Friday, March 22, 2013

Umrah 2013 || Genap Sebulan!!!

Sedar tak sedar,
Dah sebulan saya meninggalkan Mekah Al-Mukarramah,
Tapi masih terbayang2 saya solat dan beribadah dalam Masjidilharam..

Oh betapa rindunya saya di SANA..
Betapa tenangnya saya di SANA..
Kerana hanya solat dan ibadah sahaja yang jadi penentu masa..

Sikit2 tanya ayah damia "bang, Zohor masuk pukul berapa ya??"
Sikit2 tanya lagi "bang, Maghrib masuk pukul berapa ya???"
Memang itulah hari2 soalan yang terpacul di mulut sebab senang nak set time pergi masjid awal.

Lepas tu kadang2 kami dah set time yang ada waktu2 kami tak balik hotel. Masing2 ambil kesempatan utk mengaji atau iktikaf dalam masjid. Lepas tu baru sama2 jumpa kat mana2 dan balik sama2 ke Hotel.

Ada masa2 tu sama2 bertanya "esok buat umrah nak?? larat tak??"..hurmm mana boleh bagi alasan tak larat kan kecuali betul2 kesihatan serta keadaan tak mengizinkan...

Semoga umrah saya dan suami bukan hanya membawa balik gambar-gambar serta memori sahaja, malah membawa balik hati yang lebih ikhlas kepadaNYA serta istiqamah dalam mengerjakan ibadah kepadaNYA..supaya juga kami menjadi Insan yang lebih baik dan sempurna dimataNYA daripada sebelum2 ini..Insyallah...

Gambar2 kenangan di Masjidilharam utk tatapan diri sendiri tatkala rindu mengundang..


Betul2 depan kaabah. Gambar selepas solat subuh.

Semoga doa2 kami dimakbulkan olehNYA dengan izinNYA..


Di atas tangga menuju ke Kaabah


Masjid yang tak pernah sunyi...


Laluan ke pintu utama Babus Salam..


Di hadapan pintu utama (1).
Disunatkan masuk melalui pintu ini utk menuju ke Kaabah..


Pelbagai bangsa, pelbagai negara, pelbagai warna kulit, pelbagai taraf dan semuanya pelbagai disini..


Insyallah, kita akan bertemu lagi yan Masjidilharam..
Ya Allah, permudahkan niat aku..

Imam saya, imam anak-anak saya dan Syurga saya..
Alhamdulillah..


Menara Jam tertinggi didunia..
Betul2 hadapan MasjidilHaram...

p/s: Sekejap jer sebulan kan...:)





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

3 comments:

  1. syukur puan dah sampai ke mekah...
    sy juga berangan nak kesitu..nk bwk family..

    http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2013/03/kisah-sedih.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Sampai panggilan jadi TetamuNYA..
    Insyallah, semuanya bermula dengan angan2, baru jadi kenyataan..

    ReplyDelete
  3. Terubat rindu melihat gambar2 Ayu.. Sekejap je kan masa berlalu.. Moga Ayu dan suami dapat umrah yang mabrur.. Makcik akak juga ke sana baru2 ni katanya ramai orang sama seperti musim haji..

    ReplyDelete