Beberapa tahun lepas, masa mula2 saya masuk Singapore, saya anggap ia sangat luar biasa kalau tiba di checkpoint Woodland atau Secondlink Tuas utk cop passport. Rasa macam ada rusuhan bermotor pula. Lagi banyak motor daripada kereta.
Ni saya snap masa di Secondlink Tuas hari rabu lepas. Pergi saya guna Woodland Checkpoint. Balik saya guna Secondlink Tuas checkpoint.
Kebetulan rabu tu weekdays. So memang ramai lah yang akan balik kerja guna checkpoint. Tapi Don't Worry, utk laluan kereta langsung tak jammed. Yang hanya sabar menunggu adalah di laluan Motor sahaja.
Nak cop passport bagi yang naik motor kena buka helmet. Manakala kalau yang naik kereta, just tunjuk muka jer kat pegawai imigresen tu. Kalau kebetulan macam both DAMIAs tgh tidur macam waktu yang kami balik ni, pegawai imigresen akan jengok tgk dalam kereta utk pastikan muka dan gambar dalam passport adalah org yang sama.
See, gigihkan mereka menunggu giliran utk cop passport.
Dan lihat juga lah betapa ramainya rakyat Malaysia (terutama Johor) bekerja di Singapore.
Inilah pandangan luar biasa pada mulanya bagi saya dan biasa sudah kini..:))
Rata2 jiran saya dan customers saya memang bekerja di Johor.
Kebanyakannya pergi jam 4 pagi balik jam 7-8 malam..
Semuanya sebab takut jammed sebab tu pergi awal dan balik agak lambat walaupun habis kerja jam 5 petang.
Salah seorang jiran saya pernah cakap, nak tunggu sampai giliran kita cop paspport ni, habis 2-3 batang rokok dulu..aduiii kesiannya. Demi mencari rezeki di Singapore. Tapi masyukkkk...Bayangkan kerja security Guard S$1000, convert duit RM dapat ler lebih kurang RM2500..security guard jer tu...kalau yang lebih profesional??? Patutlah kebanyakan yang kerja kat Singapore selalunya ssuami sahaja bekerja, manakala isteri tidak bekerja. Ni pemerhatian kasar saya based pada jiran2 dan customers saya jer tau. Tapi ada juga yang suami isteri pun bekerja di Singapore...wahhh tu lagi masyukkk kan..:))
p/s: Pernah masuk sekali Singapore guna bas masa nak gi USS.. wahhh turun naik turun naik bas le jawabnya kat Checkpint tu...
sy memang msuk singapura ngan bas.. memang bekejaran takut bas tinggal.. pernah kali ke 2 pergi singapore kene tinggal ngan bas.. padehal bukan lama sangat pun..
ReplyDelete*nasib badan
Assalmualaikum.. abg kerja security kat mne??ade jobs lagi tak?
ReplyDelete