Wednesday, October 10, 2012

Pabila dalam 1 tarikh yang kita memang dah planning awal2, tetiba macam2 hal penting yang kena diuruskan pula || Yang mana satu patut didahulukan???




Oktober datang lagi tahun ni..
Ada apa dengan Oktober??
Semestinya ia adalah bulan yang dinanti-nanti oleh Aleesya..
Sebabnya ulangtahun kelahirannya pada 17/10 ni

Dan semestinya sebagai seorang ibu, saya dah planning awal2 nak celebrate birthday Aleesya kat tadika dia...ni semua gara2 sejak Ayyunie celebrated birthday dia kat tadika, boleh dikatakan acapkali juga Aleesya tanya bila nak celebrate birthday dia kat tadika tu...adik buat, kakak pun kena buat jugak kan..:)

Ok fine di situ...then dalam bulan lepas saya dapat tahu pula bahawa emak saya akan bertolak ke Mekah utk menunaikan haji pada 18 Oktober..wahh ini maknanya saya kena ke KL sebelum 18hb ni sebab mak akan sampai dari Kota Bharu jam 8 pagi di Subang. Pastu terus ke Kelana Jaya utk tujuan pendaftaran. 

Maksudnya Aleesya tak leh celebrate birthday dia kat tadika sebab hari tersebut mungkin kami akan ke KL...Mulanya saya ok jer kalau tak celebrated birthday Aleesya tarikh tu sebab bila2 pun boleh celebrate kan...Janji dapat berjumpa dengan mak sebelum ke Mekah..

And you know what, 2 minggu lepas both Damias masuk2 kereta jer terus bagi jadual peperiksaan akhir tahunnya...sekali tgk!!! huaaaaaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Jadual peperiksaan Ayyunie


Jadual peperiksaan Aleesya..
-
-
-
-
-
-
-
Nampak tak apa yang membuatkan hati saya gundah gelana ni??
Sebab tarikh tu adalah sama dengan tarikh birthday Aleesya dan sekaligus tarikh kami akan ke KL hantar nenek both Damias menunaikan Haji..

Mula2 sangat resah....lepas berbincang dengan cikgu2 both Damias, kami decided yang exam 15hb dan 16hb tu buat 2 paper sekaligus...kalau tgkkan jadual tu, 15hb both Damias akan periksa BM, tapi sebab nak cuti punya pasal, both Damias akan periksa BM dan BC sekaligus, then 16hb periksa BI, SAINS dan Moral sekaligus...hurmmm memang sangat2 struggle ni...ibunya yang stress nanti..hihi..

Memang agak kelam kabut jugaklah mula2 dapat jadual peperiksaan ni..tapi lama2 ok saya dah boleh cool down..apa2 pun harapnya both Damias dapat jawab dengan tepat dan terbaik serta tenang semasa menjawab peperiksaan nanti.. Ibu doakan semoga Damia Aleesya bt Khairuddin dan Damia Ayyunie bt Khairuddin berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti...Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi kalian...

p/s: Aleesya selalu remind ibunya, kalau tak pergi exam kan, nanti kita dapat zero tau...Aleesya tak nak Zero!!! See, cam manalah saya tak kelam kabut??? Anak sendiri yang pressure ibunya...hihi

p/s: Tapi yang bestnya hari2 Aleesya sebut perkataan "Mekah"





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

No comments:

Post a Comment