Saturday, March 30, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 4 Anakku Damia Ayyunie!!!!




Selamat Ulang Tahun yang ke 4 buat puteri ibu, Damia Ayyunie bt Khairuddin..
Semoga berginjaknya satu angka tahun ni, Ayyunie semakin diberkati dan dilindungi olehNYA senantiasa.

Alhamdulillah, Ayyunie sangat sangat suka kek ni..
Katanya "wahhh colourful lah ibu"..
Siap tanya yang gambar 2 org tu " kakak ngan baby ke??"

Dan hari rabu malam lepas, selamat juga kami ramai-ramai celebrated secara sederhana di Tanjung Sutera Resort. Cerita menyusul kemudian ya. Bukan apa, just menghargai serta mengingati susah payah kita lahirkan dia dan juga supaya dia ada memori terindah sementara dia masih kecil ni. Esok2 dah besar panjang, belum tentu ada celebrated ramai2 kan. Memadai dengan ahli keluarga tersayang kan.


Ucapan ikhlas dari ibu utk anakanda ibu dan ayah..
Gambar the latest masa kat Tanjung Sutera Resort aritu..


Semoga hubungan kalian berdua adik beradik kekal baik dan mesra hingga ke dewasa kelak.
Semoga kakak jaga adik, adik jaga kakak.

4 tahun, kejap jer rasanya..
Macam baru jer semalam kena induce dan malam tadi bersalinkan Ayyunie..
Dan hingga kini pun saya dan ayah damia masih panggil nama "baby" dan selang seli dengan "adik" dan selalunya panggil "ayyunie"..

Semoga Ayyunie membesar dengan sihat, cerdas, bijak pandai serta menjadi anak yang mendengar kata ibu dan ayah serta para gurunya...
Aminnn

************************************************************************

Gambar2 di bawah adalah Throwback sambutan birthday Ayyunie tahun2 sebelumnya..


3rd Birthday
Sambut di Ice Room PD bersama dengan nenek, cousins dan auntynya...
Masa ni saya ada events bersama dengan Awal dan Schya di Putrajaya..
Balik tu terus celebrated..


3rd Birthday juga..
Sambut di Tadika dia pulak..
First time celebrated birthday dengan kawan2nya..
Excited sungguh!!!


2nd Birthday
Celebrated ramai2 di Centre saya di Taman Teratai..
Masa ni nenek pun ada sebab keesokkan harinya saya ngan ayah damia gi honeymoon dan diving di Sabah..


1st Birthday
Celebrated di Restoran..
Ramai2 ajak kawan2 dan anak2 murid datang celebrated..
Selalunya yang 1st memang sangat2 meninggalkan memori kan..

p/s: Tak kira dimana jua sambutannya, apa jua menunya, siapa jua tetamunya..
Yang pasti ahli keluarga sendiri perlu ada utk sama2 memperingati hari istimewa buat si kecil ini.
Barulah perasaan kasih dan sayang serta memori terpahat di sanubari seterusnya dibawa ke hati..:))





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, March 29, 2013

So sad my staff was admitted in Johor Specialist

Pagi tadi dapat call, my staff kena masuk hospital..

So sad sebab my staff tu merupakan ketua facilitator utk program "summer luxury camp" kami semalam dan kelmarin.

May be sebab penat sangat menguruskan dari hal-hal sekecilnya hingga hal-hal sebesarnya demi menjayakan program ni. Dan kat sana pun tidur beberapa jam sahaja. Tapi tak boleh lawan my hubby, ayah damia yg tak tidur langsung..:))

Whatever, get well soon ya Hafiq..semoga cepat sembuh.. Don't tension-tension.. Program dah berakhir dengan Jaya sejayanya..

Alhamdulillah, appreciated semua kerja sama dari facilitator..

P/s: tgh upload video2 yg awesome sepanjang kem kami di Tanjung Sutera Resort..



Jom baca surah Al Kahfi || Quran Readpen banyak membantu

Jom baca Surah Al-Kahfi. Banyak fadhilatnya jika dibaca pada hari jumaat. Kalau tak dapat baca sekaligus 1 surah, baca sikit2 pun boleh...:)). Pagi sikit, lepas zohor sikit, malam sikit..

Alhamdulillah Quran Readpen banyak membantu saya dalam penghayatan terjemahan. Kadang2 kalau saya tak baca quran, saya pasang jer Readpen tu kuat2 surah yg saya nak. Kadang2 kalau time nak tidur, saya dengar guna earphone terjemahan yg saya nak. Aritu naik kapal terbang pun banyak saya dengar bacaan2 guna earphone melalui readpen ni..

Yang paling penting, Readpen banyak membantu dalam kelancaran serta Sebutan bacaan Al-quran saya. Agak2 confius bacaan kita tu, tunjuk jer kat sebutan tu, nanti readpen tu repeat lah berulang kali.

Btw masa saya kat Madinah, ada beberapa org maybe turki atau org iran, menggunakan bahasa isyarat mencuit2 badan saya dari belakang dan bertanya mana saya beli readpen ni??? Kat madinah ke??? Saya pun buat bahasa isyarat jugak then cakap "malaysia, malaysia"... Hihi.. Apa nak buat tak semua warganegara luar pandai cakap English..

Ok, saya nak mendobi dulu. Alhamdulillah selamat sampai rumah maghrib semalam..






Wednesday, March 27, 2013

Otw ke Tanjung Sutera Resort bersama 70 + 2 anak..

70 anak tu means my students laa..
2 org anak lagi tu anak darah daging sendiri..
Seawal 7:30 pagi ibu bapa dan students dah berkumpul di Pusat Bahasa Pelangi Taman U...
Masing2 excited semua nak gi our "summer luxury camp" ni..

Both Damias pun excited jugak.. Excited sebab dapat naik bas utk jarak jauh. Sebelum ni manalah pernah naik bas gi jauh2..Ayyunie tu masyam pagi2 sebab tak dapat minum milk lagi.. Malu lah kan minum milk depan org ramai.. Kata dah masuk 4 years old..:))

Ok lah, kat Tanjung Beach Resort tu line 3G tak berapa stabil, kejap ada kejap tak ada.. Kalau ada saya updated lagi..:))

P/s: Kereta saya pun bercuti 2D1N juga kat banglo harga juta2 kat belakang office saya tu.. Hihi.. Kebetulan mostly anak2 jutawan kat belakang tu belajar tempat saya.. Ada pula parents yg offer simpan kereta kat situ.. Wahhhh.. Alhamdulillah..dijamin selamat!!!

P/s: Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.. Amin





Tuesday, March 26, 2013

Dah sign up 'keek'???

Mula2 myspace, lepas tu friendster, pastu facebook, kemudian twitter, then instagram pulak, dan terkini keek lah pulak..

Saya tgk keek ni lebih kurang sama macam instagram, cuma kalau instagram upload gambar, keek upload video..

So far tak sempat godeh2 secara advanced lagi.. Baru reti upload video, komen dan like jer..hihi..

Ok lah yang nak upload video dalam keek, make sure download dulu apps "keek" terlebih dahulu. Selamat ber'keek'.. Agak2 nak follow saya pun dialu2kan.. Hihi.. Memang banyak video both damias dalam hp, ipad dan Dslr ni.. Tak masuk dalam smart camera samsung lagi.. Cuma rajin atau malas jer nak upload dalam medium yang ada..

P/s: lagi suka upload video dalam YOU TUBE!!!



Tercabar anak-anak perempuannya ada jersi Johor..:))

Jersi Aleesya dan Ayyunie ni di sponsor. Di sponsor oleh siapa?? Di sponsor oleh company yg buat jersi event utk "summer luxury camp" yang akan diadakan esok di Tanjung Sutera Resort anjuran Pusat Bahasa Pelangi.

Wahhh first time ok both Damias ada jersi. Jersi Johor pulak tu. Almaklum ler, lately pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kan disebut2 oleh orf ramai. Tu yang mencanak naik jualan jersi Johor ni. Sampaikan baju event tahun ni pun students saya request nak buat jersi. Tapi semestinya lah wording pada jersi berkenaan Pusat Bahasa Pelangi kan.

Dah ada pulak yg tegur both Damias, aikkk??? Ni sokong kelantan ke Johor?? Haha, kami tak sokong sapa2 aci????

Dah bila anak2 ada jersi, si ayah terasa tercabar lah pulak..

Ahad malam lepas sanggup ajak saya temankan dia cari jersi Johor. Layankan ajer.. Hihi.. Last2 dapatlah juga jersi idaman. Kata penjual original. Cam mana nak tahu original, mula2 tgk material. Maksudnya serap peluh dan kain regangannya (strechable) pun lain dari bukan ori. Lepas tu cuba kita tarik2 baju tu, tengok pecah atau putus2 tak cop tulisan atau logo tu. Kalau ok, ori lah tu. Dan last sekali lepas basuh tgk jersi tu mengecut tak dan tulisan tu hilang tak. Cam tu lah tips yang saya dan ayah damia dengar dari penjual tu.

Hurm ok lah, jom tgk jersi both Damias dan juga ayah damia.

P/s: Jersi last sekali tu utk peserta dan fasilitator kem!!!

P/s: Gambar no 3 tu kebetulan pulak pergi makan kat kedai fanatik team Johor, samalah pulak design baju ngan design alas meja tu.. Muahahaha













Monday, March 25, 2013

Rezeki dikongsi bersama

Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama-sama dengan pelajar-pelajar Pusat Bahasa Pelangi pagi tadi. Tak jauh pun, katering kat restoran bawah tu je.. Restoram Anjung Desa.

Cuti sekolah ni, start kerja 8 pagi sampai tengahari. Hurmn kata jer sampai tengahari. Saat entry ni ditulis jam 2:45 petang, still tak balik lagi. Banyak keje ooooo nak settled. Dengan student2 SPM lepas datang bincang kursus2 yg patut diambil dengan keputusan SPM masing2..

Ok lah, nak sambung buat kerja dulu..jom layan gambar2 meriah kami pagi tadi sama-sama bersarapan dgn lebih 70 org students yg datang pagi ni. Memang meriah, sampaikan jammed jalan org tgk apalah agaknya ramai2 kat restoran tu.. Hihi

Alhamdulillah dengan pemberian rezeki daripada Allah. Ada lebih kita kongsi lagi!!!



















Yeayyy, coklat birthday dah dapat!!!

Jumaat lepas selamat dapat parcel chocolate wrapper utk celebrated birthday Ayyunie tak lama lagi. Btw saya sangat sangat puas hati dengan layanan serta perkhidmatan dari Chocolate Wrapper ni sebab sangat pantas dan profesional. Tahun lepas pun saya order chocolate dari company yang sama. Cuma bezanya tahun ni chocolate bar kecik2, tahun lepas chocolate bar panjang2..

Ok, Ayyunie sangat excited dengan chocolate bar ni. Sabar sayang, nanti kita bagi kat kawan2 ya.

Mode: busy dengan program cuti sekolah students...





Friday, March 22, 2013

Umrah 2013 || Genap Sebulan!!!

Sedar tak sedar,
Dah sebulan saya meninggalkan Mekah Al-Mukarramah,
Tapi masih terbayang2 saya solat dan beribadah dalam Masjidilharam..

Oh betapa rindunya saya di SANA..
Betapa tenangnya saya di SANA..
Kerana hanya solat dan ibadah sahaja yang jadi penentu masa..

Sikit2 tanya ayah damia "bang, Zohor masuk pukul berapa ya??"
Sikit2 tanya lagi "bang, Maghrib masuk pukul berapa ya???"
Memang itulah hari2 soalan yang terpacul di mulut sebab senang nak set time pergi masjid awal.

Lepas tu kadang2 kami dah set time yang ada waktu2 kami tak balik hotel. Masing2 ambil kesempatan utk mengaji atau iktikaf dalam masjid. Lepas tu baru sama2 jumpa kat mana2 dan balik sama2 ke Hotel.

Ada masa2 tu sama2 bertanya "esok buat umrah nak?? larat tak??"..hurmm mana boleh bagi alasan tak larat kan kecuali betul2 kesihatan serta keadaan tak mengizinkan...

Semoga umrah saya dan suami bukan hanya membawa balik gambar-gambar serta memori sahaja, malah membawa balik hati yang lebih ikhlas kepadaNYA serta istiqamah dalam mengerjakan ibadah kepadaNYA..supaya juga kami menjadi Insan yang lebih baik dan sempurna dimataNYA daripada sebelum2 ini..Insyallah...

Gambar2 kenangan di Masjidilharam utk tatapan diri sendiri tatkala rindu mengundang..


Betul2 depan kaabah. Gambar selepas solat subuh.

Semoga doa2 kami dimakbulkan olehNYA dengan izinNYA..


Di atas tangga menuju ke Kaabah


Masjid yang tak pernah sunyi...


Laluan ke pintu utama Babus Salam..


Di hadapan pintu utama (1).
Disunatkan masuk melalui pintu ini utk menuju ke Kaabah..


Pelbagai bangsa, pelbagai negara, pelbagai warna kulit, pelbagai taraf dan semuanya pelbagai disini..


Insyallah, kita akan bertemu lagi yan Masjidilharam..
Ya Allah, permudahkan niat aku..

Imam saya, imam anak-anak saya dan Syurga saya..
Alhamdulillah..


Menara Jam tertinggi didunia..
Betul2 hadapan MasjidilHaram...

p/s: Sekejap jer sebulan kan...:)





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, March 21, 2013

Tahniah untuk pelajar-pelajar SPM 2012 II Pusat Bahasa Pelangi

Alhamdulillah, Syukur..
Kerana majoriti pelajar-pelajar SPM 2012 yang belajar di Pusat Bahasa Pelangi mendapat keputusan yang cemerlang yang diumumkan pagi tadi. 
Btw pagi tadi saya dan ayah damia agak sibuk sebab lepas sahaja hantar anak2 ke tadika, kami cepat2 ke Pontian pula untuk mengambil jersi-jersi pelajar serta jersi-jersi facilitator utk kem motivasi tak lama lagi. Otw balik JB, handphone tak putus2 dapat panggilan dari ibu bapa yg mengucapkan terima kasih kerana mengajar anak2 mereka serta dari pelajar2 SPM 2012 yang tak sabar nak jumpa kami.
Sampai2 sahaja depan Pusat Bahasa Pelangi...wahhhh dah ramai anak murid menunggu nak bagitau keputusan masing2. 


Pengetua sibuk meneliti keputusan para pelajar SPM 2012. 
Sambil2 bincang hala tuju masing2 lepas ni mengikut keputusan yang masing-masing dapat.


Sambil2 tu belanja mereka makan sekali...


Lepas tu sorang demi sorang pula datang utk berbincang kursus-kursus yang mereka nak ambil dan ada siap bawa laptop lagi sebab nak buat pembaikan utk isi borang UPU yang lepas. Tahniah Asmah kerana dapat keputusan yang membanggakan. Tahniah juga kepada pelajar2 yang lain. Nanti kita buat reunion ok!!!

Yang tak berjaya, jangan sedih-sedih. Tiada siapa yang perlu disalahkan. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

p/s: Saya direct ada kelas dari jam 4 petang sampai 10 malam.. Berhenti utk solat semata2...Ni pun taip cepat2 kat office sementara tunggu students balik kul 10 jap lagi...Alhamdulillah dengan kerjaya saya..

Sate Wak Radol di Desa Skudai

Wahhh satu lagi rangkaian Sate Wak Radol kini dah dibuka di Taman Desa Skudai. Bagi penduduk kawasan setempat tak yah pergi jauh-jauh lagi utk mencari Sate warisan zaman berzaman ni.

Kalau dulu saya suka sangat makan sate ni kat Kempas. Betul2 tepi highway Laluan Pasir Gudang tu. Nak parking pun kena parking tepi laluan highway. Ni dah senang, tak yah susah2 pergi makan kat jauh, belakang office saya jer ni.. Tak sampai 5 minit dah sampai sini.

Apa yang specialnya sate ni??? Sebab sate ni panjang2 dan tak da lemak. Adalah lemak sikit2, tapi minimum sangat lemaknya. Manis dan berasa rempah gitu. Sate warisan berzaman di Johor.

Ok jom kita tgk gambar. Oh ya sate ni boleh didapati di sebelah Shell yang dah tutup kat Taman Desa Skudai tu ya. No worries, malam2 senang cari sebab memang meriah ngan cahaya kat situ..

P/s: Ada juga makanan panas, soto dan otak2 kat situ ya..:)