Saturday, January 26, 2013

Makanan eksotik || Restoran Haji Daud Kota Tinggi

Masa otw kami bercuti ke Tanjung Sutera Resort khamis aritu, singgah kejap di Kota Tinggi utk lunch. Ayah damia sempat lagi tu driving sambil google kat mana makan lunch best area kota tinggi ni. Rata2 yang buat entry tulis Restoran Haji Daud (RHD) ni best.

RHD ni betul2 depan KFC Kota Tinggi. Ok lah kami pun singgah. Kebetulan makan waktu lunch, ramai betul orang. Rata2 pakai baju melayu sebab may be baru balik dari sambutan Maulidur Rasul.

Oh ya, kenapa ramai yang tulis sini banyak makanan eksotik??? Memang betul pun sini banyak pilihan makanan2 tengahari yg jarang saya jumpa. Antaranya belangkas, siput gonggong, pepahat, ikan air tawar dan udang galah yang besar2 saiznya. Agaknya saiz XXXXL kot.. Hihi..

Saya memang susah nak makan makanan eksotik ni sebab takut perut meragam dan tekak tak leh terima. Tapi tak cuba tak tahu kan..

Ok lah ni 2 gambar yang sempat saya snap masa tgh org2 ramai tu. Sesiapa yg nak cuba makanan eksotik ni bolehlah singgah kat RHD Kota Tinggi ya..:))





1 comment: