Friday, February 1, 2013

Pindah massage chair dari tingkat bawah ke tingkat atas RM360???

Actually saya dah lama sangat nak pindahkan OSIM saya ni dari tingkat bawah ke tingkat atas..
Alasan?? Ruang bawah jadi terhad utk makan dan santai2 tgk TV..
Dulu masa OSIM datang hantar, saya dan ayah damia kerja..
Then masa tu mak ada kat rumah..
Tak nak susahkan org tua, saya suruh jer pekerja OSIM tu letak kat depan TV..senang kononnya..

Sekali bila nak pindah naik atas...huaaa...berat yang amatttttt..
Dah lah saiznya yang besar susah nak angkut kat tangga dan pintu bilik..
Ayah damia siap google dan tgk kat Youtube lagi cam mana nak buka arm kat OSIM tu..
Tapi sampai ke sudah tak boleh2 juga buka..

Last2 saya hantar email pada pihak OSIM samada pihak mereka ada sediakan perkhidmatan pindahkan OSIM tak.....
Wahhh pantas tuntas keesokan harinya pihak OSIM call saya..
Mereka kata charge utk pindahkan OSIM RM200..
Dan saya bersetuju dan sama2 telah bersetuju juga dengan satu tarikh yang telah ditetapkan..

Lepas tu selang sehari dari tarikh yang ditetapkan, pihak OSIM call lagi bagitau yang charge logistik dan pengangkutan akan dikenakan RM160-RM200 pula...
Haishhh macam tak berbaloi pula sekadar nak pindahkan kerusi OSIM tu dikenakan charge antara harga RM160- RM200...then saya rejected cakap tak pe lah cam tu...

Sudahnya saya pun pergilah kat outlet2 OSIM yang ada kat JB ni...
Rata2 pun cakap, diaorg tak ada kepakaran nak buka OSIM saya tu dan perlukan perkhidmatan dari HQ KL juga...hurmmm..punah harapan saya nak pindahkan OSIM tu..

Sekali sabtu lepas, datang pula idea ayah damia nak cuba suruh pekerja2 kontraktor indonesia kat sebelah sama2 tolong angkat OSIM tu naik atas...saya cakap boleh gak cuba kan...


Ni lah 3 pekerja indonesia yang bersusa payah dan bertungkus lumus pindahkan OSIM saya tu..
Susah juga tau sebab teramat berattttttt...


Dah sampai sini, tetiba pulak stuck...lama juga stuck kat sini..
Habis frame2 jatuh dan pecah..
Lampu dinding pun sama jatuh dan pecah..


Nasib baik kebetulan masa tu pembantu rumah weekends saya ada..
So, saya suruh dia simpan dulu semua frame2 yang ada kat area tangga tu..
Termasuk segala toiletteries yang dibuat hiasan (tu hobi saya lepas travel simpan toiletteries buat hiasan)..
Pastu pekerja2 indonesia tu pun sama tolong cabutkan paku2 tu..
Sebab kata mereka nanti terkoyak pula OSIM saya..


Dan alhamdulillah...dalam masa 10 minit jugak, sampai pun OSIM ni ke tingkat atas...
Fuhhhh sorang2 berhenti sekejap lepas lelah..
Ada yang cakap " nyawa saya dah tertinggal kat bawah tangga tu"
Ada pula yang cakap "ini kalau mati hidup semula pun saya tak mahu angkat lagi"..
Kesiannya diaorg....ayah damia pun sama berpeluh2 sakan...

Lepas tu lagi satu masalah adalah nak masukkan kerusi ni kat dalam bilik..
Huaaaa....nak tak nak terpaksa juga tanggal satu arm..
Kalau tak memang takkan sampai misi nak pindahkan OSIM ni dalam bilik saya..
Nasib baik lah salah seorang pekerja indonesia tu pandai guna skru dan ingat balik litar2 yang perlu disambungkan dekat arm tu..


Dan akhirnya yahoooooooooooooo!!!!!!
Berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Finally OSIM ni telah berjaya dipindahkan ke bilik saya...
Dan arm pun dipasang tepat dengan litar yang dicabut tadi...
Walaupun sekadar kerja buat rumah, jangan disangka mereka ni tak ada kepakaran lain kan...hihi
Ayah damia bagi seorang RM50 sebagai upah angkat OSIM ni..
Mulanya diaorg semua segan sebab kata mereka macam banyak sangat...
Pastu ayah damia cakap, tak pe...yang lebih tu anggap jer rezeki anak-anak kamu...


Dan kini malam2, sebelum beradu di atas katil..
Kami telah menggunakan OSIM ni dengan sebaik mungkin.
Kalau tak sebelum ni jarang2 juga guna kecuali masa tgk TV kat bawah...
Ni senang dalam bilik sendiri, buka aircond, pasang TV, nyalakan wall lamp...
Dan hayati sepenuhnya kerja2 yang dilakukan oleh OSIM...
Terima kasih Jacob's dan OSIM...
Sedar tak sedar dah 8 bulan OSIM ni menjadi ahli keluarga kami..

p/s: Kalau tak kerana ahli family kami yang akan berkampung di rumah kami dan kenduri solat hajat malam ni, rasanya memang masih bertangguh-tangguh lagi OSIM tu duduk kat bawah....Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya...

p/s: Ok, lepas hantar Aleesya n Ayyunie gi school nak gi Money changer dan uruskan segala bil2 dan bayaran kereta dan rumah...

No comments:

Post a Comment