Jangan tak percaya kat kota Mekah pun ada restoran masakan Melayu dari Malaysia. Nama restoran tersebut adalah Felda D' Saji. Hak milik penuh Felda Berhad. Terletak di tingkat 2 Bangunan Al Safwah Tower. Memang rata2 pengunjung kat situ adalah dari Malaysia.
Pagi tadi lepas subuh ayah damia ajak saya bersarapan di restoran tersebut. Kami dengar pasal restoran ni pun dari jemaah2 yang pernah pergi menunaikan haji tahun2 lepas dan pernah makan kat sini. Dengan berbekalkan keyakinan, maka kami pun berjalan lah dari hotel ke restoran tersebut. Mula2 ingatkan kat bangunan Burj Al Bait tu, lepas tanya beberapa org, rupa2nya bangunan sebelah lah.. alhamdulillah.. Tak kempunan lagi ya ayah damia nak makan roti canai.. Hihi.. Kalau tak asyik makan roti arab dan roti tempayan tu jer lah..:))
Harga pun semestinya lah ikut rate negara sana kan. Malaysia roti canai lebih kurang 60 sen hingga ke seringgit kan.. Kat Sini pastinya harga berbeza.
Gambar roti telur dan kari ayam last sekali tu saya beli kat Kedai Arab sebelah felda D'Saji tu.. Saja nak try menu roti telur arab pula... Total SR 17.. Ok lah sesuai dengan selera saya. Btw kat bangunan ni ada macam2 masakan dari India, bangladesh dan turki.. Jadi agak2 kalau nak mencuba masakan dari pelbagai Negara, bolehlah cuba di sini..
pernah makan kat sini gak. sedap sangat.. tp harga dia mmg berbeza la kan. kikiki.. teh tarik pun sodap gak. pastu kami sempat beli nasi hujan panas gak kat sini
ReplyDeleteakak pun mencari jugak roti canai kat gold coast...hehehe :-)
ReplyDeletesalam kenal sis
ReplyDeleteKat makatul mukaromah ke photo tu?