Friday, July 24, 2009

::SHARE YOUR STORY & THIS MIGHT BE YOURS::

Hari ni ibu masih dalam mood nak join contest lagi walaupun dah saat2 akhir. Tajuk contest ni ialah " Share your story & this might be yours". Penganjur contest ni adalah ibu addin dan nasa. Syarat2 utuk menyertai contest ni adalah:

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.


Buat tatapan Damia Aleesya................sesungguhnya andai anak ibu telah pandai membaca catatan ini, ketahuilah bahawa ibu bersyukur sangat dengan kelahiran mu di muka bumi ini.


BAHAGIAN 1

Kali ini ibu hamil lagi ……………Untuk kali ketiga selepas 2 kali gugur akibat rahim lemah……….Kalau pasangan lain gembira dengan kandungan masing-masing, ibu dan ayah pula resah, takut kali ni kandungan ibu tidak menjadi lagi……………..Ibu dan ayah hanya mampu berdoa sahaja………….

Pasangan lain mungkin akan cepat-cepat membuat pemeriksan doktor apabila disahkan hamil, tapi ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dan langsung tidak memberitahu kepada sesiapa pun pasal kandungan kali ini. Ibu takut harapan ibu dan ayah akan musnah lagi………………….

Hampir 5 minggu kandungan ibu hari ni……..ibu seperti biasa menunaikan tangungjawabnya di pejabat. Selepas makan tengahari, ibu pun ke tandas untuk mengambil wudu’ menunaikan solat zohor……………….

Tiba-tiba ibu keluar dari tandas dan bergegas mencari ayah:

Ibu : Bang, bad news, sayang bleeding…….
Ayah : (dengan muka berkerut) banyak tak???
Ibu : Macam sebelum2 ni lah…….

Ayah : Sabar lah sayang, kalau ader rezeki kita kali ni………….

Hati ibu dah hampa, ibu pun tahu yang ayah juga tidak berharap san
gat pada kandungan kali ini…….tapi ibu dan ayah masih percaya pada Tuhan……….dengan pantas ibu sambung mengambil wudu’ dan menunaikan solat serta memohon kepada Tuhan agar segalanya selamat……..

BAHAGIAN 2

Hari ni dah 8 minggu kandungan ibu…………bleeding masih ada lagi………Ayah kata kandungan ni mungkin ada harapan kerana kandungan sebelum-sebelum ni tak sampai lapan minggu dah gugur dan kena buat D&C. Ayah ajak ibu pergi Pakar Perbidanan Khor & Loh yang disyorkan oleh kawan ibu. Ibu sebenarnya dah tak kisah sangat dengan Hospital Pakar ni kerana macam-macam ubat ibu pernah ambil di Hospital Pakar Puteri, Hospital Johor Specialist dan Hospital Penawar, tapi kandungan tetap gugur……………

Masa buat pemeriksaan dengan Dr.Khor, ibu masih ingat lagi yang Dr. mengatakan dengupan jantung bayi masih tidak dapat didengar selain bayi dalam kandungan ibu ni kecil. Scan pun tak nampak apa-apa. Kali ini ibu dan ayah memang merasakan bahawa kandungan kali ini memang tiada harapan. Lepas pemeriksaan, Dr. bagi suntikan untuk menguatkan rahim serta pil untuk menstabilkan bayi. Dan the next appointment adalah next week.

Sepanjang perjalanan balik rumah ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dalam kereta disamping memikirkan masalah kandungan ibu.

BAHAGIAN 3

Seperti yang dijanji, hari ni ibu kena buat pemeriksaan lagi. Bleeding semakin banyak. Ibu dan ayah pasrah kalau hari ni ibu kena D&C lagi. Sampai giliran ibu, ibu dah cuak takut keputusannya akan menghampakan ibu dan ayah.

Dr : Come, I scan first.
Ibu : Ok


Dan Dr. pun scan perut ibu sambil mencari-cari jantung bayi dalam kandungan.
Tiba-tiba bunyi DUP,DAP,DUP,DAP,DUP,DAP………………..

Dr : See, we can hear your baby heart beat now.
Ayah : Are you sure Dr. that’s my baby heart beat????
Dr : This is my works, of course I know which one the best for yo
u………..

YA ALLAH…………Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya ibu dan ayah masa dengar dengupan pertama anak dalam kandungan ibu ni…….ikhlas ibu kata, menitis air mata ibu dan ayah apabila mendengar degupan jantung tu…….


Baby in 9 weeks
(inilah gambar scan yang ibu boleh dengar dengupan jantung tu)

Dr : So right now, you must take the injection for the baby 2 weeks once and please eat the stable baby pills regularly…….
Ibu : Until when I must take all this?
Dr. : Until the bleeding stop and the baby stable……and one more thing, please don’t too active and you must take care of yourself…..eat healthy food and avoid to lift h
eavy things
Ayah : How about traveling?
Dr. : Better janganlah kalau you all sayangkan baby ni……….


Demi untukmu anakku, ibu turuti segala nasihat-nasihat Dr. agar dirimu selamat dan sihat.


BAHAGIAN 4

Dan bermulalah saat-saat ibu menjaga bayi dalam kandungan ini sebaik mungkin. Pergi injection setiap 2 minggu, pil yang diberi mesti makan ikut waktu, air kacang soya memang menjadi santapan harian dan macam-macam lagi yang ibu buat agar semuanya selamat.

Bayangkan untuk mengelak ibu naik turun tangga pejabat setiap hari
, ayah dan ibu sanggup berkampung dan tidur di pejabat ………….satu bilik khas dibuat untuk ibu dan ayah agar selesa berada di pejabat umpama seperti dirumah sendiri. Balik rumah pun hanya hujung minggu sahaja untuk basuh baju. Hampir sebulan lebih ibu dan ayah berkampung di pejabat. Sekali rasa macam orang Indon pun ada.


Itu belum masuk lagi pantang larang yang dibuat oleh keluarga ibu dan ayah. Tok Ma kata jangan makan kicap nanti anak hitam, Tok ayah kata kena makan burung
merpati agar kulit anak putih dan gebu dan macam-macam lagilah petua yang diberi oleh mereka agar cucu mereka dalam perut ni adalah yang terbaik dan selamat.

Sepanjang mengandungkan bayi ni, ibu dan ayah langsung tidak pergi holiday dan travel jauh2. Paling jauh pun KL kerana ada kenduri kahwin saudara terdekat dan Muar
kerana kawan Ayah kahwin (itu pun terpaksa berhenti-henti). Itu sahaja tempat yang paling jauh ibu dan ayah travel.


BAHAGIAN 5

Semasa kandungan ibu 4 bulan lebih, Dr. memberitahu bahawa bayi dalam kandungan ibu ini mungkin girl. Ayah memang berharap untuk mendapat anak perempuan, ibu pula tak kisah asalkan bayi dalam kandungan ibu selamat. Patutlah semasa kandungan ni, ibu lebih gemar memakai pakaian yang cantik dan suka bersolek.

Dan saat paling manis bagi ibu apabila tiba-tiba ibu terasa seperti rama-rama sedang hinggap dalam perut ibu walhal ibu tahu itulah gerakan dan tendangan pertama Aleesya (mula panggil nama Damia Aleesya apabila ibu dan ayah tahu bayi yang ibu kandung ni adalah girl).

Genap kandungan ibu 6 bulan, Aleesya semakin stabil dan tidak perlukan suntikan dan stable baby pil lagi……….masa ni ibu dan ayah bersyukur sangat sebab ibu percaya bahawa Aleesya sudah boleh berdikari dalam perut ibu.


Semasa kandungan ibu 7 bulan lebih pula, ibu dan ayah ada buat majlis solat hajat dan ‘melenggang perut’. Semua keluarga dari kampung datang untuk memeriahkan lagi majlis ni.

Semasa usia kandungan ibu 8 bulan, ayah telah mengambil maid untuk membantu dan meringankan kerja-kerja ibu dari sebuah ejen. Walaupun ibu kurang b
ersetuju dan berhajat hendak mengambil maid lepas ibu melahirkan bayi ni, ayah tetap berkeras jua. Kata ayah biarlah maid tu serasi ngan kita dulu dan tahu selok belok rumah kita. Nanti dah ada baby senang.
Baby in 8 month ++ (gambar scan 3D ni lah yg selalu mengubat hati ibu dan ayah tatkala kami setia menanti kehadiran mu, actually gambar ni sepatutnya bewarna, kebetulan hari tu printer Dr tu kehabisan ink warna)

BAHAGIAN 6


Due ibu kalau ikut kiraan Dr. pada 31.10.2007.Tapi ibu yakin bahawa Aleesya akan lahir awal dari tarikh tu kerana tarikh yang Dr. buat itu telah diubah pada tarikh last period ibu kerana Dr. kata Aleesya kecik berbanding tarikh. Susu Anmum hari-hari menjadi santapan ibu walaupun ibu bukanlah pengemar susu. Vitamin dan Liver Cod oil pun ibu ambil setiap hari agar berat Aleesya bertambah.

Mengikut perkiraan ibu dan ayah sepatutnya Aleesya akan lahir pada Hari Raya Pertama. Memang Raya pada tahun ni ibu dan ayah sebak kerana tidak dapat pulang ke kampong di Kelantan. Bayangkan, inilah kali pertama ibu dan ayah beraya sebagai anak perantauan. Pagi raya pertama ibu dan ayah sedih sangat-sangat kerana semua jiran-jiran balik kampung. Yang ada cuma ibu, ayah dan bibik sahaja. Terasa sunyi sangat masa ni. Ayah tak habis2 asyik menjentik perut ibu dan marah-marah kat Aleesya kerana lambat sangat keluar. Walaubagaimanapun, ibu dan ayah kuatkan semangat kerana ibu yakin bahawa Aleesya akan lahir dalam masa terdekat ni.


BAHAGIAN 7

RAYA KEEMPAT

Sedang semua orang sedang bersuka ria dan menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap pada Hari Raya, ibu dan ayah hanya menjamu selera di restoran sahaja. Tapi yang uniknya ibu tergerak hati nak makan tom yam kerana sepanjang mengandungkan Aleesya ibu tak berani makan yang pedas-pedas dan masam-masam. Dan ayah sempat berseloroh, sure Aleesya nak makan tom yam dahulu kot baru nak keluar…..dan dengan kuasa Allah swt,

Malam sebelum tidur :


Ibu : Abang malam ni sayang nak tidur pakai kain pelikat abang la. Kot-kot malam ni dengan berkat kain pelikat tu sayang beranak ke………

Ayah : Kalau betul cam mana?

Ibu : Bagus ahh……..dah lama sangat tunggu Aleesya ni keluar, biar dia keluar cepat-cepat sikit.

Jam 2 pagi ibu terasa nak buang air. Tapi belum sempat ibu nak ke pergi tandas, tiba-tiba ada air jernih bercampur darah meleleh. Ibu cepat-cepat kejutkankan ayah. Ayah suruh ibu bertenang dan mandi dulu (bayangkan pukul 2 pagi mandi) sementara tunggu ayah solat hajat……………………


Sampai di hospital, Ibu pun diarahkan tukar baju dan buang air besar. Ibu langsung tak rasa sakit. Siap main-main dan gurau-gurau lagi dengan ayah. Nurse pun hairan lalu periksa bukaan ibu baru 1 cm.(masa ni punya la ibu menjerit kerana menahan kesakitan) Kemudian nurse pun tolak ibu masuk ke dalam labour room dan berbual-bual sakan dengan ibu dan ayah.

Sebelum ibu ditolak masuk ke dalam labor room (walaupun x sakit), ibu sempat minta maaf atas segala kesalahan ibu serta minta halalkan segala makan minum dan pemberian ayah selama ni. Masa ni ibu sebak sangat takut apa-apa berlaku kat ibu (masa ni ingat mati jer).

Tidak beberapa lama kemudian, Dr. pun sampai dan terus check bukaan ibu. Rupa-rupanya baru 2 cm (ibu menjerit menahan kesakitan sekali lagi). Dr. jangka ibu akan bersalin jam 12 tgh esok atau paling awal pun 10 pagi esok. Ayah pun setia menanti ibu kerana ibu tahu hanya ayah sahaja semangat dan dorongan ibu.

Tiba-tiba ibu terasa contraction ibu semakin kerap. Sakit pun dah terasa. Ibu
genggam tangan ayah erat-erat sambil membaca surah-surah yang sepatutnya.. Nurse suruh ibu bersabar kerana katanya setiap 1 jam baru bukaan 1 cm. (masa ni nurse cakap nak check bukaan dah berapa cm, tapi ibu buat-buat tak sakit, so nurse tak jadi lah nak check). Ibu tengok jam di dinding baru jam 4.30 pagi. Huhuhu………….kalau sakit macam ni sampai 5/6 jam, tak sanggup rasanya ibu. Ayah pun resah dan berpeluh tengok ibu……………………

Tidak beberapa lama kemudian, ibu memberitahu kepada nurse yang ibu nak buang air kecil. Tapi tak sempat pun nurse nak buat apa-apa, habis basah satu katil yang ibu baring. Nurse kata air ketuban ibu dah pecah lalu check bukaan ibu. Rupa-rupanya dah 8cm. Ibu siap tanya balik kepada nurse tu betul ke dah buka 8 cm? Dr pun segera masuk dan bila Dr check je, Dr
kata kepala baby dah nampak. Ibu????????

Dengan 3 kali push (ayah yg ajar sebenarnya macam mana nak push), lahirlah Puteri sulung ibu dan ayah, Damia Aleesya bt Khairuddin dengan berat 2.6kg pada jam 5.43 pagi. Hilang segala sakit ibu apabla melihat Aleesya di atas perut ibu. Ayah pula dengan mata yang berair mencium dahi ibu sambil mengucapkan ‘ I love you, sayang’. Dan sebagai kenang-kenangan ayah juga telah merakam saat-saat ibu melahirkan Aleesya.



KELETAH2 DAMIA ALEESYA SEKARANG
(Ya Allah Ya Tuhanku, Kami bersyukur atas anugerah mu ini. Semoga Damia Aleesya menjadi seorang anak yang solehah, cerdik akal fikirannya, taat kepada kedua ibu bapa dan permudahkanlah untuk kami menjaganya di dunia dan di akhirat. Amin...................)

P/s: Yg tak tahan tu lepas ibu dimasukkan ke bilik perseorangan, ayah boleh kata: “ Senang nyer sayang beranak, tak sakit sangat kan, org lain berjam2 nak lahir anak sulung, sayang kejap jer”.

Yg Dr. pulak boleh cakap macam ni kat ibu:

“ You senang la lahir anak, lepas 6 bulan boleh planning tambah lagi 1 anak”

Yg nurse pulak cakap macam ni:

“ Puan lahir anak sulung kejap jer, untung puan. Tak payah planning2 lah nak jarakkan anak”.

Ibu - @@##%$^**()&^*&*))*%$^*())&$#@@$%^&UUII



** Terus terang ibu katakan yang ibu langsung tidak pernah mendengar dan mencuba barangan Crabtree and Evelyn ni. Inilah first time ibu mendengarnya. Tapi ibu yakin akan kualiti barangan ini kerana jika tidak, masakan ibu addin dan nasa sanggup menghadiahkan barangan ini kepada pemenang. Ibu yakin akan keharuman barangan ini dan jika ibu diberi peluang untuk mencubanya pasti harumannya akan memikat hati sesiapa yang cuba mendekati ibu. Dan ibu juga percaya bahawa jika ibu tiada di sisi anak2 dan suami ibu, pasti mereka akan merindui ibu serta keharuman Crabtree and Evelyn ni. Keharuman boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita**






8 comments:

  1. ooo gitu..baru sy tahu..
    tp ok la kan, gap setahun dpt ayunie =D

    sedap baco ayu tulis...ada harapan nk meney ni..chiayo3x

    ReplyDelete
  2. tak menang pun tak pe. Just untuk buat catatan....biar Aleesya n Ayyunie tau bila besar nanti. Tapi kalau menang pun ok gak...

    p/s: aleesya n ayyunie gap 1 1/2 tahun la. Kalau ikutkan tahun 2 tahun

    ReplyDelete
  3. tq...... ibu addin dan nasa....

    ReplyDelete
  4. penat membaca tapi best...memang patut pon menang

    ReplyDelete
  5. ida - huhu..... kesian ida sampai penat baca karangan daku ini...

    ReplyDelete
  6. baru baca arini..
    menitis gak air mata..teringat saat2 sakit melahirkan Dhiya...
    Aleesya ni anugerah yg indah, kak ayu...

    ReplyDelete
  7. Tersentuh hati bila membaca karangan Ayu.. Moga Aleesya dapat baca bila dia dah besar nanti.. Ibu sanggup lakukan apa sahaja demi kasih pada anaknya..

    ReplyDelete