Thursday, April 11, 2013

Someone stole my Iphone yesterday..

Sob sob sob..sangat sangat sangat sangat sedih. Sebab dalam Iphone tu ada 1001 makna. Kenapa 1001 makna??? Sebab dalam Iphone tu ada 1020 keping gambar since saya mula2 guna Iphone tu awal tahun lepas.

Bayangkan dalam tu ada gambar2 family, gambar2 contest yang pernah saya hantar, gambar2 shooting tahun lepas, gambar2 vacation, dan gambar2 saya sepanjang di Madinah sebab kat Madinah strictly tak leh bawa masuk kamera.. huhu.. masa saya cerita kat Aleesya pasal benda ni, Aleesya siap cakap "tak pe ibu nanti ibu pergilah umrah lagi"... terharunya dengar.. dan you all boleh bayangkan betapa sedihnya saya masa bercerita tu kat Aleesya sampai dia pun turut buat muka sedih..:((

Dalam Iphone tu pun ada video2 both Damias. Kenangan tu semua. Ada video yg saya dah upload kat FB atau Youtube..yg tu ok lah.. yang tak sempat upload atau memang tak upload utk tatapan peribadi jer macam mana??? huhuhu..

Dan Iphone saya tu memang dah umpama diari pun. Period cycle saya dalam tu, kat notes siap tulis lagi simple akaun dan duit keluar masuk utk apa. Ada juga tertera pasal hadiah2 kemenangan contest dari tahun lepas lagi just utk rekod peribadi. Huaaaa.. my Iphone hilang sekelip mata!!!!

Macam mana boleh hilang?? Kisahnya begini, semalam masa otw nak gi Pakar Perbidanan Khor & Loh di Nusa Bestari, saya sempatlah berbalas2 pm dengan salah sorang blogger ni. And the sampai jer kat parking klinik, saya terus masukkan Iphone dalam bag. Then keluar gi masuk klinik, ayah damia ikut saya dari belakang.

Masuk je klinik, ada sorang perempuan india ni pun baru nak daftar. Then nurse kat klinik pun tegur lah saya dah lama tak datang. Almost 4 years tak gi klinik tu. Dan tanya pasal anak2 saya, then tanya saya peknen ke..:))..Then nurse tu minta ic saya, saya pun letaklah Iphone atas kaunter dan keluarkan wallet utk ambil IC... then perempuan india tu start berborak ngan saya. Bla bla bla bla... kebetulan saya yang masa tu dok tahan kencing, lepas jer nurse tu pulangkan semula IC pada saya, terus cepat2 saya masukkan IC dalam wallet dan serahkan handbag saya pada ayah damia yg tgh duduk depan bilik Dr. Saya pun terus ke tandas..

Balik dari tandas, saya terus ambil handbag saya dan tanya ayah damia mana handphone saya. Ayah damia kata mana dia tau. Saya pun suruh ayah damia call handphone saya, sekali huaaaaaa dah tutup. Voice mail yg jawab. Saya memang tak pernah tutup phone saya. Bateri pun banyak lagi sebab saya kan baru lepas texting dan berbalas pm dalam kereta. Sahhhhhhh!!!! Handphone saya diambil org. Ya Allah, macam tak percaya je sekelip mata boleh hilang dalam waktu yang singkat.

Kami pun mula start cari dalam kereta semula, tak ada.. tanya kat kaunter pun tak ada, then malas sebenarnya nak tuduh2 org ni.. tapi suspek kami perempuan india tadi tu lah. Ayah damia kata dari tadi tangan dok dalam beg. Lepas dia tahu kami dok cakap2 pasal handphone hilang, perempuan tu buat donno dan main2 Ipod dia.

Hurmmm malas nak panjangkan cerita, so lepas saya habis berjumpa dengan Dr. Saya pun terus ke Maxis utk dapatkan semula no phone asal saya. Dan lepas tu terus gi makan dan hunting for new phone.

Sebab dah terbiasa guna Iphone dan kami pun keluarga Iphone, so no choice lah kan. Kena beli Iphone juga. Hunting 1 kedai ni kat Taman U terus beli Iphone 5. Dah lah yang ada stok 32 GB jer. Warna hitam pulak tu. Prefer putih. Beli jer lah since susah pulak tak ada phone nanti. Alhamdulillah rezeki merasa guna Iphone 5, kalau tak hilang Iphone lama saya tu, memang sampai ke tua dah guna yg tu jer.

Apa2 pun saya sangat sayang Iphone lama saya tu walaupun tak secanggih dan selaju Iphone sekarang.

Jenuh nak install semula apps yang pernah saya purchased dan install. Dan yang paling sedih, 1 no contact pun tak ada dalam list contact saya. So nak whatapps, we chat dan i message pun susah. So nanti kalau yg ada texting saya then saya tanya tu siapa, jangan terasa ya.

p/s: Siapa yang pernah mengalami kes seperti saya, mesti tahu betapa peritnya kan mengenangkan segala gambar dan detaila dalam phone lama tu...:((

p/s: Redha dan pasti ada hikmah disebaliknya... Terima kasih Ya Allah..



9 comments:

  1. paham sgt perasaan bila iphone takde. tapi, kalau ayu ada icloud / sync kat all data to your ipad, so gambar ada dalam photo stream. takde masalah. kalau ada purchase kat iTunes, itune bole retrieve balik. takde masalah jugak kat situ. sebab we are using same apple id / password.

    mcm alya pakai MacBook ada imatch, so apa yg ada dalam iphone akan ada dalam MacBook. lepas ni kalau ada peluang nak beli laptop ke, maybe can opt for MacBook. tak susah2 transfer gambar dan lain2 data bila jadi benda2 ni. dia akan auto sync everything termasuk SMS, notes dll.

    apa pun, ipong5 best! yg hilang tu ip 4 ke? hikmah nak dpt phone baru le tu. ;) kalau hp kaler itam, casing molek yang pink. suit sgt tau. ayu kan suka pink. hehehe.. saje tambahan..

    and, pengajaran jugak kat kita2, sentiasa alert dgn orang keliling. sepantas kilat je ye bole hilang. scary betul..

    ReplyDelete
  2. kesimpulannya jgn beramah mesra dgn pepuan In***. kat mana pusat perbidanan tu?? Nusa bistari yg belah mana yer?yg kat perodua tu ker? mahal tak? kepingin mau scan

    ReplyDelete
  3. Innalillah...
    Takziah kak..
    Saya paham apa akak rasa..

    ReplyDelete
  4. takperla kak ayu.. maybe bukan rezeki kita.. tapi org yag amik tu tak akan senang nya.. kan dah dapat yang baru... jangan sedey.. nanti kak ayu mintak pelan2 no phone ngan kwn2 yer... saya doakan kak yu dimurahkan lagi rezeki.. amim... p/s: kak ayu .. ayunni dan alesya nak dapat adik baru ker? hehe

    ReplyDelete
  5. takperla kak ayu.. maybe bukan rezeki kita.. tapi org yag amik tu tak akan senang nya.. kan dah dapat yang baru... jangan sedey.. nanti kak ayu mintak pelan2 no phone ngan kwn2 yer... saya doakan kak yu dimurahkan lagi rezeki.. amim... p/s: kak ayu .. ayunni dan alesya nak dapat adik baru ker? hehe

    ReplyDelete
  6. kesian ayu...memang manusia yg panjang tgn ni ada kat mana2 esp kat msia ni..

    ReplyDelete
  7. Kesiannya kat kak..maklumat akaun bank, password suma ada save dlm phone tu jgk ke kak?..

    ReplyDelete
  8. iphone ade icloud jugak kan mcm produk apple yang lain? (mangsa takde iphone) . kalau pakai icloud tu boleh sync gambar dengan mana2 gadget apple. kalau ipad kita boleh nak locate pakai icloud tu jugak.

    ReplyDelete
  9. zura penah alamai perasaan sedih gitu sis, walau pun zura pki E63 je tp mcm sis juga, mcm2 ade dlm tu, gmbr aina lah paling banyaknyer pastu notes tu lah notes ni lah, itulah inilah... sekali ilang mmg sedih, mula2 x nangis tp bile ngenang2kan apa yg ada dlm tu terus nangis hihihi

    ReplyDelete