Monday, February 4, 2013

Botol semburan wudhuk

Bagi jemaah yang akan mengerjakan Haji atau Umrah, amatlah digalakkan membawa serta menggunakan "botol semburan wudhuk" ini.

Kegunaan botol ini adalah utk sewaktu penerbangan, ketika tawaf atau ketika dalan kekurangan air. Contoh situasi yang biasa saya dengar macam ni.. Katakanlah kita tiba awal dan mrndapat saf depan semasa solat di Masjidil Haram, tiba2 terbatal air sembahyang kerana kentut.. Maka tidaklah perlu kita keluar saf dan mencari punca air utk ambil air sembahyang lagi. Memadai dengan menggunakan botol semburan wudhuk ni. Biar air sedikit, tapi sempurna wudhuknya..:))

Cara penggunaan pun senang dan kita mesti yakin sempurna. Hanya semburkan air dan ratakan pada anggota yang wajib mengambil wudhuk dan seterusnya bolehlah beribadat seperti biasa..

Dulu2 tak ramai yg tahu pasal penggunaan botol semburan wudhuk ni terutama golongan2 tua. Tapi sekarang dah makin ramai yg mengunakannya. Ada terdapat di kedai2 atau toko2 barang2 umrah.

Botol ini bukan sekadar menjimatkan masa malah menyenangkan utk kita beribadat. Bukankah islam itu sungguh menyenangkan??? Sekadar memberi info kepada yang masih belum tahu..



2 comments:

  1. mmg haritu pun guna botol ni.. letak air zam zam.. bila ngantuk dalam masjid pun boleh spray muka, kasi segar sikit. hehhe

    ReplyDelete
  2. baru me tau wujud botol mcm ni heheh

    ReplyDelete