Kalau ke Bukit Merah Laketown Resort..
Pasti bermain2 di fikiran nak stay di hotel?? Apartment??? atau Chalet atas air??
Ni review saya stay di bilik hotel (dari deluxe upgrade ke superior)
Kebetulan masa tu agoda.com ada buat promosi harga bilik deluxe, tapi dapat bilik superior..
So, apa lagi...grab cepat-cepat..
Ok memula kami dapat bilik tingkat 2..
Jenuh juga nak mengangkut barang semua..
Dah lah lift yang comel tu satu sahaja..
Asalkan budak2 gembira, tak kira apa jua..
Tu lah rupa tingkap bilik kami..
Walaupun nama hotel..tapi bilik ala2 resort punya..
Tak macam hotel kat KL yang kami tidur sebelumnya..
Luas pemandangan, jauh mata memandang..:)
Kalau tidur hotel, mesti ada bathtubnya..
Barulah lengkap percutian sekeluarga.
Mainan Ayyunie memang dalam ni sahaja..
Pagi petang siang malam tak kira masa..:))
Ni pula area ala-ala wardrobe..
Hanya dipisahkan oleh sehelai langsir..
Lepas mandi bolehlah tualaku drop-drop..
Sambil menelek tubuhku bersinar bak pasir..:))
Seronoknya mereka wahai sang puteri-puteriku..
Si Sultan pula penat dah nak beradu..
Yang permaisuri pula sibuk ambil gambar sini situ..
Apa nak buat, ada idea boleh masuk blog daku...:))
Tambahan sofa memang memikat..
Bolehlah salah seorang puteri baring sambil berehat..
Bilik superior memang menyebabkan ku terpikat..
Kalau ada peluang lagi, pasti ia destinasi dalam hati yang terpahat..
Toileteries wajib disnap dulu..
Itu tandanya bukti ku sampai sini dulu..
Bukan setakat snap malahan masuk dalam bagku..
Tanda ingatan kami disini dalam rak rumahku..
Ya Allah, kami langsung tak tahu..
Rupanya ada tilam lagi di bawah katil puteriku .
Bukan main jakun lagi tgk tilam yang berdouble itu..
Al-maklum ler kat rumah katil queen kepunyaan puteri2ku..
Stop gurindam kejap erkk..
Tengah snap2 tu...
Boleh pulak org hotel call kata kami kena pindah bilik..
Sebab bilik kami tu ada renovation kat atasnya..
Then ada kebocoran sikit kat toilet..
Kami pun pergilah check..ah ah memang ada kebocoran sikit..tapi sikit jer..
Dah org suruh tukar...tukarlah kaminya..
Katanya kat tingkat 1, sebelah swimming pool...
Dengar swimming pool terus cakap ya!!! haha..
Kengkonon senang bebudak nak main kat situ..
Kalau bilik tadi ada sofa...
Bilik yang ni pula diganti dengan meja makan..
Wahhh lagi ok kot..
Sebab kebetulan kami pun ada beli makanan siap2 kat kaki bukit nak naik Bukit Merah ni..
Oh yer..don't worry guys...kedai makan banyak sangat kat situ..
Anytime nak keluar pun boleh beli makanan sebab malam2 memang ada restoran tomyam..
Nampak meriahlah jugak..
Parking kereta pun senang sahaja..
Semuanya depan mata..
Kalau ada tertinggal benda..
Tak payah naik lif turun lif kerana memang mudah semuanya..
Puteri Bongsu dah tak sabar-sabar
Menanti hari esok dengan penuh debar..
Kerana sibuk ajer nak naik bot besar..
Puteri sulung pun apa kurangnya..
Tunjuk nak naik itu dan ini juga..
Ya Ya Ibu tahu si kakak pun memang teruja...
Ok lah sampai sini sahaja gurindam tak jadi saya...ekekeke
Review hotel:
Rasanya sangat selesa dengan kami yang ada anak 2 kecil, anak2 dapat tido tilam masing2..tak payah bazir duit nak minta extra bed, bilik air walaupun tak luas sangat tapi semua cukup lengkap, nak makan pun selesa sebab ada meja makan...bilik jenis memanjang dan bukan jenis lebar atau segiempat tepat..so senang anak nak berlari sana sini...haha..lagi satu kat sini sejuk bangat malam2...terpaksa bangun malam2 tutup aircond...hihi..ok lah tu jer kot...
p/s: Kalau sesiapa ada pernah buat review stay kat apartment atau water chalet kat Bukit Merah Laketown ni, please tinggalkan link kat komen yer..insyallah, kami akan pergi lagi kat sini...sebab aritu tak puas tak boleh main semua entertainment yang ada dalam ni..
p/s: Apa2 pun bab makan kat stall yang jual guna kupon tu best!! ABC best....laksa kaw kaw pun best...
p/s: Oh yer, gambar saya saja edit biar nampak klasik gitu..hehe
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
dah banyak kali dah pegi laketown since die bukak.. sebab dekat jer ngan umah. huhuhu
ReplyDeletehttp://alwzbemybaby.blogspot.com/search/label/Bukit%20Merah
chantek dan puas hati tengok bilik kak ayu ni.brape charge utk 1 malam kak ayu??
ReplyDeleteantara my fav place for holiday2..so far dh 3 kali me stay kat sini..ada sekali dok water chalet..siyes besh!!
ReplyDelete