Tuesday, January 8, 2013

Sebab utama kenapa saya beli BASIKAL..

Ada cerita kenapa tiba-tiba sahaja kami nak beli basikal ni..
Kisahnya bermula masa hari sabtu malam minggu lepas, ayah damia dan Aleesya nak gi beli burger kat depan taman perumahan kami ni. Jarak lebih kurang 500 meter. Si ayah berjalan kaki, si Aleesya pula mengayuh basikal pinknya tu. Ayyunie awal2 dah zzzzz sebab tak tidur petang. 

Kalau nak tahu, tu lah first time si ayah berjalan kaki sejauh tu. Selama ni nak gi rumah jiran selang satu bangunan kami pun sibuk nak naik kereta juga. Sebenarnya kami dalam proses nak melatih fizikal dan keupayaan berjalan kaki sebab nanti masa Sae' kat Mekah, sekurang2nya kami tak lah terkejut kan. At least kami dah boleh biasakan diri berjalan sejauh 500 meter ke atas. 

Tapi, hahahaha...sampai2 jer rumah si ayah cepat2 panggil saya nak air, lepas tu peluh2 pula tu, kesian tengok. Tak lama kemudian, si ayah pun cakap "Aduh sakit lutut pulak, betis pun rasa-rasa berat". Hah tu baru si ayah berjalan kaki, belum lagi saya...Saya kan memang tak boleh penat sikit dari segi fizikal ni, mulalah rasa nak pitam dan pengsan. Tu yang decided beli basikal slow2 nak latih ketahanan fizikal kami suami isteri. 

Itulah ceritanya...Tu yang hari ahad tu dan dan pergi beli basikal terus. Mahal juga erkkk basikal2 ni. Yang budak2 bawak pergi kelas/ sekolah tu pun dah cecah RM250 ke atas. Belum lagi pixie yang harga cecah 800-1000. Fuhh...alhamdulillah, nasib kami baik...kami jumpa kedai yang harga reasonable murah...basikal + pam kaki + lampu = Harga yang sukar dipercayai...hihi..may be sebab awal2 tu kami ke kedai yang mahal kot. Kedai last sekali tu yang harga Ok. 


Homaigawd..homaigawd..
Saya dah hampir terlupa cam mana nak naik basikal..
Semalam balik kerja jam 6 petang, terus saya naik basikal ni ke taman..
Huaaaa....apasal handle tu goyang2?? tetiba saya rasa basikal tu jalan sendiri dengan lajunya...rasa sangat2 tak konfident..budak2 kat taman (ada juga antara mereka students saya) siap cakap lagi.."tak pe kalau jatuh sakit"...hahaha...buat malu jer...nasib baik ayah damia tak ada, kalau tak memang kena gelak sakan kot...hihi


Sengaja pilih basikal ladylike dan ada bakul..
Senang nanti nak buat props photoshoot...muahahaha
Tapi ramai yang cakap basikal saya ni comeyyy..:))


Ayyunie pun sama tengah belajar mengayuh..
Kalau tak selama ni dia kayuh jugak, tapi kayuh yang jenis sekerat2 tu..
Bukan kayuh yang smooth dan berterusan..

Weiii anak-anak, jangan tinggalkan ibu kat belakang..
Mentang2 lah ibu baru nak belajar balik naik basikal..
Laju jer korang tinggalkan ibu ya..


 Dah janji dengan Ayyunie, kalau dia pandai kayuh dan keputusan peperiksaan bulanan memberangsangkan, nanti birthday Ayyunie bulan March ni ibu ayah hadiahkan basikal baru. Tu Ayyunie pinjam basikal kakaknya..


Aleesya dan skuternya yang beli kat Munduk, Thailand.
Nanti Aleesya besar sikit lagi, ibu belikan basikal yang sesuai dengan ketinggian Aleesya ya..

Semoga kami suami isteri betul2 istiqamah melakukan senaman fizikal dan menguna basikal itu sebaik mungkin. At least nak gi beli nasi goreng atau burger kat depan taman perumahan tu tak yah dah susah2 keluar kereta dari garaj rumah kan..:))
Badan sihat otak cergas..

p/s: Semalam saya dan ayah damia buat terapi Al-Jabbar lagi supaya badan kami cukup cas-casnya dan sihat.




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

4 comments:

  1. bagus jugak beli basikal ni kan..leh kuarkan peluh jugak..kalo tak asyik naik kete berekon, dalam rumah berekon dalam opis pon sama..hehe..

    MIL fiza pon amik terapi al-jabbar tu..dia ckp sakit2 kaki dan pening2 hilang..

    ReplyDelete
  2. Heheh xpe eksesais
    Kita pon anta mia g skolah xjauh pon
    Tp mls yarabi nl jalan
    Last2 suh amrul bawa kete g keje kita nak bawa moto anta mia hahah dasar pemalas nk berjalanK

    ReplyDelete
  3. owh itu sebabnya...bagus juga beli basikal nie kan...

    ReplyDelete
  4. yeahh sokong badan sehat otak cergas..enjoy berbasikal yeaa ;)

    ReplyDelete