Untuk pengetahuan warga Johor, kini buat julung-julung kalinya Penerbangan terus dari Senai-Jeddah utk Umrah akan dirasmikan. Tiram Travel adalah satu-satu agensi yang memulakan pakej Umrah yang bermula dari Senai-Jeddah secara terus. Kalau tak sebelum-sebelum ni adalah terus dari KLIA atau airport Changi.
Sabtu lepas masa saya dan suami menghadiri kursus umrah, bagi penerbangan 27/1, 2/2 dan 3/2 dah boleh ambil jadual penerbangan. Tarikh memang kita yang pilih masa mula2 letak booking kan, cuma jadual penuh baru dapat masa kursus Umrah haritu. Ustaz yang bagi penerangan kursus umrah tu bagitau, hari yg kami pergi umrah sabtu lepas adalah hari yang paling ramai org datang kursus. Sampaikan makanan dan minuman pun terputus. Tapi tak apa, yang sikit kita sama2 merasa, yang banyak sama2 kita bahagikan.
Pesawat saya dijangka akan berlepas pada jam 5 petang. Tapi seawal jam 11.30 pagi lagi kami dah kena berkumpul di terminal haji di airport Senai. Ini kerana lepas Zohor akan diadakan Majlis perasmian dan solat hajat memandangkan ini adalah penerbangan pertama Umrah terus dari Senai selain dari penerbangan pertama juga utk jemaah Umrah Tiram Travel utk tahun 2013.
Diharap semoga semua urusan sebelum, semasa dan selepas Umrah berjalan dengan lancar dan semoga kami suami isteri mendapat Umrah Mabrur. Hati kami sama2 dup dap dup dap menanti hari utk ke sana walaupun pelbagai tugasan yg perlu diselesaikan segera. Kalau nak ikutkan bizi bekerja, kerja sampai bila2 pun tak habiskan. So kami cuba utk fokus dan banyakkan amal ibadat bermula dari awal hingga kini. Semoga Allah menerima kami mrnjadi tetamu AgungNYA.. Aminnn
moga segalanya berjln lancar
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan perjalanan Ayu dan suami untuk ke Tanah Suci.. Dah siap persiapan untuk ke sana?
ReplyDelete