Non stop dari JB-KL.. Breakfast pun dalam kereta je. Alhamdulillah sampai KL jam 12 tengahari. Mula2 sampai tu tgk ramai betul dah org. Lepas sampai kami kena isi borang pendaftaran dan ambil pas utk dilekat pada baju atau tudung. Tu both Damias dah tampal pass kat baju.
Ni lah rupa pass tersebut.
Fuhhh memang ramai betul yang datang ni. Bukan sahaja tetamu yang ramai, usahawan pun ramai. Saya rasa siapa2 yang ada produk sendiri atau akan buat produk sendiri akan datang, pasti tak akan lepaskan peluang datang sini. Same goes here. Sebab tu kami willing ke sini sebab hendak cari peluang perniagaan serta kerjasama selain dapat ilmu macam mana nak dapat pengesahan halal JAKIM dan lain lain.
Kebetulan juga kami terjumpa pula consultan yg buat research tentang sample produk kami akan datang disitu. So sempat juga kami berbincang disitu.
Memang banyak booth2 yang ada. Bayangkanlah bukan 1 jer dewan yang buat pameran, malahan ada 3 buah dewan besar tau. Siap kena rentas jejantas yang bawahnya sungai lagi. Penat memang penat, tapi demi mencari ilmu JB- KL sanggup ku redahi.
Selain dari mencari ilmu, perut pun kenyang sebab banyak sangat tester makanan. Macam2 ada. Tak tertulis kat sini. Pastu yang jaga booth kosmetik pun takkan lepaskan kita. Sebab pantang lalu mesti diheret tangan kita sapu itu ini. Naik merah dah tangan. Yang jual kopi dan kolagen lagi lah, suruh rasa dan rasa dan rasa.. Hurmmm memang kenyang gak perut rasa testet jer.
Kat situ juga ada macam mini cafe. Makanan yang dijual adalah terdiri daripada produk2 yang memang ada booth kat situ. Kerusi meja full house. So makan bersila kat bawah pun no hal. Bukan kami jer makan kat bawah bersila ni, malahan ramaiiii lagi yang makan bersila. Janji anak2 selesa dan kenyang.
Baru perasan yang saya tak sempat nak snap gambar sendiri. Sekali boleh pulak datang idea nak snap2 dalam wash room ni. Haha layanzzzzzz...
Antara frozen makanan yang sempat saya shopping di PWTC... Keropok lekor. Wahhh sangat best tau.. Lain sikit rasanya. Bukan rasa macam tepung banyak dari ikan tu..:)
Roti jala murtabak!!!!
Bubur ayam dan bubur cendawan.
Sate haji Samuri frozen
Dan lain2 makanan yang saya beli secara dozen adalah otak2, coklat bar dan beverages. Alahai tak sempat pulak nak snap gambar.
Apa2 pun walau penat sebab seharian suntuk punya travelling, tapi banyak input yang kami dapat. Sampai rumah jam 10 malam.. Alhamdulillah...
Gambar selingan, see betapa gigihnya both damias study dalam kereta. Dari first row sampai third row penuh dgb buku dan pensil jer..:)
P/s: owhh baru saya tahu rupa2nya kosmetik dan supplement yang banyak dan havoc dijual di FB ada yang tak ada pengesahan KMM dan HALAL.. Nanti saya nak share lah cam mana uols nak kenal produk tu bahaya atau tidak!!!! Alamak sangat sibuk harini... Tolongggg
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
comei model 2 org tu..hehe
ReplyDeleteDepartment sy hntar 11 usahawan utk Halfest ni..
ReplyDeletesy jaga usahawan luar bandar...next event ialah MAHA dan SDSI.
syoknya dapat gie halfest...mesti banyak ilmu yang diperolehi kat sana kan...
ReplyDeletewahh gigih!! :D
ReplyDeletekalau nak carik supplement halal, insyaAllah Shaklee punya halal. dapat sijil from ISA yang diiktiraf oleh JAKIM.
Boleh cek kat blog saya:
www.naturally-vitamin.blogspot.com