Wednesday, August 17, 2011

Syurga Borong tuuuuuuuuuuu.....


Syurga borong serantau




NAMANYA mungkin tidak sepopular Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur atau Nilai 3, Negeri Sembilan. Namun bagi kebanyakan peniaga kecil dan sederhana, Jalan Kenanga ibarat syurga terutama bagi mendapatkan pakaian dan kelengkapan tekstil pada harga yang sangat berpatutan.
Tidak ramai yang mengetahui kewujudan Jalan Kenanga jika disebut mengenai lokasi beli-belah popular di Kuala Lumpur.
Ini berikutan kawasan yang wujud sejak lebih kurang 40 tahun itu terdiri daripada unit-unit kedai borong yang menjual barangan secara pukal kepada peruncit dan peniaga kecil sahaja.
Apa sahaja barangan yang berkaitan dengan fesyen seperti pakaian, beg, kasut, aksesori, barangan solek, kelengkapan tekstil dan perhiasan rumah boleh dapati di kawasan yang juga dikenali sebagai Ho Ching Yuen itu dengan syarat - beli secara borong.
Tinjauan M2 ke deretan kedai lama yang terletak di persimpangan Jalan Loke Yew dan Jalan San Peng itu mendapati ia sebenarnya tidaklah terlalu sesak dengan pengunjung.
Kedai-kedai di situ kebiasaannya mempunyai pelanggan tersendiri.
Namun, kenderaan masuk dan keluar silih berganti. Untuk meletak kenderaan sahaja, penulis terpaksa berpusing berkali-kali.
Jika Jalan Tuanku Abdul Rahman lebih terkenal sebagai pusat pakaian yang lebih khusus kepada fesyen Melayu dan India, Jalan Kenanga pula tidak terbatas. Pastinya kepelbagaian itu membuatkan sesiapa juga rambang mata untuk memilih. Bukan sahaja busana muslimah seperti tudung, batik, blaus, jubah dan baju kurung, malah pakaian dengan aliran fesyen terkini termasuk skirt, top, legging, denim dan banyak lagi ada di situ. Juga terdapat butik pakaian kanak-kanak dengan pilihan jenama hebat.
Kedai-kedai yang terletak pada deretan bangunan lama itu beroperasi dari Isnin hingga Sabtu bermula pukul sembilan pagi hingga enam petang.
Menurut Setiausaha Persatuan Pemborong Pakaian Malaysia (MGWMA), Jimmy Chan, ketika ini terdapat lebih 400 premis yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut.
"Lebih tepat jika kawasan ini disebut sebagai pusat fesyen tumpuan serantau bukan sahaja pemborong dalam negara malah dari luar juga," katanya yang juga merupakan pembantu peribadi kepada Pengerusi MGWMA, Datuk Ang Say Tee.
Jelas beliau, jika dahulu Singapura sering menjadi tumpuan pemborong serantau, kini ia beralih ke kawasan itu disebabkan beberapa faktor seperti penjimatan kos dan kemudahan yang disediakan.
"Pemborong dari Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja malah rantau Arab juga ada yang mendapatkan barangan di sini sejak kebelakangan ini," katanya.

Mengapa borong?
Anda mungkin berasa teruja melihat tanda harga RM30 untuk sepasang seluar slack berwarna hitam yang berkualiti baik. Namun harus diingat, ia perlu dibeli setengah dozen berlainan saiz dan warna bagi mendapatkan harga tersebut.
"Kami perlu melindungi pemborong dan juga butik-butik kecil di luar. Kalau anda boleh mendapatkan sehelai pakaian pada harga yang murah di sini, bagaimana keadaan peniaga yang memiliki butik-butik di luar?" soal beliau.
Bagaimanapun, Jimmy berkata pemborong adakalanya turut menjual bukan secara pukal dengan syarat harganya jauh lebih tinggi atau sama dengan luar.
Kebiasaannya kata beliau, harga kebanyakan barangan di situ membolehkan peniaga memperoleh keuntungan sehingga 20 hingga 30 peratus. Tambah beliau, pemilik butik biasanya tidak mempunyai masalah untuk menaikkan harga bergantung kepada lokasi perniagaan malah ada yang memperoleh keuntungan hingga 50 peratus daripada harga borong.
Konsep borong dalam masa yang sama juga kata beliau mampu mengelak risiko kerugian tinggi di kalangan pemborong.
"Berniaga pakaian sangat berisiko. Fesyen datang dan pergi, persaingan juga sangat tinggi. Adakalanya, barangan yang dihantar oleh pengilang tidak seperti yang diharapkan, kerana itu perlu ada peraturan agar pemborong turut merasai keuntungan yang sama," kata beliau.
Menurut Jimmy, pernah satu ketika ada yang mencadangkan agar pemborong di situ mengadakan jualan runcit setiap Ahad, namun ia tidak mendapat sambutan berikutan beberapa faktor seperti kekurangan kakitangan dan juga kerugian yang perlu ditanggung.

Selamat
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Tekstil dan Barangan Am Malaysia, Yew Chin Liong berkata, mungkin faktor keselamatan dan kebersihan membuatkan pengunjung kurang selesa berurusan di situ.
Beliau yang telah berniaga tekstil di situ sejak 1970-an lagi dan 80 peratus daripada pelanggan perniagaannya terdiri daripada orang Melayu.
Mungkin suatu masa dulu kawasan tersebut dikenali sebagai 'kawasan gelap', namun menurut Chin Liong, kini tidak lagi. Sebaliknya kawasan itu menjadi tumpuan pelancong dari luar seperti Indonesia, Brunei, India dan Arab.




Dipetik dari sini:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

p/s:  Anda dah pernah sampai??? Saya dah pernah sampai...kalau setakat nak pergi beli retails tu..jangan haraplah akan ader org layan kita, sombong giler bak kata kawan2 ibu masa gi shopping kat KL 1 week before puasa aritu...sampaikan nak berbincang dalam kedai pun tak boleh tau...kebetulan pulak ibu gi hari ahad ...huhuhu..semua kedai tutup senyap sunyi...hanya 1 jer kedai bukak....tapi agaknya sebab ibu BORONG banyak gak aritu...layanan...alhamdulillah....nak2 pulak lepas cakap MANDARIN...fuhhh terus layan kita macam kawan dah lama kenal..:)...ibu beli borong baju kat situ sebab senang nanti nak bagi hadiah raya utk keluarga atau saudara.....so senang...semua design sama, cuma warna dan saiz jer lain2...harga???? Hurmmm kalau cakap 2 kali ganda murah dari harga pasaran, anda percaya???

p/s: Pstt   you all nak tahu tak kat mana pulak nak dapatkan Beg berjenama macam COACH, LV dan Guess murah2??? Nak dress kanak2 murah2 pun ader macam ZARA, AUSHLEY dan lain2...hehehe...saya tahu dimana...:)
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

11 comments:

  1. GM ....mesti kat GM tu..Ayu gie GM KL jer..GM klang belum sampai lagi tapi Net kata GM Klang lagi besar.ang byk option...GM klang nie tecik & sempit...tapi dah best dah...memang harga dia byk beza kan?

    ReplyDelete
  2. beg guess murah?kat mana cer citer

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tau kat mana nak dapat barang2 murah tu?

    Kedai pakaian tu yg dekat LRT Hang Tuah tu ker?

    ReplyDelete
  4. Jalan Kenanga, selalu gak dengar, tapi x penah sampai... x der sapa nak bawak lor.. huhu

    ReplyDelete
  5. verangan mencari coach.. di manakah yg murah tuh..? ce share kat sini eheheehehhe

    ReplyDelete
  6. mummy ayu - yer betul!!! GM PLAZA jawapannya...memang murahkan..

    nana - jawapan dah ader kat atas..

    Riziela - kalau aksesori kat GM PLAZA...kalau pakaian betullah tu kat LRT JLN HANG TUAH..

    Mazmadi - GPS kan ader...hehe

    Izan - hahaha..coach gred AAA okeyyy..nampak sgt high class...kat GM PLAZA..

    ReplyDelete
  7. Nice blog...Sumber bacaan online.... Bole share artikel? TQ

    ReplyDelete
  8. baju budak tu kat mane awk beli ye?? bg la taww..plzz

    ReplyDelete
  9. gm plaza nie kat mane.. is it kenanga wholesale city mall

    ReplyDelete
  10. gm plaza nie kat mane.. is it kenanga wholesale city mall

    ReplyDelete