Wednesday, December 5, 2012

Gas habis??? Jadi masak guna apa??

Malam tadi tengah excited nak buat makaroni bakar, tetiba baru je rebus makaroni tu separuh jalan, gas pula habis.. Adusss nak pergi kedai runcit tukar gas malas pulak. Nak call suruh hantar gas rumah sure lambat punya. Dah lah nak masak cepat2 sebab budak2 nak tidur awal.





Nasib baik ada multi-function cooker yang tersimpan rapi atas kabinet tu. Jarang2 sangat guna cooker ni kecuali ada makan2 kat rumah atau time travel jer.





Lepas rebus makaroni dalam cooker tu, masak pula inti dan rempah dalam cooker tu. Kejap je ambil masa masak dalam cooker ni sebab boleh adjustable elektrik nak suhu berapa.

Tu kat atas dah siap2 bakar makaroni dalam mangkuk kaca Pyrex saya. First time ni bakar dalam mangkuk kaca, selalu kalau buat bakar dalam loyang.





Taraaa, selepas 15 minit, ni lah hasilnya!!!




Alhamdulillah, so tasty!!! Tak kering tak lembap, just nice gitu.. Hihi.. Akhirnya berjaya juga buat makaroni bakar masak guna multi-function cooker.

P/s: Selalu kalau emergency habis gas, saya guna portable gas stove. Semalam portable gas stove tu kat office lah pulak.

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

1 comment:

  1. suri rumah zmn skrg nih dh makin kretip dlm handle situasi camni... mcm2 blh gune kan...

    ReplyDelete