Thursday, August 20, 2009

::Baby In Pink Contest::


Apa? Baby in pink contest????? Semestinya lah ibu Aleesya akan
join contest ni kerana ibu kan peminat pink. Baju dalam wardrobe ibu tu boleh dikatakan banyak pink atau warna yg sewaktu dengannya jer. Aleesya n Ayyunie? Memang conform lah suka pink gak kerana dipengaruhi oleh ibu. Bukan setakat baju jer tau, stroller, buggy, beg baby, bedsheet & comforter Aleesya, bantal peluk, stokin, scarf rambut, kasut, span mandi, botol susu, bottle tumbler dll lagilah semuanya pink......................

So, penganjur contest ini ialah sha. Syarat2 utk join contest ni:


1
. Contest ini terbuka kpd semua
BLOGGER.Tempoh Contest sehingga jam 5.00 ptg pada 22 August 2009.

2. Contestant diwajibkan menjadi FOLLOWER blog Sha a.k.a ibu Puteri serta ADD link blog ini dalam bloglist anda..

3. Contestant diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog masing2.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini : http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat special entry tentang contest ini. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. Jantina baby tak kira boy or girl, yg penting gambar tersebut mestilah gambar anak anda berpakaian baju or seluar berwarna PINK. Anak anda mestilah yang dilahirkan dalam tahun 2007-2009 sahaja..

6. Dan jangan lupe utk jwb soalan ini :
a) Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??
b) Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini?? Just nak tahu ape yg anda tau..Extra marks k..

7. Pastikan di entry anda terdapat link2 ini ( kalau xde, ur entry will be DISQUALIFIED).

Link blog ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/

Link contest ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html


8. Setelah entry anda mematuhi semua syarat2 yg telah ditetapkan, sila tinggalkan URL-Link-Contest anda di ruangan Comment entry ini sebagai tanda anda dengan SAH nye telah menyertai contest ini juga memudahkan juri membuat semakan..

9. Pemenang akan ditentukan oleh juri Profesional yg dilantik sendiri..huhu...


Rasanya semua syarat2 diatas telah dipenuhi

** Disebabkan ibu ada 2 orang lil princess yg lahir tahun 2007 dan 2009, maka dengan ini ibu akan submit 2 keping photo anak2 ibu**


So, gambar yang dipilih oleh ibu :


NAMA: DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN

D.O.B: 30/03/09

Damia Ayyunie harus menang contest ni kerana tengok sahajalah senyumannya yang memikat itu. Walaupun baru berusia 4 bulan 1 minggu semasa gambar ini diambil di stulang, damia ayyunie tetap memberi pose yang menarik kepada ibu yang gian mengambil photo anak2nya ini. Lagi satu gambar ini adalah gambar candid dan ibu langsung tidak mengetahui bahawa ayah curi2 amik gambar ni dari belakang. Selain itu setiap kali orang tengok damia ayyunie, pasti orang akan cubit pipinya yang tembam itu. Sikapnya yang jarang meragam membuatkan orang senang bermain dengannya. Bagi ibu tak kira apa jua pose yang diberi olehnya,
"KAU TETAP
DI HATI IBU"




NAMA: DAMIA ALEESYA BT KHAIRUDDIN
D.O.B: 17/10/07

Damia Aleesya harus menang contest ini kerana sikapnya yang chicky dan lemah lembut. Selain itu, damia aleesya juga suka berposing setiap kali ibu mengacukan kamera kepadanya. Tengok sajalah gambar di atas ni. Dan yang penting ibu paling suka sikap "jinak-jinak merpati' yang ada pada Damia Aleesya. Selain mempunyai wajah yang agak cute (ni macam dah perasan jer ibu ni), dia juga suka melawa contohnya kalau nak pergi jalan, dia sendiri yang akan mencari pin rambutnya, rantai mutiara kesukaannya, gelang tangan, stokin dan memilih kasut yg hendak dipakainya. Dan warna pertama yang dia tahu adalah pink.
"KAU ADALAH RATU DI HATI IBU"

Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini??

Mmmmm......secara jujurnya ibu hanya tahu blog sha ni apabila ibu blogwalking utk review pasal contest ni. Dan yg terkejutnya sha ni duduk kat JB. Samalah kita..........Sha juga mempunyai seorang princess yg bernama Puteri. Ibu suka baca blog sha kerana sha ni rajin join contest dan suka shopping...hehe macam ibu jugak.....dan yg paling penting masa ibu jadi follower sha , jumlah follower hanya 30 lebih jer...sekarang ibu tgk dah meningkat 70 lebih....great job sha for this contest......


So kepada sesiapa yg nak join tu......cepat2lah submit gambar ekkk....


p/s: perghh.......penat giloss ibu cari gambar aleesya n ayyunie pakai baju pink....coz banyak sangat pakai baju pink....last2 gambar pakai baju kebaya tu jugak yg ibu submit....huhuhu....jangan meluat yer korang tgk gambar sama...


8 comments:

  1. gmbr aleesya atas tu mmg gambar cari makan dia la. mesti bole menang lg. ayyunie tu pun mcm ade chance jek sebab kecik da pandai sengih.

    nia pun banyak sgt baju pun smpi opah dia ckp mama dia ni tak pelbagaikan baju nia dgn kaler2 lain. dah pink comel kan? heheeh..

    good luck!

    ReplyDelete
  2. alyyani - eeee......mana kita tau...pandangan juri2 ni berbeza setiap org.....kita hanya boleh mencuba jer...insyaallah....kalau menang mestilah suka.....

    memang betul...girls ni banyak warna pink jer....tu ok lah tu opah nia yg sound, Aleesya ni siap ayah dia kata asyik2 warna pink...dulu ibunya kaki pink, sekarang anak2 lak....sampaikan pernah uniform office pun suruh buat warna pink..........ihiks...

    ReplyDelete
  3. mmg fanatik pink tol ek..hehe..tiqah suka purple..dekat2 le tu..wardrobe penuh ngn bju purple je..
    good luck..geram tol tgk pipi ayyunie yg gebu tu..hehe

    ReplyDelete
  4. i mmg setuju u letak gbr ayyunie tue mmg menari... aleesya tue mmg dah sememang yerk sweet.. cantik baju kebaya tue.. wish u luck yerk

    ReplyDelete
  5. amboi lawanye cik damia berkebaya..hehe..

    ReplyDelete
  6. tiqah - purple pun lebih kurang pink gak.....geram yek nak cubit pipi ayyunie....ibu dia lagi geram...hari2 kena cubit n cium pipi tu...

    ReplyDelete
  7. eijam's family - dah tak tahu nak letak gambar mana.....semuanya come2 (ihiks..perasan lah pulak)...tq for your wishes...

    p/s: nanti umairah join yer contest ni...mesti cun gak kalau umairah pakai pink......

    ReplyDelete
  8. nana - apa lagi...tahun ni buat/belilah kebaya untuk Damia lak....mesti cun lah budak kecik pakai kebaya....

    ReplyDelete