Saturday, April 23, 2022

Iftar Ramadan di JB hanya RM19.90 sahaja



Iftar di Dapo Mokcik Kopi Mokcik semalam.
 Milik ibu bapa kepada salah seorang student kami.


Konsep kedai ni Hipster.. Ada jual kopi, snacks dan kek sesedap secret tu..


Makanan buffet kat sini semuanya specialist air tangan tuan kedai ni sendiri  macam nasi lemak basmathi, rendang ayam, daging palembang dan dia punya kuih koci.. Ya Ampunnn.. Marvelous 👍. Tak caya try beli. Makanan2 lain pun sedap.. Macam mak2 masak.. 
Yang bestnya, makanan tinggal sikit je, lajuuuu refill makanan..


Full house..


Sebenarnya tak pernah ada orang pun makan kat Luar macam kami ni. Tapi sebab booking dah full harini, dan cikgu Khai pun booking last minute benor pukul 3:40 baru cari tempat makan, maka adalah rezeki kami untuk berbuka disini harini. Luar pun luar lah...lagipun weekend memang kelas kami berdua packs sampai jam 6 petang...


Posing sesudah makan..
Alhamdulillah..


Lepas dah bertenang makan dan solat, setiap meja akan diberi sepotong kek macam ni..
Makan 5 orang pun tak habis ni sebab dah kenyang..
Tapi sedap yakmat kek nya...


Ni antara kek-kek yang diberi kepada guests setiap meja..
Sedap kan nampak...


Daim suka sangatlah kek-kek persis secret recipe ni..
Tak muak langsung...cuma perut je tak leh terima sebab kekenyangan..


Comel pula beetle kami kat situ..


Dah kenyang jom balik..
Sempat jemaah isyak dan terawih disurau..


Ni menunya...
Berbaloi dengan harga RM19.90/person..


Suka yakmat dengan kuih koci nya tu..
Harus singgah lagi next time..
Lokasi kedai di Jalan Skudai, betul2 depan MBIP lama. 


Happy watching...





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, April 16, 2022

Indahnya Masjid Sultan Abu Bakar



Semalam...
 13 Ramadan..

Lepas semua habis kelas dalam jam 6 petang..
Terus decided ke Bandar untuk cari tempat berbuka..
Masa Otw pun masih tiada hala tuju lagi nak makan di mana..
So singgahlah Petronas beli air dan roti sebagai alas perut dulu..
Jadi sempat alas perut & berjemaah maghrib di masjid legend, unik & klasik ni..
Lepas tu baru lah cari makan dengan senang hati.. 


Sementara tunggu waktu berbuka, sempatlah collect moments dihadapan Masjid..
Kredit to Aleesya yang tolong snap2 gambar..


Budak kecik tu pun minta bergambar..


Macho lah tu konon..


Alhamdulillah...setakat ni Daim puasa penuh lagi...
Solat subuh berjemaah pun tak tinggal..
Solat Terawih tinggal 1 kali sebab makan kat luar punya pasal..


Tukang ambil gambar..
Sekarang ni nampak minat dia suka ambil gambar..


Bersilingkan emas, kipas pun warna emas..Daim & kakak2 dia berputar mata 360' menikmati keindahan masjid ni. Kecik2 dulu pernah lah bawa kakak & adik datang sini.. 
Dah tak ingat eh? 


Ayyunie tanya kenapa masjid cantik2 tak ada karpet? 
Sejak pandemik, memang karpet kena simpan.. Tapi tingkat atas ada je karpet..


Sekuriti kata maghrib memang tak ramai jemaah, Isyak & Terawih ni baru ramai..


Collect moments...


InsyaAllah nanti kami singgah lagi sini..

p/s: Ramadan tahun ni hujung minggu gantung kuali..Sebab jadual kelas kami sangat pack dari pagi sampai ke petang...So masak-masak time weekdays je lah...





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 13, 2022

Iftar bersama staffs di Trinidad Suites Puteri Harbour


8/4/2022 - Jumaat - Ramadan Day 6

Iftar bersama staffs yang sentiasa bersama Pusat Bahasa Pelangi dari sebelum Covid, semasa Covid dan hinggalah saat endemik ini. Terima kasih semua 🌹..

Rezeki kami dapat Iftar dalam suasana umpama cafe ini kami yang punya 😁. 
Tiada guests lain selain group kami 10 orang dan sepasang couple.
 Syokk sembang2 buat macam rumah sendiri 🤭. 
 
Btw nak book untuk 10hb sebenarnya. Tapi fully booked lah pula. 
So kami decided tarikh Iftar  diawalkan pada 8hb yang mana itulah hari pertama hotel ini buka untuk orang ramai berbuka puasa.

Konsepnya disini adalah semi buffet. Main course akan dihidangkan di setiap meja. 
Manakala appetiser, dessert, aneka mee, bubur lambuk, minuman dan makanan ringan lain adalah secara buffet. Main course akan bertukar setiap minggu. 
Makan macam ni pun dah kenyang sangat2. Yang penting tak membazir dan tak payah kesana kesini sangat untuk mengambil makanan (dasar malas bangun, hahaha).

Review:
Foods 4/5 ⭐. 
Layanan 5/5 ⭐.
Tempat 4/5 ⭐. Kapasiti tak luas sangat utk ramai orang. Tapi open space.
Surau 5/5 ⭐. Ni paling puas hati. Sebab bilik hotel dijadikan surau. Luas dan selesa. Kena ambil kad access untuk naik lift ke bilik.
Parking 5/5 ⭐. Banyak boleh parking depan hotel atau basement.
Harga 5/5 ⭐. Sangat berpatutan untuk konsep semi buffet ni. Hanya RM49/person. 
Siap free voucher lagi tau! Tapi tak sure sekarang ada lagi tak promosi voucher tu.

Sekian review ikhlas dari saya..

P/s: Dulu nama hotel ni Somerset. Baru ni pengurusan baru ambil alih dan tukar nama hotel. Kalau siapa2 biasa makan kat MANA CAFE, hah mesti tahu lokasi hotel ni..

#ramadanday6
#iftar2022
#ramadanbuffetjb
#ramadanbuffet
#ramadanbuffetjohor
#trinidadsuitesputeriharbour


Tak ada orang lagi masa ni, so ambil kesempatan posing sana posing sini..


Sudut buffet


Sudut buffet


Sudut buffet


Ingatkan kami terlebih awal sampai, rupa2nya memang group kami je yang ada dengan 1 couple lagi.


Syokk ada ulam-ulaman dan pelbagai ikan kering ni..
Sis siap ambil makan budu tau..


Ok posing lagi..


Budak kena paksa ambil gambar...
Makin besar makin susah nak bergambar..
Tu pakai baju ibu..apoooo? Muat dah weiii anak2 ibu pakai baju ibu..
Aleesya tadi pun pakai baju ibu juga..


Halah halah my handsome boy..
Rasmi baju raya buat iftar..


Dalam pukul 7, main course akan dihidang..


Antara lauk pauk kami haritu adalam Siakap sweet sour, masak lemak cili api udang galah, ayam panggang dan sayur goreng...cukup mewah dah haihh...


Pasangan baru kahwin bulan 11 tahun lepas..
Siapa sangka jodoh bertemu di Pusat Bahasa Pelangi.
Sorang Alumni, sorang lagi staffs kami hingga kini..


3 set semuanya hidangan kami..


Say cheese..
Tudung biru depan sekali tu pun staffs juga...haha
Ayah dia bayar gaji untuk buat nota, buat poster, jaga sosial media etc..


Bos besar sedang meeting supaya semua staffs lebih bersedia untuk kelas fizikal selepas raya nanti.


Macam biasa, acara bergambar ramai2 sebelum pulang..


Nak buat tik tok, tapi boss besar tak dengar arahan...kui kui..


Ruang solat yang sangat selesa..
Diberi 1 card access untuk naik lift ke bilik solat..
Perempuan solat dalam bilik master bedroom..


Manakal lelaki solat kat hall..


Memang selesa dan sangat mewah tempat solat pun..
Diberi suites 23 bilik siap 3 toilet..



Last but not least, buah apa ni siap jeruk dengan kulit2 dia..
Kalau termakan mau luka lidah nanti..
Buah kelubi atau buah salak erkk?









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::