Sunday, March 5, 2017

Daim's first passport


Pagi semalam baru berkesempatan bawa Daim pergi Klinik. Gambar diatas sebelum Daim kena injection MMR 9 bulan. Bersungguh betul dia meratah sayur masa kami bersarapan di Old Town berdekatan. Nanti besar ikut jejak ibu dan kakak2 ya.. Pemakan sayur.. Ayahnya je pemilih sayur sikit.. Kih kih..

Good boy! Kena injection pun langsung tak berbunyi suara. Siap senyum lagi. Doctor dan nurse pun terkejut. Ayahnya siap cakap "setakat kena cucuk, ayah cubit lagi sakit kan Daim".. Haha..


Lepas balik dari Klinik, terus ke UTC Johor pula untuk renew passport saya dan buat passport untuk Daim. Ayah Damia dan both Damias masih valid lama lagi passport. Sebelum tu singgah di Kedai Foto untuk ambil gambar Daim dulu. Syarat buat passport baby kena sediakan salinan IC ibu/ayah, salinan surat beranak baby serta original, dan 2 keping gambar. Bayaran RM100. Kalau saya renew RM200.

Memang agak cepat juga buat passport kalini. Sebab saya ada baby. Kalau ada baby kena pergi kat kaunter khas. So tak yah tunggu giliran macam permohonan/gantian biasa. Cuma masa serahan passport tu kena ikut masa yang ditetapkan dalam resit. Rezeki saya dapat cepat juga serahan passport sebab ada kawan sekolah saya yang sedang bertugas masa tu. Alhamdulillah dipermudahkan.

Dan yang bestnya kat UTC ni, both Damias boleh duduk kat library yang bersebelahan je dengan jab. imigresen ni. Bolehlah ulangkaji sikit sebab harini dah start exam.

Gambar diatas adalah gambar Daim's first passport photo.. Auntie tu siap cakap dalam slang dia " jangan ketawa kuat-kuat ya baby, nanti auntie tak boleh tangkap gambar passport oooo".. Haha.. 

Daim memang pantang nampak kamera, walaupun masa tu baru je bangun tido. Dia tetap nak senyum/ketawa juga.. Janji ibu/ayah dia depan dia..


Dan finally.. Yeayy Daim dah ada passport. So insyallah bolehlah kenal2 Negara orang ya Daim. Moga2 Dipermudahlan segala urusan masa bercuti dengan Daim nanti. Ya lah.. Org kata jalan jauh dengan baby kecik ni agak messy dan hectic. Insyallah Daim good boy kan.. 

Tik tok tik tok... 



Thursday, March 2, 2017

Ayah Damia di Kyoto-Osaka-Kobe

Koleksi gambar-gambar ayah damia ketike ke Jepun pada 5 hingga 7 Februari lepas. Gi kejap je sambil-sambil memerhati gelagat pasaran di Jepun dan juga tengok bola JDT lawan Osaka. Yang penting walaupun dah penghujung winter, tapi rezeki Allah bagi peluang kepada ayah damia dan rakan-rakannya menikmati salji yang turun pada awal pagi. Fuhhh memang best..

Insyallah ada rezeki keluarga kami pula menyusul ke Jepun ya.. Aaamin..

Ni trip persendirian ayah damia bersama 4 orang lagi rakannya. Beli tiket pun 4 hari sebelum fly.. Memang last minute punya planning ni..


Sebaik menjejak kaki di Airport Jepun


Sampai je sempat lagi makan di dalam airport Jepun. Yang pasti halal..


Jalan2 waktu malam.. Sejuk sangat!


Wahh akhirnya bertemu jodoh di tempat kelahiran Hokaido Cheese baked ni ya abang..


Beli nak rasa yang original..


Ayah damia kata sedap.. Gebu gebass..


Sebelum ni tak pernah lah pulak ayah damia makan makanan jepun, tapi dah sampai jepun boleh serasi pula makanan ni..


Tempura udang..


Simple je kedai Hokaido Cheese Baked ni..


Ole ole untuk Both Damias 


Cantik cafe ni..


Cantik2 kan kedai kat Jepun ni..


Wahh beli apa tu abang..


Cari wi fi katanya.. Haha


Depan homestay.. Tempah melalui AirBnB..memang tip top dan puas hati..


Jalan-jalan..


Check out dari Homestay..


Jalan-jalan lagi..


Wahhh ini best! Salji turun mencurah2.. Tapi kejap je. Tengok video yang ayah damia bagi kat kami tengok.. Perghh sejuk..


Best dapat main salji ya bang..


Yang peliknya ayah damia ni time salji dia boleh pula pakai seluar pendek. Btw ayah damia memang cam tu.. Kulit tebal.. Tahan sejuk..


Yeahhh bekalan Energy Bar CocoDamia dah sampai Jepun..


Memang tahan lapar sungguh makan Krukk Krakk energy bar ni..


Selamat tinggal homestay..


Bergambar bersama geng-geng K-POP sebelum masuk stadium..


Fuhhh cayalah bang.. Stadium Larkin pun abang tak pernah jejak, ni stadium Osaka pula abang sanggup gi tengok JDT.. Haha


Huhu..3-0 weii


Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan bang...


Bersama penyokong2 JDT..


Tunggu train..


Sistematik dan punctual trainnya..


Makan malam lepak tepi 7-eleven je.. No hal punya..


Malam terakhir tido di Cube Cafe Internet.. Siap boleh mandi dan makan lagi..


Cari wifi lagi katanya..


Kenangan..


Fuhh..


Mengembara di Negara orang..


Kawasan pelancong.. Ramai pelancong pakai baju kimono siap pakej make up lagi area ni..


Kenangan..


Terbaik..


Kebas jari cari wifi dan gps ya..


Cantik gambar ni..


Macam potrait pula..


Terbaik..


Tanya jalan..


Cantik posing..


Kat airport..


Malamnya sampai je kat KLIA, terus cari masakan melayu ya.. Hihi

Btw makanan kat Jepun mahal katanya.. Sekali hidangan cecah RM40-RM50 per person.. Bukan salah kedai yang mahal.. Tapi kerana currency duit Malaysia yang jatuh.. Huhu.. 

Banyak lagi gambar2 di Jepun.. Nantilah saya add on sikit2.. Hihi

Tq for viewing..