Tuesday, April 10, 2012

Roadshow 'Jadi Bijak, Jadi Terkenal' Dutch Lady di UO Tampoi

Sabtu lepas (7/4/2012)..
Kami berkesempatan utk join roadshow Dutch Lady yang diadakan ..
Walaupun ibu sakit mata yang teramat...sanggup tu buang balutan kat mata gi UO Tampoi bagi support...tak sanggup keluar rumah ala-ala jack sparrow tu...hehe..dah tu takkan nak pakai sunglasses pulak malam2 dalam shopping mall kan...pedih ke mata berair ke, tetap nak pergi jugak...hehe


Sampai2 jer, Aleesya terus cakap..
"Ibu ibu, tu gambar aleesya lah"...hehe
Masa tu promoter2 DL pun dengar, cepat2 masing2 beralih arah ke Aleesya..
Ada yang cakap...."wahhh ni real model dah datang lah"..


Dah siap borong susu...apa lagi?? Lakukan tugasan anda...
Undi jangan tak undi...dan undi anda adalah rahsia..
Yang bestnya time roadshow ni, borang boleh disertakan dengan resit sahaja...
So, balik rumah bolehlah gunting barcode utk undian borang lain pulakkan...
Memang berbaloi2 dan jimat kalau undi dan beli susu time roadshow..
Kalau tak, nak kena beli sampul surat lagi, setem lagi, dan 2 barcode hanya utk 1 borang sahaja..


Aleesya masukkan borang2 dalam kotak undian...
Puhh kanan, puhhh kiri...
Harap2 adalah rezeki nak menang IPAD...
Kalau menang hadiah utama lagi best kan..
(Muahahaha, dah menang nak menang lagi...tamak disitu kan)..


Ayyuni pun nak undi-undi jugak...


Last sekali kami bergambar beramai2..
Ibu tak leh duduk lama2 ler kat situ..
Air mata mencurah2 meleleh tau..huhu..
Nanti org ingat ibu sakit mata yang berjangkit tu pulak..
Anyway, syok jugak gi roadshow ni..
Sebab boleh tgk kerenah org lepas dapat tahu yang kisah bijak 10 tu Aleesya...hehe..
Masing2 muka terkejut dan siap cakap, kenapa yang real lagi cantik...hehe..
Apa2 pun terima kasih dutch lady!!!!

p/s: Owhhh yer lupa pulak nak upload gambar hadiah2 yang kami  dapat masa beli susu time roadshow ni...uols akan dapat tuppeware makanan comel warna pink (siap tulis dutch lady), buku cerita dan sachet sampel susu DL...memang berbaloi2...hehe

p/s: Alahai, gambar save dalam pixel yang paling small...so memang dah tak boleh nak enlarge kan lagi gambar2 kat atas tu..kalau tak blurr blurr..huhu

1 comment: