Pada 23hb Disember yang lepas, masa saya and family lepak2 rumah BIL kat Bangi, tetiba terkeluar idea nak ajak my big in law family berkelah dan BBQ di Warisan Rimba. Tak ramai tahu tempat ni. Since my keluarga mertua saya dari Kelantan pun datang jalan2 KL masa tu, so rasanya inilah rasanya tempat yang sesuai bawa budak2 yang suka main air dan org tua utk menghirup udara segar.
Tempat ni belakang Zoo Negara. Kawasan Kemensah. Memang ramai orang berkelah di kawasan air terjun Kemensah tu, tapi yang Warisan Rimba ni ke dalam sikit dan memang ada beberapa buah chalet dalam kawasan tu untuk para tetamu berehat.
Mula-mula sampai, wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Akhirnya sampai jua aku kat sini, bisik kata hati.
Masa mula2 tahu tempat ni tengok dalam blog Nana ibu damia..
Masa tu tak percaya sangat airnya hijau sampai cam ni..
Sekali dah depan mata, hah?? Tak percaya lagi??
Indahnya ciptaan Allah.
Saya tanya juga owner chalet kenapa airnya warna hijau macam ni??
Dia kata ni real dari air bukit, bukan air sungai..
Masyallah...cantiknya..
Me and my biras, kak Emy...
Setakat ni kami berdua lah menantu perempuan keluarga in law saya..
Bilik chalet yang kami sewa..
Satu lajuran ni ada 3 bilik..
Bilik kami yang last sekali..
Sewa separuh hari means tak bermalam kat situ RM 60..
Kalau nak bermalam ada chalet yang lebih proper lagi.
Pandangan dari atas chalet tu..
See, diaorg ni kengkononnya main volleyball dalam air ni..
Lawan dengan geng yang datang ke situ sebagai tetamu juga..
Yeayyy, kumpulan kami menang..
Jadi pom pom girl dari atas jer pun...hihi
Ni pula kolam kanak2...
Ni guna air paip sebab memang saya nampak air paipnya mengalir dalam kolam ni..
Sebab tu air tak warna hijau..
Lebih selamat budak2 kat kolam ni..:))
Perghhh, Ayyunie, boleh erkk sambil makan sambil swimming gitu..
Nasib baik tok ma ada layan kerenah cucu-cucunya..
Ni lah chalet kami..
Gambar diambil dari pandangan luar..
Sejuk mata memandangkan..
Suka betul both Damias dapat main air dengan cousinsnya..
See, kanak2 sangat happy kan..
Ni bapa mertua saya, sibuk menghidupkan api dan bara utk BBQ..
Anak beranak, yang tengah tu BIL saya..
Boleh tahan juga makanan yang kami bawa tu..
Ayam, hotdog, kambing BBQ, udang dan makanan2 lain..
Saya sibuk memotong kecil2 daging kambing yang dipanggang..
Sedap tau kambing panggang tu, biras saya order dengan org perseorangan sebanyak 2 kilo..
Best sebab tak bau hamis kambing..
Ni lah hasil kerja saya, memotong daging kambing yang telah siap dipanggang..
Bestkan...hurmm..bestnya dapat gigit lemak2 kambing tu..
Patut ler saya melebar dengan jaya...:))
Ni pula area air terjun..
Ya Allah, sangat2 sejuk ok airnya..
Aleesya tak tahan masuk sini terus duduk kat tebing je..
Cantikkan suasananya..
Saya ingat nak berphotoshoot kat sini..
Tapi alahai, cik P baru datang lah pula..
So tak ada mood nak main air dan berphotoshoot kat sini..
Ni area kawasan air bukit sebelah dalam..
Perghhh..sangat cantik..
Oh ya pelampung tu sewa RM4 sebuah..
See, muka Aleesya yang ketakutan dengan air yang sangat sejuk!!!
Buaian tayar tu memang betul2 menarik perhatian kanak2 lah..
Adik2 ipar saya sakan main atas tayar ni..
Macam2 aksi dibuatnya..
Ayyunie yang tak tahan kesejukan..
Apa2 pun saya nak sangat datang sini lagi..
Serius sangat2 best..
Selain anak2 boleh beriadah main air, kita yang dewasa boleh makan sambil chatting2 kan..
p/s: Ok lah, nak hantar both Damias pergi school dulu...
NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
akhirnya sampai pon ayu kt sini
ReplyDeleteorg kl pon ramai tak tau tempat ni hehee
org johor dah mai terjah
ramai yg komplen psl chalet ni xberapa cukup kemudahan
tp nama pon dalam hutan nak selesa mcm mana kan?
cantiknyer tpt nie Ayu...cfm best lepak sini..i love the nature too...:-)
ReplyDeletememang lawa tempat nie.. kite je tak sampai2... hehhe maklumlah kami ni jenis tak suke berendam his... habi plak paranoid...
ReplyDeletesaya bagi pihak warisan hati rimba ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana berkongsi pegalaman anda,jika ada sebarang kekurangan harap dimaafkan...insyallah kami akan menaik taraf chalet kami dari masa ke semasa,semuanya bergantung pada sokongan anda semua.lawati facebook kami -warisan hati rimba-
ReplyDeleteBoleh bagi contact no Untuk booking x..sebab kol no tertera x berangkat
ReplyDeleteUnknown - maaf, saya pun tak ada no phonenya...dah lama sangat pergi..kami terjah je masa tu..
ReplyDelete