Friday, December 21, 2012

Cuti akhir tahun || Maid tempatan

Yahooooo... Harini saya dah start cuti akhir tahun sampailah 30hb December ni. Pelbagai rancangan telah diatur supaya pengisian cuti kami dapat dihabiskan bersama dengan family tersayang. Kami akan ke KL bercuti bersama keluarga mertua saya, lepas tu ke banglo A Famosa dan mungkin ke Legoland juga!!! Tapi kita hanya merancang dan tuhan yg menentukan.




Dah tak sabar Aleesya nak guna tiket legoland yang dihadiahkan oleh blogger Jue ni... Tq so much Jue..:))





Sebelum meninggalkan rumah, wajib ler panggil org kemaskan rumah yg hampir 2 bulan tak buay major cleaning..Since cuti sekolah hari tu, saya kan start kerja dari pagi.. So memang tak berkesempatan langsung maid indonesia biasa saya tu kemas rumah macam biasa. Hujung minggu pulak selalu tak ada kat JB.




Bizi sangat maid indonesia tu, time saya free, dia pulak tak free, time dia free, saya pulak kadang2 tak ada kat rumah. So kalini saya cuba guna org tempatan pula kemas rumah saya. Btw Linda ni dah biasa kemas2 office saya. So nanti kita tgk hasilnya macan mana.. Setanding tak dengan hasil maid indonesia..

Ok lah saya pun nak sambung operasi mengemas rumah juga sebelum pergi bercuti..selamat bekerja uolsss!!!

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

No comments:

Post a Comment