Stok dah licin dari hari jumaat lagi. Tapi email tak putus2 masuk, tel tak henti2 berdering dan sms dan whatapps pun boleh tahan juga. Tu belum masuk pelajar2 tuition saya lagi yang berderu order..Alhamdulillah..
Makanya demi memenuhi order dan permintaan daripada stokis dan dealer, nampaknya harini kena overtime. Ya lah nak kejar postage utk esok. Rabu dah cuti, lepas tu ada yang cuti balik mengundi. Nak tak nak harini mesti siapkan semua order.
Seawal pagi lagi dah start untuk packaging!!!
Masing2 dengan pengkhususan kerja masing-masing!!!
Fokus-fokus...
Untuk pengetahuan semua, segala kerja dari A-Z memang diiringi dengan doa2 terpilih serta amalan kerja muslim. Pendek kata kalau 7 jam kami bekerja, 7 jam juga lah alunan-alunan doa dan bacaan al-quran. Tu belum lagi kerohanian utk pembuatan coklat yang mana lebih berat dan serius.
Walaupun ada pekerja, tetapi kena saya juga turun padang. Al-maklumlah, demi menjaga kualiti dan juga kuantiti serta untuk pastikan tiada yang salah.
Biasalah produk yang baik utk fizikal dan mental memerlukan ketelitian serta kerapian dari awal production lagi.
Alhamdulillah, akhirnya setelah 1 tahun buat R&D dan memohon doa dan petunjuk daripada Allah, akhirnya terlaksana jua impian saya dan ayah damia. Yang pasti produk ni bukan produk OEM atau dari perkilangan kontrak ya. Semuanya dihasilkan depan mata saya sendiri.
Dan pabila permintaan melebihi tawaran, pabila permintaan kudrat manual 4 kerat yang Allah bagi nikmat, nak pula kena tambah stok laju2 dan cepat, maka perlulah meminta bantuan dari mesin teknologi yang lebih canggih kan. Jumaat lepas sempat survey2 mesin yang dapat meringankan kerja dan yang paling penting mencepatkan kerja2 packaging sebenarnya. Insyallah, masih mencari2 mesin yang sesuai dengan CocoDamia kerana coklat kan sensitif.
Eh, dah makan masa ni tulis blog ni..haha rehat jap sambil tulis blog. Ok lah nak sambung buat kerja lagi!!!!
Target kena siap 500 kotak ni!!! Insyallah!!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete