Wah wah...sejak tengok TIRAMISU dalam MASTERCHEF MALAYSIA tempohari..
Berkobar2 nak buat sendiri TIRAMISU..
Nasib baik cuti RAYA HAJI aritu berkesempatan juga nak buat sendiri TIRAMISU ni..
Sebelum tu kita saji dulu mata kita dengan TIRAMISU ZARINA AYU ni...
Dapat buat 6 mangkuk kecik ni..
Lagi 3 mangkuk sejukkan dalam peti ais..
Nak makan baru deco2 dengan topping..
Deco2 ni terpulanglah pada anda nak hias cam mana kan..
Masing2 boleh guna kekreatifan masing2..
Tu layer2 Tiramisu dengan kek serta biskut jejari...
Wallaweiiii....MEMANG DELICIOUS!! SEDAP..
Ini bukan cubaan saja2 nak cakap sedap..tapi hakikat memang sedap..
Kalau tak takkan lah ayah damia tak habis2 puji sedap kan..
Dia tu kan susah nak puji lebih2 ni...kalau tak sedap memang dia terus terang..:)
Ok lah...jom kita tengok apa pula bahan2 nak buat TIRAMISU simple ni..
Resepi ni godek2 googled + adjust2 rasa sendiri jer..
Bukan TIRAMISU macam dalam Masterchef yang susah2 tu...:)
Bahan-bahan:
1. Lebihan kek harijadi saya yang lepas..
2. Biskut jejajri berbijan
3. 200g cream cheese..
4. 100ml whipping cream
5. 1/2 cawan gula icing
6. 1/2 sudu kecil nescafe
7. 1 cawan air panas..
8. Serbuk koko utk hiasan
9. Aksesori deco2 yang lain..
Cara2 membuatnya:
1. Masukkan kek ke dalam mangkuk2 kecil. Kemudian lenyekkan sampai mampat.
2. Bancuh nescafe dengan air panas.
3. Celup biskut jejari tadi dalam nescafe. Kemudian susun atas kek yang dilenyek tadi.
4. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula icing. Pukul adunan sampai kembang dan gebu.
5. Sapukan adunan cream tadi atas biskut yang disusun. Kemudian selang selikan dengan kek, biskut dan cream sampai habis.
6. Pastikan lapisan atas sekali ialah cream. Sapu rata cream tadi.
7. Masukkan dalam peti ais.
8. Hiaskan dengan koko semasa menghidangkannya. Nak letak deco2 lain terpulang pada kekreatifan masing2. Janji nampak ada kelasssssssssssssss.
So cam mana??? Simple kan..sesiapa pun boleh cuba buat ni..
Dan ni lah hasilnya..
Psttt....ada ke patut BIL saya cakap ni gambar googled..
SIL pula cakap ni gambar makan kat kedai..
Padahal jam 2 pagi malam raya haji aritu tido siapkan Tiramisu dan Nasi Mandhi Arab utk juadah hari raya..
Agaknya gambar ni nampak kelassss sebab diambil atas island kitchen saya yang shining tu kot...hehe
p/s: Mamatisya & ayu pun ada buat tiramisu jugak..leh jengok link diaorg sebab masing2 ada cara tersendiri..
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
wahh!
ReplyDeleteish ish..
camno nih?!
mmg den tak sabo nak buek lagi..
mmg meletop!
sedapnya tiramisu, lom berkesempatan lg nk try
ReplyDeletetak boleh jadi nie...nak kena cari nie ..nak buat..yg makan nya ayu jer.Ian & Iris rasanya tak makan kalu mcm nie..
ReplyDeletesedapnya tiramisu..saya tgk masterchef tu terus gi cari kek tiramisu kat SR hihi
ReplyDeletewahhh...rase na kb uat kek ni membuak-buak!!!!!geramm nengok!!!!
ReplyDeletewowowww...sedapnya tiramisu ni,nk la sket..leh amik order dah ni,hihi..
ReplyDeletekalo org tgk mesti ingt gmbr google sebab cantik sgt..oh guna biskut jejari bijan...nanti try la guna biskut ladyfinger
ReplyDeletemmg nampak gambar google je ni...ke menang gambar google...kekeke....nampak sedap la ayu tiramisu itewwww
ReplyDelete