Monday, October 17, 2022

Happy 15th Birthday Aleesya


Anak sulung anugerah terindah 🧒
Dia lah yang pertama menyeri hidup ibu & Ayah 👨‍👩‍👧
Sedar tak sedar dah 15 tahun anak ibu. 
Semoga setiap momen kamu, terciptanya kenangan indah kita sekeluarga bersama.


Selamat Hari Jadi  Aleesya. 
Semoga sentiasa diberkatiNya dan semua amal kebaikan kamu akan dilipatgandakan dengan ganjaran pahala teristimewa dari Allah SWT. Aamin


Anak2 makin besar.. 
Maknanya kita dah kena bersedia untuk berjauhan ngan anak2.. Sob sob..


Balik sekolah tadi terus celebrate.. 
Simple2 je janji bahagia dan dihargai.. 
InsyaAllah next celebration masa family day cuti Deepavali ni.. 


Jadi anak solehah ya Aleesya.. 
Sentiasa ingat ibu & ayah dalam doa kamu. 
Semoga cemerlang di akhirat, cemerlang di dunia juga.. Aamin



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, October 6, 2022

JJCM Hatyai II Klong Hae Floating Market


Trend rakyat Malaysia melancong ke Thailand boleh menjejaskan pelancongan Langkawi katanya..
Dah mahaiiiiii sangat nak bercuti ke Langkawi pun...
Lajak sikit je lah ke Hatyai kan...


Patutlah sejak akhir2 ni Hatyai dapat gelaran " Hatyai Darul Malaysia"..
Tu dalam gambar, bendera Malaysia pun ada kat Hatyai..
Bukan 1, tapi banyak pulak tu...


Nasib lah kami dah awai2 pergi Hatyai masa cuti sekolah awal bulan 9 haritu..
Kalau pergi sekarang ni...
Katanya sesak dan ramai dengan pelancong dari Malaysia je..


Antara tempat wajib pergi di Haytai..
Pasar terapung ni lah...


Selain keunikan penjual2 menjual di atas perahu, harga makanan yang murah juga menjadi sebab utama ramai pelancong datang ke sini. Contohnya air kelapa dalam buluh tu baru 20 baht.


Aleesya bukan main lagi posing sakan kat sini ya...


Beli apa tu bang?


Owhhh otak-otak dalam buluh lah..
Perghhhh rasa dia sedap sangat weiii..
Moist2 je otak2 ni...
Harga 30 baht.


Ni ais krim dalam pasu..
Orang lain habis makan bawa balik pasunya..
Kami buang lah haihhh malas nak kelek ke hulu ke hilir...haha


Laksa siam..
Tapi tak berapa best lah yang ni...
Harga tak silap 30 baht..


Nasi Khaomok..
Baru 35 baht tau..
Daim lah ni nak juga makan nasi...


Datang jauh2 tetap nak cari Takoyaki juga ya Ayyunie..
Tak silap dalam 30 baht juga harganya..


Panas ceng ceng pun gigih posing ya...
Kami sampai dalam jam 3 petang cam tu..
Masa ni tak ramai orang lagi..
Lepas tu dalam pukul 4 lebih..
Orang dah start ramai..
Jangan harap dapat bergambar kat tengah2 cam ni..


Dia pun nak juga bergambar kat tengah2 ni..


Eh eh, gambar kita pun ada...
Sementara tak ramai orang ni, posing puas-puas...


Bagi chance lah kat ibu & ayah...


Orang minta tolong kita ambil gambar diaorg, pastu kita pula minta tolong dia ambil gambar kita..
Adalah gambar family cukup korum..
Awak pandang mana tu Daim....


Ok cun!
Semua pandang kamera...


    Btw dekat sini bukan hanya ada gerai2 atas perahu je...
Kat bahagian atas tu banyak lagi gerai..
Macam2 ada jual dari makanan, pakaian dan buah2...
Adoiiii..sedapnya buah apple cerry ni..
Rangup dan manis...


Bukan main lagi ya Ayyunie dengan monopod dia...


The moment


Ni gerai2 bahagian atas..
Macam2 ada...
Semua pun terliur nak rasa..
Btw kat sini no worries...
Banyak makanan yang halal....


Ketupat palas pun ada...
Fuyoooo....


Besar lah juga area pasar terapung ni...
Banyak bas2 pelancong singgah sini...


Bolehlah tengok video kami kat floating market ni..
Kot lah mana tahu ada yang memerlukan info atau gambaran untuk bercuti disini kan..

Next sambung lagi ya...










::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, October 3, 2022

Hargai staffs selagi ada..



Hargai selagi ada..


Sibuk dah tentu...


Tapi jangan lupa dengan yang selalu ada...


Hi-tea di Impiana Hotel Senai..
Sempena ada staffs yang akan sambung belajar dah next week...


Terima kasih semua staffs CocoDamia & GO JB Chocolate yg sentiasa memberi komitmen terbaik semasa menggalas tanggungjawab...

Sedikit imbasan memori:
Waktu ni, 29/9/2022 (khamis) ada Edutour...
Tapi Tadika tu datang lambat 1 jam pula..
Kitaorg dah resah sebab booking hotel pukul 3:30 petang..
So terpaksalah kami pun lambat juga kemas2 basuh2 semua..
Dekat pukul 4 baru siap mengemas..
Dengan nak solatnya, tukar baju kat officenya, make up nya..
Finally sampailah hotel pukul 4:30 petang..
Orang hotel dah runsing kami tak sampai2 lagi...hihi..

Begitulah kerja dan kehidupan ini..
Kadang2 apa yang dirancang tak sama dengan apa yang berlaku kan..
Janji enjoy...



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::