Tuesday, October 2, 2012

Sejarah Johor bermula || Teater Muzikal Bumi Berlantai Permata 3 ||





SINOPSIS:


Memaparkan pelbagai watak dan peristiwa dalam sejarah Johor sekitar tahun 1886 - 1907 

antaranya Dato' Jaaffar, Wong Ah Fook, Abdullah Tahir, Ungku Abdul Rahman Andak, Mohd 

Salleh Perang, Cecil Clementi Smith, Frederick Weld, kongsi Ngee Heng dan pelbagai watak 

dan kisah yang berkaitan tentang pembangunan Johor dan kelicikan British ingin menawan 

dan mengambil Johor. Unsur kelucuan juga diselitkan antaranya watak Kechik & Bulat.Loghat 

dan sebutan bahasa Melayu oleh Wong Ah Fook yang 'bersahaja dan menjadi' ikut pelat 

Cina juga menimbulkan ketawa dalam kalangan penonton yang hadir.


Sabtu malam ahad lepas, dapat invitation daripada penganjur 9th JB Arts Festival 2012 utk menyaksikan  Teater Muzikal " Bumi berlantai Permata 3"
III tu maksudnya telah 3 kali dipersembahkan kepada org ramai...bukan episod yang ke-3 yer..:)

Mula2 runsing jugak nak tgk teater ni sebab takut macam tak best ke, boring ke, atau tak faham..tapi sangkaan saya memang sangat-sangat meleset kerana saya rasa inilah teater yang betul-betul membuatkan saya kagum dan faham walaupun ia sebenanrnya berkisarkan sejarah zaman 1836-an...

Lakonan yang mantap, suara yang jelas, jalan cerita yang senang difahami, alunan suara yang merdu serta pakaian yang cantik2 semuanya pada pandangan saya..

Ok lah tak nak cerita panjang, apa yang boleh saya katakan, ini teater yang patut diberi tepukan gemuruh kerana memang sangat mantap persembahannya..

Jom kita layan gambar yang sempat disnap dengan menggunakan lens 70-200/ F2.8 ni...


Dato' Jaafar


Muzikal..


Aksi-aksi lucu dari Bulat dan Kechik..
Macam diaorg ni pencerita lah..


Nanny yang menjaga anak2 Sultan dulu..


Dato' Jaafar bersama isteri dan 4 anaknya..


Pelakon jemputan, Wana dari My Star LG..


Meremang bulu roma tgk aksi2 mereka ni..


Hoho...aksi berani mati..
Ni betul2 punya pelokkk ooo..


Pihak British yang ingin merampas Johor..


Setiap dialog ada subtitle dalam English..


Penduduk Johor marahkan pihak British


Dan akhirnya....selepas tamat sudah teater muzikan tersebut, acara memperkenalkan team produksi dibuat...dan inilah pengarah utk Teatet Muzikal ni...lupa pulak namanya..


Sultanah Zarith Sofea yang hadir mencemar duli dan bergambar bersama2 dengan pelakon..
(Owhhh teringat pula tahun 2005 yang Sultanah Zarith Sofea - masa tu belum jadi sultanah lagi- yang menyampaikan scroll Master kat UTM)


Mengambil peluang bergambar bersama dengan watak utama, Dato' Jaafar


Dapat invitation daripada penganjur bersama, En Sanat (Baju Kuning)...thanks En. Sanat bagi harga tiket special price..:)


Saya dan Cecil Clementi Smith..


Bergambar bersama kawan2 yang join sekali..
Lepas tu kami sama2 ke Dataran JB layan Steambot sambil borak2 sampai 1 pagi...hihi..:)

p/s: Saya pernah tgk Teater Muzikal Peter Pan (Based on Cartoon), pernah tengok Teater Muzikal The Curve (Based on Novel)  dan kini Teater Muzikal Batu Berlantai Permata ( Based on history)...masing2 ada kekuatan masing2..

p/s: Masa kat sekolah menengah dulu, saya sangat aktif dalam Drama dan Pentomin...:), siap jadi Penolong Pengarah lagi tau..hihi



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

No comments:

Post a Comment