Wednesday, March 31, 2010

Dan hadiahnya ialah.........


Yeayyy yeayyy Ayyunie dapat hadiah..
Hadiah apa erk???


Ni hadiah daripada ibu....
Ibu memang suka beli hadiah yang ader unsur2 learning dan educational..
Masa beli hadiah utk first dan second birthday Aleesya pun learning toys jugak...


Ada apa dalam kotak tu yer?
Owhhh.. ni rupanya toys dalam kotak tu...

 

And she really enjoyed it...


Ni hadiah daripada ayah lak... 
Kalau ibu suka beli hadiah yg berbentuk educational toys...
So, haruslah ayah beli hadiah berbentuk mainan lak kan....
Tapi sesuai ke gigirl main motor ni??


Wah....nampaknya bukan birthday girl jer dapat  hadiah...
Yang tolong temankan beli, Aleesya pun dapat hadiah jugak...
Mmmmmm...bestnya yer...
Nanti Aleesya main2 sama ngan adik yer...


Bertambahlah koleksi pengangkutan berat kat rumah ni yer..


Semoga Ayyunie membesar dengan bijak, solehah dan berjaya...


I love you damia ayyunie...muahhhhh
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selingan, masa entry ni tgh ditaip, saya sedang menikmati ini....


Ader sapa2 yan terliur tak???

Baju yang dipakai oleh Ayyunie itu adalah baju masa Aleesya buat cukur Jambul semasa berusia 18 hari....hehehe...besarkan baju tu...nak buat cam mana?? Org lelaki yg beli baju tu, ibunya kan sibuk dalam pantang lagi...tu yg terlebih besar tu....tapi ok gak leh pakai lama kan..

Psstttttt....dah habis satu babak, ni tgh sibuk dengan babak yang akan datang lak....

::Kami raikannya bersama::

Yeayyy...Ayyunie dah setahun..
Banyak juga lah perkembangan Ayyunie ni..
Macam tak percaya jer anak ibu ni dah boleh buat macam2...

So semalam sempatlah raikan birthday Ayyunie ni bersama keluarga kecil kami...
Walaupun simple tapi amat bermakna..
Dan ibu rasa sepanjang ibu sambut birthday Aleesya (dah 2 kali buat birthday party)..
Rasanya tak banyak amik gambar birthday girl..
Gambar ibu ngan ayah pun tak banyak gak coz sebagai tuan rumah pasti bizi melayan tetamu kan...
So kali ni rasanya setiap detik tu amat bermakna kerana kami dapat abadikan dalam memori bersama...
Dan seharusnya gambar birthday girl lah banyak kan..

Jom tgk gambar..


 Ayyunie yg geram2 nak terkam kek tu..
(Abaikan kepala biik dalam cermin tu)


Tgklah wajahnya yg geram tu..

 

Sampai mengetip-ngetip bibir tu geram yer..

 

Alahai.....Aleesya pun nak happy birthday jugak lah...
(Actually dia yg paling excited sekali)

 

Time to blow the candle
Lebih2 lak Aleesya yg nak blow..

 

We were happy to celebrate it together..


Masa ni yg paling tak tahan sekali..
Boleh lak Ayyunie pergi pegang api tu ..
Kan dah nangis birthday girl...

 

Bila Ayyunie dah cool sikit...baru sambung balik..
Tapi muka tetap nampak cam baru pas nangis kan..


Alalalala...comeyyy jer rasa gambar ni...


This too


Sesi bagi hadiah

 

Giliran bergambar bersama ayah lak..

 

Oppsss....habis kek tu diramasnya...
Akibat terlampau geram lah tu nak makan...tapi tak leh makan lagi..
Asyik bergambar jer..

 

Muka cuak Ayyunie..Ayorkk...

 

Last but not least...my cake...
Happy sangat coz termakbul juga hajat nak celebrate bersama keluarga jer...


(Sila abaikan warna kulit muka Ayunie yang tak sekata tu akibat gara2 sunburn dan kena gigit kat nyamuk masa kat Tioman ari tu)

p/s: Hadiah apakah yang Ayyunie dapat erkk??? Aikkk Aleesya pun dapat hadiah gak....Tunggu...

p/s: Akan adakah BIRTHDAY PARTY CELEBRATION for her???TUNGGUUUU

Tuesday, March 30, 2010

::Strawberry Moist Chocolate Cake - Just for her::


Alhamdulillah...walaupun hari ni ibu sibuk ngan keje...
Tapi sempat menyiapkan kek birthday untuk Ayyunie...
Rasa regret kalau tak sambut birthday yg PERTAMA ni dgn Ayyunie...


Bayangkan pagi tadi gi keje kul 8 pagi..
Then kul 11 pagi balik rumah terkejar-kejar buat kek ni...
Pas tu celebrate birthday (kat rumah jer), makan sama2 then ader sesi bagi hadiah..
Terus kul 3 petang berkejar ke office balik..
Memang penat...tapi berbaloi2 dapat buat kek untuk anakanda tercinta..


Nama kek itu suka suki jer bagi tu...
Kalau ader yg tersama nama kek ngan uols buat sorry lah yer...


Comeyy tak kek ni??
Walaupun ia tak sekemas kek2 yang berada di kedai..
Tapi ia tetap menjadi pujaan hati kami sekeluarga...
Actually dah biasa buat kek coklat ni..
(itu jer yang tahu buat)
Pas tu hias2 lah sikit bagi cantik...then tambahlah apa2 accesorries yg perlu...


Owhhh...sgt heaven ok kalau buat kek sendiri..
Moist dia...fuhhhh...sampai sekarang masih terasa akan kepekatan coklatnya...
Dah lah mewah dgn strawberry....memang heaven...
Ader sapa2 nak order??? Cewahhh..



p/s: Terima kasih tak terhingga kepada rakan2 semua atas ucapan Birthday Untuk Ayyunie...
Moga2 Doa rakan2 semua dimakbulkan ...Aminnn..

p/s: Nantikan n3 weols sambut birthday tadi...

p/s: Hahahaha...n3 yg kami sambung pi holiday lepas balik tioman pun tak siap2 lagi...

p/s: Semalam ngan hari ni tak sempat sgt nak jgk2 blog korang...sibuk lorrrr...

p/s: HUHUHUHUHU.....napa ader problem nak sign in FB???? Dia tulis
"Cookies are not enabled on your browser. Please adjust this in your security preferences before continuing."
Ader sapa2 leh tolong tak....

::SHE IS TURNING 1 TODAY AND I'M STILL CANNOT FORGET THE MOMENT: :


Ya Allah, Ya Tuhanku...
Panjangkanlah usia Damia Ayyunie bt Khairuddin untukku...
Tambahkanlah ajal Damia Ayyunie bt khairuddin bagiku untukku..
Peliharalah Damia Ayyunie bt Khairuddin..
Kuatkan yang lemah Damia Ayyunie bt Khairuddin...
Sihatkan badan, akhlak, dan agamanya...
Dalam segala hal yang urusannya menjadi...
Tanggunganku...alirkan rezeki melalui tanganku...
Jadikan Damia Ayyunie bt Khairuddin orang-orang yang baik..
Dan taqwa yang punya pandangan..
Dan pendengaran yang taat padamu..
Semoga Damia Ayyunie bt Khairuddin menjadi anak yang solehah...
Seta berjaya dunia akhirat....
Aminnnnn....


Sedikit Info:
1. Damia Ayyunie lahir lewat 2 minggu dari tarikh jangkaan Dr.
2. Setelah 2 minggu langsung tak da tanda2 nak keluar, Dr. memberi green light suruh pilih tarikh utk induce.
3. Akhirnya tarikh 30/03 dipilih...
4. Kul 9 pagi bertolak dari rumah dengan perasaan yang penuh berdebar.
5. Tepat jam 12tgh di induce...sekali sahaja induce..
6. Dalam tempaoh jam 1 tgh - 5 ptg langsung tak der tanda2 sakit....
7. Jam 6ptg terasa sakit yg amat menyengat...
8. Jam 7 ptg ditolak masuk labour room denga ditemani ayah damia...
9. Jam 8. 33 malam (betul2 lepas isyak)..Ayyunie berjaya dikeluarkan...
10. Perasaan bersalin kali ni lagi sakit drp yang sulung (Aleesya)...
11. Tanpa disedari, butang T-shirt ayah damia tercabut dan bajunya ader darah...
12. Sempat amik gambar drp mula2 Ayyunie keluar dari tutttt sampailah Ayyunie masuk dalam nursery room.


 Fresh lagi ni...lepas potong tali pusat....
 
,

Tembamkan Ayyunie dulu.....lahir 3.45 kg.... macam tak percaya ni adalah ayyunie dulu...

Monday, March 29, 2010

::Mulutku seksi dengan my first kaftan::


Sabtu lepas first time Aleesya pakai kaftan ni..
Aleesya beli kat sini...
Punyalah lama beli baru sekarang nak pakai...
Actually kaftan ni tersangatlah panjang...
Tapi setelah dialter..bolehlah pakai wat tido malam...
Tapi Aleesya tak suka lah pakai kaftan ni...
Ibu cakap, Aleesya tido pakai kaftan nampak panties..
Habis tu ibu tido pakai kaftan agak2 nampak panties tak???
Oppppssss sorry ibu....terlebih sudah..



Ni lah kaftan Aleesya tu...comeyy tak??
Dan semestinya warna pink menjadi pilihan...


Sejak akhir2 ni kalau Aleesya posing, mesti ibu suruh buat mulut cekci..
Katanya kita org pompuan kena pandai posing..
Aleesya pun ikut je lah apa ibu suruh buat...
Tak baik kan kalau menderhaka pada perintah ibu...hiks..


Ceksci tak mulut saya??
Kat tangga pun nak buat mulut cekci..
 Apalah ibu ni...


Ok lah Aleesya dah nak baring..
Nak tgk Akademi Fantasia....
Sekali sekala layan AF pun ok gak..
Aleesya ibu minat kat Shahir..
Tapi kan ibu pun nak tgk citer cerekarama Miah oh Miah gak...
mmmm.....asalkan iklan jer, tukar channel....hiks..
Layannnn....

Sunday, March 28, 2010

::Dapat award hot mama ::




Dapat Award mommies ni daripada Alyyani....Actually Alyyani ni baru jer dapat 2nd Baby Girl.....masih dalam pantang lagi ni...Dan yang paling best persamaan kami ialah 2 2 anak kami gigirl2...beza usia pun lebih kurang sama.....hope we do keep in touch forever...and ibu teringin sangat nak jumpa Alyyani sekeluarga secara live....Insyaallah.....

Jom tgk dapat award apa???


1. bagi ucapan terima kasih kepada siapa yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing- masing
terima kasih yer sebab bagi award yang comeyy lote ni..

2. listkan tarikh lahir anak yang 1st dan seterusnya, letak sekali nama anak yang ke-2, 3, 4... dan seterusnya (kalau ada lagi, sila berbuat demikian ya..!!)




Nama :Damia Aleesya Bt Khairuddin
D.O.B : 17 Oktober 2007




Nama : Damia Ayyunie bt Khairuddin
D.O.B : 30 Mac 2009

3. Sesiapa yang pregnant, boleh letak gambar pregnant ye..
Nak pregnant lagi ke?????

4. Sila serahkan award kepada sesiapa yang anda rasakan hot mama
semua yang ader anak2 pasti akan jadi hot mama....percayalah...
Jadi semua mama/ ibu/ mummy/ ummi/ mak yang baca blog ni, sila amik award tu yer..
Jangan malu2...walaupun tak mention secara specific nama hot mama tu..

::Award From Momguess::


Walaupun baru sekali jumpa masa kat Bloggers Gathering hari tu, tapi momguess ni memang best giler...sporting habis...sangat2 appreciate dapat awards ni....thanks momguess


 
Nak bagi awards ni kat sesiapa jer yg sudi jengok2 dan baca2 kat blog ni....amik tau...

Saturday, March 27, 2010

Tag daripada Alyyani lagi

Tag daripada Alyyani lagi...  jom kita tgk tag nya.


1. siapakah anda dirumah?
seorang isteri, ibu dan majikan


2. siapakah diri anda disamping rakan?
seorang rakan juga


3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1. Nak kembangkan bisness
2. Nak amik PHD
3. Nak buat Umrah dan Haji sebelum umur 40..Insyaallah
4. Nak bebas hutang PTPTN....hutang lain ermmm...ader ke?
5. Nak jadi isteri mithali dan ibu yang berjaya...


4. siapakah nama pasangan anda?
Khairuddin bin Muhammad


5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
1. Apa yang isteri dan anak2 minta, pasti dia akan tunaikan...Insyaallah..tu pun kalau permintaan masuk akal
2. Sama hobi iaitu berjalan dan pergi holiday
3. Seorang yg sporting dan understanding....tapi kadang2 sensitif gak
4. Suka discuss dulu ngan isteri b4 buat apa2 keputusan
5. Of coz lah handsome di pandangan mata isteri dan anak2nya...you are our hero..




6. bila tarikh couple?
300700


7. kenangan pahit anda bersama rakan anda? 
Pernah kena buli masa duduk kat Asrama dulu2...
(tu ler akibat kalau terlampau manja dan berayu-ayuan)


8. lagu tema cinta anda?
Lagu Ukays


9. apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Kurus macam zaman study dulu2...hahaha..kalau boleh..


10. Tag 10 rakan lain
1. eliza
2. nana
3. mama tisya
4. Ummie eisya
5. suziey
6. farra dhelina
7. wani@pearl
8. gieyana
9. ecar nazrin
10.mamadamia@ haiza

sila buat yer kawan2....

::Tag and rewards from alyyani, sha,maya amir dan sapa lagi erk??::l

    
 Berderet2 dapat awards dan tags..
Hopefully dapat siapkan "homework" ni secepat mungkin...
Target weekend ni nak siapkan semua...

Ok jom tgk tags dan award yg dapat ni..


1. Thank & link the person
tima kasih kepada alyyani , sha@mamatina dan maya amir

2. Pass this award on to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
 
Ok, award ni nak bagi kat
1. nana
2. mama tisya
3. suziey
4. ummie eisya
5. momguess
6. atiqah
7. eliza
8. mamadamia@haiza
9. firahadifa
10. mama3H
11. mata hati@ fiverul
12.wani@pearl
13. zurika maya
14. intan
15. farra dhelina

3. contact said blogs and let them know they've won the award
insyaAllah

4. state 7 things about yourself
1.Sebenarnya seorg yang manja dan ayu....tapi sejak dah ada anak2 atau yang paling tepat sekali sejak ader maid ni semua tu makin hilang
2. Seorg yang agak cepat marah apabila berada dalam kekalutan dan ketakutan...
3. Seorg yang suka bercuti dan bershopping bersama keluarga
4. Seorg yang cerewet dan particular....tapi tgk keadaan jugak lah
5. Isteri kepada Khairuddin dan ibu kepada Damia Aleesya + Damia Ayyunie
6. Lahir di Bahau, Negeri Sembilan.....dan dibesarkan di merata negeri...
7. Seorang yang business minded.....macam2 idea ader ni...cuma tak mampu nak laksanakan...

 
award yang diterima adalah seperti dibawah.

to all bloggers....semoga  friendship remains forever...

::My first Doll House Play Set::


This is Aleesya's Doll house Play set...first time beli ni....
(Ayyunie kongsi jer...coz still tak tahu main lagi kan)
boLeh tahan gak besar ni...nak pegang pun susah....terpaksa lah kepit bawah ketiak...hiks..
Saja beli ni coz nak tgk sejauh mana Aleesya leh stimulate ngan toys ni...


Aleesya: Satu ayah, satu ibu, satu Aleesya....Baby mana???
(sambil tunjuk kat doll 3 org tu)
Ibu: Baby sleep lah...
Aleesya: Eeee....takut...nanti dog gigit...
(sambil buat gaya takut kena gigit...siap mengetip2 lagi gigi tu)
Ibu: Alah ni kan dog yg toys....bukan yg betul..
Aleesya: Bu, chair ni cantiklah.....aleesya duduk yer..
(sambil aleesya betul2 duduk atas chair cinonet tu)
Ibu: hahahahahah......mana muat Aleesya kat besar....

 

Aleesya: Ibu, kenapa chair ader 2 jer..kan ader 6
(kes dah biasa tgk kerusi kat rumah ader 6 kot)
Ibu: Ntah....
Aleesya: Nanti Aleesya beli yehhh....ibu bagi duit yehhh...
Ibu: Hurmmm...ye lah tu...nak beli kat na?
Aleesya: Kat Jusco lahhh....
(Jusco jer lah yg dia pandai sebut...ekekekek)

Seronok kan layan kerenah anak2....macam2 dia tanya dan macam2 jawapan yg diberi..


Pas beli Doll House tu, lalu depan Big Apple...
Apa lagi...sambar terus lah kan...peluang bukannya selalu ader
Tambah2 Big Apple ni tak banyak lagi cawangan kat JB ni...


 Seharusnya ALIEN tu menjadi pujaan...
Sampai 3 ekor beli....
Aleesya pun suka bangat ALIEN  NI...
Siap berebut tu ngan ibu...
Ibu semulut, dia pun semulut...ibu makan 2 mulut, dia pun makan 2 mulut...


The Brand


Dan semestinya lah..
Apabila berada dalam keadaan tension..
Shopping merupakan satu teraphy...
Yg bestya hari ni shopping sorang2...
Nak release tension konon...

 

Cukup 2 pasang/2 helai sorang utk keluarga kecil kami..


p/s:Pergghhhh.....banyak tul awards dan tag yang kena amik dan buat....
p/s: Alhamdulillah....Aleesya dah pandai baca SMART READER LEVEL 1 ...cuma biasalh budak2 kalau ader yg tertukar dan tersalah tu....tapi overall dia dah boleh faham apa dalam sylibus LEVEL 1 tu....aminnnnnn.......

Friday, March 26, 2010

BYE BYE TIOMAN - Ku sangkakan panas berpanjangan.....rupanya gerimis rupanya gerimis mengundang ...ho ho ho ho...

Uishhh panjang betul tajuk entry ni kan....
Layan jer lah...


Ok..lepas makan2, tgk2 org mancing kat jeti...kami pun balik tido...
Dengan harapan bangun pagi2 esok leh ler start wat projek snorkel ke. island tour ke atau paling koman pun swiming kat pantai tu...
Malam tu masa weols tido...perghhhhhhhhhhhhh hujat lebat giloss...
Terasa kesejukan yang teramat dan juga angin yg macam nak ribut
Ingat ke hujan kejap2 jer tau...sekali tgk sampai ke pagi kul 6 pun tak henti...


Dalam hati masih menyimpan perasaan yg kononnya kejap lagi berhenti lah kot hujan ni..
Sampai jam 8 pagi..hujan pun masih tiada tanda nak berhenti....
Kami dah cuak coz kalau hujan tak henti2..cam mana nak layan xtvt kat pulau ni...
Pas tu weols pun gi lah sarapan kat Restoran dalam jam 9 pagi...
Tgk sekeliling semua tak der org pun...may be diaorg ni lena diulit mimpi kot....
Almaklum ler..hujan lebat..
Pastu Ayahdamia pun think positif...ikatanya nsyallah kul 10 berhenti kot...


Tunggu punya tunggu punya tunggu...last2 kul 12 tghari pun hujan masih tak henti2...
Kami dah sedih giler....kesian kat alesya + ayyunie tak dapat nak explore pulau dan swimming..
Huhuhuhu....pas tu kami lihat ramai yg dah check out....lepas sorang2 check out..lepas sorang2 check out...


Actually kami pun nak check out juga...tapi memandangkan kami dah buat bayaran bilik 3D2N...so kami diamkan jer lah..
Pas tu tiba2 tergerak hati nak suruh ayah damia tanya kalau weols cancel 1 malam leh tak...
Ya lah buat apa nak tunggu2 lagi kan..satu apa pun memang dah tak leh buat...hujan jer..takkan nak snorkelling time hujan...takan nak swimming time hujan...


Ayah damia pun gi lah tanya kat kaunter check in....Alhamdulilah..kami leh cancel 1 malam....tapi bayaran penuh tak dapat lah dan penalty 20% drp harga bilik akan diambil oleh chalet...
Ok lah daripada tak dapat langsung....dan SEPANTAS KILAT kami kemas2 barang coz kami mesti check out b4 jam 1 tghari...kalau tak dia akan charge 1 hari.....


Dah penat citer ni... tgk pics lah pulak....




Tengok....hari hujan, ombak bergelora, pulau pun dah tak jadi jernih...keruh jer air dia...


Huhuhu....mana ader org sangup nak snorkeling time ni..
Cuma ader sorang mamat berani mana ntah tgh main2 ngan papan luncur masa ni
Kang tak pasal2 lemas lak..
Pic diambil masa otw nak gi sarapan


Kesian kat 2 beradik ni kan...nothing can do kalau hari hujan..
Nasib baik Aleesya memahami...kalau tak mesti dia minta "nak swimming"


Inilah bukti yg sepatutnya kami balik pada 21/3 ferry jam 10.30 pagi...
Tapi akhirnya terpaksa tukar balik cepat sehari...
Actually bukan senang tau nak tukar tiket ni...
Macam2 org kaunter tiket tu tanya..
Last2 weols bagi alasan yg kena balik coz ader emergency..


Dan siap2 packing barang..kul 1 pun check out..
Tapi ferrynya jam 2 lah pulak....
So weols lepak2 lah kat medan selera depan jeti ni sementara tunggu ferry sampai...
Memang dah tak leh kemana dah.....hujan jer..
Tapi sempat lagi tau kami posing kat sini....
Layanzzz...


Posing 1 - satu family..


Posing ke2 - berdua-duaan


Posing ke3 - satu family lagi..
Jelas nampak hujan turun kan...nampak ader garis2 dalam gambar tu..
Semalam ader org tanya dalam FB...sapa yg amik gambar kami satu family..kalau bibik, nanti dah habis kontrak bibik tukar kerja profesional photographer lak...
Hahahahha lawak tul....semua gambar diambil by Mr. Tripod ok...


Dah kul 2....so kami pun gi lah jetty....
Tapi bayang2 ferry pun masih tak der lagi...
Apa lagi posing lagi ler...


Sejak akhir2 ni suka snap2 pic ayyunie..
Coz dia pun dah semakin pandai berposing dan bergaya depan kamera..


alalalalala comeyynya anak ibu..hiks.
(ibu perasan ni)


Gambar kami berdua lagi..
Huhuhu...posing jer lah therapy utk cover balik kesedihan tak dapat snorkel..


Pastu dalam jam 2.30....hujan masih rintik2 lagi..
Tapi disebabkan air laut mula tenang...so nampaklah air dah warna hijau..bukan keruh lagi


Apabila hujan dah tak lebat walaupun rintik2..
Maka ramailah yg keluar untuk xtvt masing2..
Huhuhu...ayah damia cakap ruginya check out...
Dah sampai Tioman ....tapi tak leh nak buat apa2...


Antara pemandangan yg terdapat kat Kampung Salang ni..

,

Masa weols tgh tunggu ferry...ramai gak pelancong yg sedang memancing...
Ni antara ikan yg dapat dipancing...


Sepanjang weols kat situ, ni lah  ikan yg paling unik kami jumpa..
Sian ikan ni...cantik2 pun kena makan umpan juga yer..



Pastu ader sorang mat salleh ni dapat ikan ni lak...
Kalau tgk kat dasar laut ikan ni berenang confirm cantik kan...



Pemandangan org2 yg naik bot tu semua nak gi snorkeling kat Marine Park..
Kat situ best ooo kalau snorkelling..
Nampak ikan warna warni dan besar2 gitu...


Ni lak antara kelengkapan utk yg nak gi diving kat tgh laut...
May be hujan dan rintik2...tu yg ramai berani ke tgh laut tu...


Mmmm...nampaknya kami terus berposing dan posing ler..
Nak buat cam mana??? Kami dah check out cepat sehari...

 

Hehehe...macam2 gaya ader si Aleesya ni...termasuklah ibunya...
 
Yeayyy...dah sampai jeti Mersing....Alhamdulillah tiada sorang pun daripada kami yg mabuk laut dan muntah2..
Kenapa??? Coz masa pulang ferry kan ikut arus air....so tak lah ferry tu goyang2 sgt...cuma masa gi tu kena lawan arus..tu yang menyebabkan kita mabuk laut tu...
Kami sampai tepat jam 5.30 ptg kat jeti Mersing ni..tapi kami tak terus pulang...
Untuk Cover balik kesedihan kami, ayahdamia bawa kami pergi holiday lagi...

Ke mana??????? Tunggu..........

p/s: Percuian kami kali ni boleh dianggap percutian yg agak mencabar....bukan senang tau nak bawak 2 org budak kecik ke pulau ni...bayangkan ferry delay sampai 2 jam...budak2 pun mesti letih dan rimas kan...pas tu kena bawak barang2 budak cam susu, air panas, botol susu, sabun mandi and so on..pas tu mabuk2 laut lagi....nanti bila dah sampai pulau...kena pk kan sunburn lagi, pk kan boleh ke budak2 ni ikut naik bot gi snorkel....pendek kata macam2 lah....tu pun nasib baik ader bibik yg leh dukung2 budak ni...then leh angkat2 barang...apa2 pun kena ucapkan banyak2 terima kasih pada STROLLER pinky tu....dengan adanya STROLLER tu lah..jadi senang sikit nak angkut barang...hiks..

p/s: Insyaallah..kami pasti akan datang lagi ke sini..