 Thistle Hotel..

p/s: Ingat kecik2 dulu2...selalu gi pantai Port Dickson petang2 cari baby crab dan remis. Balik Baby Crab goreng makan panas, dan remis tumis masak halia. Fuhhh..best...agaknya bilakan kenangan sepeti itu akan berulang kembali...:((

p/s: Balik dari sini, sambung packaging, packaging, packaging lagi!!!

p/s: Alhamdulillah, Syukur dengan rezeki daripadaNYA...





2 comments:

  1. Yg tu anak ketam kulit lmbut..if ur tau mcm mn nak jd kn ketam tu kulit lmbut sgt la sedih..cara nya sepit ketam yg bsr tu d patah..lps tu ketam akn be tkr kulit..tym tu la ketam kulit lmbut d tuai..ketam tu jenis ketam kulit hitam tu..atau ketam paya..cni pnggil ketam batu..dkt cni jual mcm tu d rest sifut by kilo..tp size bsr la..sekilo 50rgt ++..tp mmg sedapppp kan...

    ReplyDelete
  2. Mee Bandung Kuah Kacang 'Odeon' Batu Pahat (Famous Sejak 1960an) Kini Di Tempat Anda

    Senarai Rakan Niaga Kami:-

    1. Restoran Lubuk Selera / Stall Mee Bandung
    105 Jln Pulai 7 (Sebelah Kanan Pintu Gerbang Nak Ke Giant UMall Dari Aeon Tmn Universiti Skudai)
    Waktu niaga: 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu.

    Ps- Kalau nak datang disyorkan call/sms 012 7474039 dulu untuk pastikan stall buka atau tutup


    2. Restoran Anjung Warisan
    Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
    Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam


    3. Teh Laris Kafe
    21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park. Shah Alam.
    Setiap hari 8pg to 7pg. Ahad 8pg to 12t.hari


    4. Stall Puan Aniza Muhamad (Mamak)
    Sebelah Pasaraya KK, Depan Pasar Awam, Pekan Sg.Besi, Kuala Lumpur.
    Waktu niaga: 7malam hingga 12malam


    5. Kopitiam Sukand's
    62 Jalan Bandar, Port Dickson


    6. Restoran Syahirah
    No.8L & 8M Jalan Tun Habab, Kota Tinggi
    (Sebaris Ambank, berhadapan Hotel Mayres)


    7. Warong Hijrah
    10 Medan Selera Sebelah Bangunan LHDN, Jalan Pak Sako, Temerloh


    Jika nak beli rempah boleh tempah di www.meebandung.my


    Terima kasih

    ReplyDelete