Alhamdulillah..
Subhanallah...
Hari jumaat pertama yang penuh barakah dalam tahun 2013, saya nak beritahu, Insyallah saya dan suami akan menjalankan ibadah Umrah kurang dari 30 hari lagi. Perancangan yang telah dibuat sejak awal tahun 2012 lagi. Dan bermula dari situ, dari perancangan awal, disusuli dengan persiapan mental, fizikal dan rohani sedikit demi sedikit dan akhirnya Alhamdulillah, kini saya dan suami hanya menantikan Visa Approval dan persiapan sedikit barang untuk ke Mekah dan Madinah.
Syukur kerana saya dan suami terpanggil untuk menyahut panggilan Allah. Azam yang selalu membara di dalam hati dan saya sentiasa berdoa agar rezeki kami untuk ke sini akan termakbul. Walaupun pada mulanya saya dan suami agak was-was untuk ke sini kerana faktor utama memikirkan anak-anak dan juga business-business saya, tapi akhirnya kami redha dan YAKIN SEYAKIN-YAKINNYA bahawa inilah panggilan yang sangat-sangat kuat untuk kami menjadi tetamu agungNYA. Segala Puji Bagi ALLAH, kalau betul-betul kita tetapkan hati dan khusyuk untuk sampai kesini, Insyallah yang susah dipermudahkan, yang lambat dipercepatkan.
Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan antara pembaca-pembaca blog saya yang budiman dan sporting semua. Bermula dari 50-50 nak bawa anak-anak atau tidak, kemudian keputusan nak bawa Aleesya tinggalkan Ayyunie pula, dan akhirnya setelah kata putus dan sepakat berbincang bersama ahli keluarga, akhirnya kami TEKAD yang kami tidak membawa anak-anak saya. BTW hati saya teringin sangat-sangat nak bawa anak-anak saya ke SANA bersama, tapi saya percaya keputusan yang dibuat ini pasti ada hikmahnya.
Surat kursus umrah dari Utas Travel, tapi masa tu kami tak dapat hadir sebab baru jemput mak balik dari Haji di KL..
Begitu jua dari pemilihan Travel Agensi satu ke satu, bermula dengan Tiram Travel kerana kami boleh naik terus dari Singapore-Jeddah, kemudian berminat pula dengan Andalusia travel yang mana pada mulanya kami berminat memilih ziarah Oman-Muscat, tapi apabila keesokkannya kami hendak booked, hanya tinggal 1 sahaja lagi tempat kosong. Lepas tu kami cuba lagi di Utas Travel pula, sayangnya tarikh yang kami dah rancang awal-awal tu full booked pula dan akhirnya Aturan Allah tu sangat Indah, yang mana kami berbalik semula ke Tiram Travel dengan menaiki pesawat terus dari SENAI-JEDDAH. Kami berasa bersyukur sangat kerana kalau nai dari Senai, JB ia amatlah memudahkan kami kerana kami tak payah nak ke KLIA atau ke Changi Airport, Singapore. Dan kalau naik dari Senai, JB ia amat memudahkan keluarga dan para sahabat kami untuk menghantar kami ke Airport nanti. Dan doa saya untuk mempermudahkan urusan sebelum mengerjakan umrah amatlah lancar. Terima Kasih Allah.
Tu belum lagi cerita perancangan awal yang pada mulanya kedua-dua ibu bapa mertua saya juga ingin ikut bersama. Kami dah siap-siap tanya pihak Travel Agensi lagi procedur dari pergi berdua pergi berempat cam mana. Tup tap tup tap, akhirnya ibu bapa mertua saya pilih jalan tak jadi pergi dengan kami kerana banyak faktor-faktor dan sebab yang perlu diambil kira. Antaranya ialah anak-anak saya. Insyallah, saya percaya pasti ada rezeki ibu bapa mertua saya pergi menunaikan umrah bersama kami pada masa akan datang.
Ada antara segelintir pembaca-pembaca blog saya dah boleh hidu bau yang saya akan menunaikan umrah since saya buat entry gambar visa, renew passport dan juga suntikan meningitis. Kebanyakan yang teka-teka tu yang dah pernah pergi Umrah.
Oh ya lagi satu, dulu saya pernah terniat dalam hati kot "aku nak pergi mekah dulu baru aku nak melancong ke negara lain". Dan akhirnya saya percaya kenapa kami sekeluarga terpaksa dicancel bukan cancel untuk ke Beijing. Sebenarnya kalau nak tahu, masa saya buat keputusan nak pergi Umrah, lepas tu at the same time kami nak ke Beijing, hati dah rasa serba salah tau. Sebab gap nak ke Beijing dan Umrah tu hanya 1 bulan sahaja. Masa tu mula terfikir mampukan aku sebab duit mesti nak pakai banyak, lepas tu mampukan aku nak buat persediaan, pastu terfikir lagi time tu kat Beijing musim salji, nanti balik tak berapa sihat, lepas tu sebulan kemudian nak gi Umrah pula. Dan Allah dah janjikan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan finally kami sebenarnya langsung tak berasa menyesal pun tak dapat pergi ke Beijing sebab kami dapat panggilan ke tempat yang lebih jauh dan suci dari Beijing. Allah maha berkuasa kan!
Dan yang paling miracle sekali, Ya Allah, betullah orang cakap kalau betul2 kita memang dah ada niat untuk ke SANA, rezeki datang tak putus-putus dalam pelbagai cara. Awal Disember haritu saya dapat offer dari kolej Komuniti untuk berkongsi bagaimana menjadi seorang usahawan bermula dari zero. Sebenarnya dah beberapa kali saya dan suami berkongsi tentang kursus keusahawanan ni samada di centre saya atau ke institut2. Tapi offer kalini memang ngam-ngam seminggu sebelum kami menunaikan umrah. Jadi ini memang sangat miracle kerana rezeki tu hadir tepat pada masanya. Kemudian pertengahan Disember pula datang lagi rezeki yang tak disangka-sangka dari J&J kan..
Alhamdulillah, semoga saya dan suami dapat berkongsi ilmu yang tak seberapa di dada. Kerana kami pun masih menjemput dan mencari ilmu jua.
Rezeki yang tak disangka-sangka..:))
Jadi dikesempatan ini, saya dan suami ingin meminta maaf seandainya ada yang terasa dengan kami, tak kira dari segi percakapan, penulisan dalam blog atau apa jua tingkah laku yang boleh menyebabkan anda semua rasa tak senang hati dengan kami. Minta maaf awal-awal ni. Nanti nak pergi minta maaf lagi..:)) Kan bagus hari-hari minta maaf kan. Kalau sesiapa perasan, awal-awal haritu, saya punya foot note/ nota kaki memang dah minta maaf awal-awal pun sebab biasalah, kadang2 gaya penulisan dalam blog ni lain yang kita maksudkan, lain yang orang faham. Kita just nak share dengan ikhlas dan sharing info semata-mata, lain pula orang tafsirkan. Jadi saya minta maaf awal-awal ya kawan2 semua.
Doakan saya dan suami mendapat Umrah yang MABRUR...
Ya Allah, izinkanlah urusan aku dan suamiku sebelum, semasa dan selepas umrah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima Kasih Ya Allah.
Finally revealed juga yang terbuku dala hati..:))
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
sungguh indah aturan allah bt k.ayu n family.. moga k.ayu n abe khai selamat pergi dan pulang kembali kepangkuan keluarga dan puteri2 tercinta..dan mendapat umrah yg mabrur..aminnn
ReplyDeleteFiza, terima kasih...sesungguhnya ALLAH dah aturkan script yang terbaik untuk umatnya..
ReplyDeletesmoga smua berjln lancar urusan menunaikan umrah...setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnye
ReplyDeletealhamdulillah.. setiap yg berlaku, mmg ada hikmahnya.. dulu pun mimi nak bawak anak2, tp byk yg kami fikir.. mampu ke bawak anak yang masih kecik lagi.. dengan ragamnya, dengan nak jaga solat dan perangai mereka.. jd lebih baik kami pergi berdua agar dapat menumpukan lebih perhatian dengan ibadah.. ada rezeki bila mereka dah besar, dah boleh solat dengan baik, insyallah ada rezeki boleh bawak mereka lagi sekali
ReplyDeletemama tisya, terima kasih....ya kena yakin dengan qada dan qadar Allah...
ReplyDeleteMimi, tu lah..ayu terfikir kan ayyunie yang masih kecil tu jer...kejap2 nak milk, kejap2 nak pee, kejap2 nak poo poo...utk Aleesya pla ayu rasa tak ada masalah nak bawak sebab dia memang dah boleh ikut kita solat dan bijak dari adiknya...fikir2 takkan bawa sorang tinggal sorang kan...unfair pulak rasanya... boleh dikatakan keputusan pasal anak2 ni lah paling lama yg difikirkan. apa2 pun kini ayu kena yakin seyakin yakinnya..
ReplyDeletealdamdulillah...tmpt seronok dgr berita baik ni..hrp2 kami pun sempat jejak kaki ke sana..moga dpt umrah yg Mabrur yea ayu n hasben:)
ReplyDeletealhamdulillah..syukran..perkrara paling indah dlm hidup bila dijemput menjadi tetamu Allah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah ayu...semoga mendapat umrah yg mabrur..doakan kami juga yer berpeluang ke sana satu hari nanti...;-)
ReplyDeletesyukur...tahniah kerana tlh mendapat panggilan dariNYA. Tumpang gembira... Semoga Ayu & suami dpt mengerjakannya dgn sempurna. Eh, betullah tekaan kzie.
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki Ayu sekeluarga.. moga selamat pergi san selamat kembali ye Ayu. Moga dapat Umrah yg mabrur aminnnn
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteMoga lancar segala urusan kak...
Doakan kami ye kak..
ann@zanyra, terima kasih..insyallah kalau ada niat nak kesana, pasti dimudahkanNYA...aminn
ReplyDeletesuziey - semoga ia menjadi kenangan yang terindah buat kami...aminnn
ReplyDeletekak dina, terima kasih...insyallah setiap umatnya berpeluang menjejaki ke tanah suci...aminn
ReplyDeleteradziah, terima kasih..semoga kami mendapat Umrah Mabrur...hihi, pandai teka..:))
ReplyDeleteizan, terima kasih, semoga kami suami isteri mendapat umrah mabrur dan dipermudahkannya...aminn
ReplyDeletenad, insyallah, semua rakan2 kak ayu akan berpeluang menjejaki ke SANA nanti...terima kasih...:))
ReplyDeleteakak baca entry rasa sebak la ayu :-( moga semuanya dipermudahkan ye. :-)
ReplyDeleters sebak bc entry Ayu..moga yg tebaik dan yg terindah utk Ayu sekeluarga...dan dpermudahkan urusan di sana nnt...
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah.. akhirnya Ayu dan suami dipanggil untuk menjadi tetamu Allah..Semoga urusan ibadah dapat dilaksanakan dengan mudah. Memang dah dapat agak bila Ayu ke klinik Dr Kamal.... Rindu rasanya nak ke Tanah Suci.. Jika ada pertanyaan bolehlah suarakan di emel Nur. In Shaa Allah Nur sedia menjawab. Jaga kesihatan diri ye...
ReplyDeleteKak Ezna, hihi...sebak??? biasalah tu..nak dapatkan yang terindah biasanya liku2 perlu dihadapi dulu...tq kak ezna..
ReplyDeletegie, insyallah...terima kasih...
ReplyDeletekak nur, terima kasih...insyallah kalau ada apa2 kemusyiklan nanti ayu tanya kak nur ya....:))..memang klinik dr kamal tu femes apa..hihi
ReplyDelete