Saturday, January 29, 2011

Emas, mampu elakkan kulit anda kendur...


SEJAK dulu, emas dijadikan perhiasan diraja atau mata wang. Di zaman kegemilangan Ratu Cleopatra di Mesir, beliau menggunakan topeng emas untuk awet muda
Namun, rahsia kecantikan ini tenggelam dalam dunia moden sehinggalah diperkenalkan semula baru-baru ini.
Digunakan dalam produk kosmetik sebagai satu ramuan atau pigmen warna, emas kini bermanfaat untuk penjagaan kulit dan ramuan antipenuaan.
Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.
Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal.
Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.
Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.
Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.
Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.
Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:
Krim pembersih wajah Safi Rania Gold
Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.
Gel pembersih wajah Safi Rania Gold
Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.
Skrub wajah Safi Rania Gold
Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.
Penyegar Safi Rania Gold
Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.
Krim kontur mata Safi Rania Gold
Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.
Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++
Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.
Krim pelembap malam Safi Rania Gold
Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.
Krim kecantikan Safi Rania Gold
Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap. 


p/s: ADA SAPA2 YANG GUNA SAFI RANIA GOLD??? JOM TUKAR2 PANDANGAN DALAM ENTRY NI



Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

7 comments:

  1. x guna tapi cam nak try jer...

    ReplyDelete
  2. makin popular yer safi rania ni...
    HB kat sini..

    ReplyDelete
  3. tk guna yg gold..guna safi balqis je

    ReplyDelete
  4. mcm best je..tp br je beli Olay...hehe..nnti kalu ada rezki try arr ni plak..hehe

    ReplyDelete
  5. hai kak ayu..saya guna n mmg ok..guna ngan bedak ronasutra..n blend elok dgn foundation rania gold tuh..mmg berbaloi2..bagi saya la ;)

    ReplyDelete