Tuesday, May 17, 2011

Istilah BABI


Istilah Babi Dalam Bahasa Inggeris



Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun
kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru
dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan
ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud
babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan
atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang
perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...


p/s: Semoga lepas ni kita boleh lebih mengenali ingredients dalam makanan kita...





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

7 comments:

  1. mcm2 nama ek
    tp maksud dia tetap BABI

    ReplyDelete
  2. wah..mcm2 nama dia yer...
    tq for info..

    ReplyDelete
  3. Macam2 pulak istilah ni ye.. kesudahannya HARAM

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing
    ada satu lg : peppa pig -- ariff suka kartun tu time dok uk--siap boleh ajuk bunyi pig tu lg hehehe

    ReplyDelete
  5. ada 1 lagi yg penting kak ayu...
    HAM- daging babi salai

    kalau hamburger tu maksudnya burger babi..so harap jgn biarkan anak kita terikut2 dgn kartun atau drama inggeris yg selalu cakap tentang hamburger..huhu

    nnti eily nak kongsi jugak entry pasal hamburger ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. huhuhu dikkk ..
    sow milk tuu kalau kita x baca betul2 .. sure tersilap ..

    thanx 4 the info dik .. nice sharing :)

    ReplyDelete