Wednesday, January 20, 2021

Persiapan "School Station" sebelum naik sekolah 2021



Selamat kembali ke sekolah bagi pelajar-pelajar SPM 2020 dan tadika-tadika seluruh Malaysia.
Bagi pelajar-pelajar yang lain, walaupun tidak dapat pergi ke sekolah lagi, tapi tetap meneruskan sesi persekolahan 2021 ni secara Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) atau lebih tepatnya secara online.


Siap projek "School station" sempena nak naik sekolah 2021 dalam era Norma baharu. 

Naik sekolah untuk tahun 2021 ni nampaknya tak payah beli uniform, stationary pun guna apa yang ada je, just top up mana2 tak cukup, buku2 teks pun digital dah, nota2 & latihan pun boleh print sendiri. 


Antara perkara2 penting yang dah dibuat untuk menyiapkan  projek ni:

1. Since day 1 PKP 2.0 ayahnya dah tambah lagi 1 laptop. So masing2 dah ada laptop sendiri. Masing2 jaga. Belajar guna handphone/tab boleh je macam sebelum2 ni. Tapi rasa tak puas lah sebab screen kecil. Lagipun kadang2 handphone anak2 hang sebab memory full download macam2 dari cikgu masing2. 

2. Sebelum2 ni guna earphone/air pod. Nak naik sekolah ni upgrade guna head phone lah bagi lebih selesa (pakai tudung kan) dan tak sakit lubang telinga.


3. Sebelum2 ni ada 2 wifi (unifi & umobile) dan data maxis, ni tambah lagi satu data. So masing2 jaga data masing2. Habis data cepat, top up guna duit masing2.

4. Untuk memudahkan lagi sesi pengajaran & pembelajaran, beli lah juga drawing tablet untuk memudahkan conteng2/tulis jawapan atas kertas (read atas screen sebenarnya).


5. Sebelum2 ni masing2 study dalam bilik masing2. Sukar nak pantau lagi2 ayahnya takkan sewenang2 masuk bilik2 anak dara kan. Ni senang ibu & ayah pantau mereka kalau buat school Station macam ni. Tak faham terus tanya. 

6. Siap beli meja study baru dan kerusi study baru nak bagi seragam kat school station supaya dapat ciptakan mood positif pergi "sekolah" hari2. Ya lah, anak2 dah lama cuti sekolah. Perlu energy dan mood yang baru bagi diaorg lebih semangat.


7. Semalam siap panggil orang repair dan tambah lampu supaya pengcahayaan on point masa kelas online nanti. Selain bagus untuk mata, cikgu2 pun semangat dapat tengok muka anak2 murid ceria dan cerah kan. Ni kusam je..

8. Pokok pun baru. Punyalah nak bagi mood umpama anak2 pergi sekolah nampak pokok2 hijau kat celah2 tingkap dalam kelas kan 😁.


Semoga urusan pembelajaran anak2 dirumah dipermudahkan..
Begitu juga dengan urusan cikgu2 semua.


Budak ni special.
Walaupun tak ada laptop, tapi Ipad, Tab dan PSP ada atas meja..
Time belajar, belajar betul2..
Time main, main betul2..
Daim kita bagi tengok Youtube, pulun tengok ya Daim..
Alhamdulillah..
Daim ni memang minat belajar, tapi perlu kita yang guide dia..


InsyaAllah.. Kita boleh menghadapi Norma baharu ini jika kita lebih bersedia πŸ’ͺ.
Yang penting  ANAK-ANAK ADA BONDING BERSAMA CIKGU MASING-MASING semasa kelas online nanti.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

3 comments:

Unknown said...

nak tanya meja dan kerusi beli dimana ye?

Unknown said...

nak tanya meja dan kerusi beli dimana ye?

Ayu Zarina said...

Meja beli kat Shopee..
Kerusi beli kat kedai perabot..