Hairan, pusing2 Taman U sekali ternampak pulak Chamek Kopitiam ni..
Maksudnya francais baru buka kat Taman U lah ni..
Selalunya keluarga saya suka betul bersarapan atau 'Brunch" di Chamek Kopitiam, Danga Bay..
Ni dah ada yang dekat buat apa lah pergi jauh2 kan..
Lagipun senang makan kat Kopittiam sebab makanan ringan dan berat semua ada..
Ok jom kita tgk pertama kali kami jadi pelanggan Chamek Kopitiam di Taman U ni..
Kadang2 malas nak masak sarapan..
So before anak2 pergi sekolah saya bawak diaorg bersarapan kat sini..
Kadang2 jer tau malas...pagi ni saya buat burger dan sosej utk anak2 saya bersarapan apa..hihi
Ntah cam mana pulak Aleesya nak makan lempeng..
Ayahnya bacakan menu dalam buku menu, terus Aleesya cakap nak lempeng..
See, Aleesya makan lempeng..
Tak habis pun...last2 ibu juga yang kena habiskan..
Roti bakar utk si ayahnya...
Telur masak separuh utk si adiknya..
Roti kahwin utk si ibunya...
Lepas tu semalam petang kan hujan lebat..
Balik dari ambil budak2 kat tadika jenuh fikir mana nak tapau makanan anak2 ni..
Sekali cakap susah2 kita tapau kat Chamek kopitiam lah..
Then semalam saya tapau set bubur nasi ngan ice lemon tea, set crispy chicken chop ngan ice lemon tea dan juga beehoon goreng bersam telur mata..tak sempat nak snap gambar..
Dan harini saya dan ayah damia berdua makan di Chamek Kopitiam lagi..
Bukan apa...sebab tak nak yang berat sangat sebab masa tu baru jam 12 tengahari...
Ayah damia order set bubur nasi..
Dan saya order set Crispy Chicken Chop lagi.
Hahahaha..penangan Chamek Kopitiam betul ni..
Senang, agak2 nak makan makanan yang tak berapa berat...kat sini lah pilihannya..
Sesiapa yang nak pergi tu boleh lah ke Area Belakang Petronas Taman U tu..
Alaaaa, depan kedai buku famous Good Future tu..
Sekarang ni pun kat sini ada promosi..
Berbaloi2..
p/s: Opsss...lama sungguh tak makan kat Papa Rich...
p/s: Dah banyak kali saya bersuara kat ayah damia, cakap yang kat Taman U ni kenapalah tak ada kopitiam Melayu...yang ada cuma Old town sahaja...tapi saya dah beberapa tahun tak gi kot..sejak2 status halalnya diragui...alih2 ada pulak Chamek Kopitiam...penyelamat kami tatkala nak bersarapan di luar..:))
nampak sedap makan kat sini. :-)
ReplyDeleteTq Ayu sebab bagi lokasi kopitiam ni. Harus akak terjah juga..
ReplyDelete