Monday, October 4, 2021

Jauhnya anak sulung cucuk vaksin kat Kelantan


Alhamdulillah..
Selesai 1st dose vaksin Aleesya semalam (3/10/21).
10 minit je prosesnya.
Al maklumlah orang pertama cucuk vaksin kat sekolah tu. 
Dan mujurnya ibu ayah diberi kebenaran untuk teman anak2 cucuk vaksin dah sekarang.

Jauhnya Cucuk vaksin sampai ke Kelantan.
Aleesya cucuk vaksin di SR Demit 2, Kota Bharu.

Alkisahnya masa sebelum ambil permit kebenaran rentas negeri tu, tak ada lagi tarikh Cucuk vaksin Aleesya. Alih2 hari pertama kat Kelantan, tiba2 dapat panggilan sekolah Aleesya kena cucuk 6hb ni. Sedangkan tarikh tu kami masih di Kelantan lagi.

So try adjust tukar cucuk vaksin di Kelantan. 
Alhamdulillah urusan dipermudahkan sangat2. 

Kita hanya ikhtiar, selebihnya tawakkal kepada Allah yang Maha mengetahui dan berkuasa.
Semoga dengan vaksin ini tidak memudaratkan anak-anak kita.
Aaaamin.


Tandatangan pelajar dan bapa sebagai tanda setuju penerimaan vaksin.


Urusan penilaian dan pengesahan


Sementara tunggu kena cucuk..


Berdebar-debar ke tu?
Btw lelaki cucuk kat luar, perempuan cucuk kat dalam bilik.
Masa ni bilik untuk perempuan belum siap lagi..


Anak yang nak kena cucuk, ibu yang rasa lenguh2 bahu...haha
Oh my....abaikan eyebag ibu tu...



Selesai urusan.
Tunggu bagi kad vaksin.
Masa ni dah tahu ya tarikh 2nd dose.
Cuma kena tunggu yang dalam My Sejahtera untu confirmkan.


Good job Aleesya...
Diam & cool je..
Tapi nampak lah raut muka tu tak senang duduk..kih kih..
Time ibu kena cucuk aritu pun siap menjerit tau..haha


Tempat tunggu pemantauan.
Sambil2 pihak KKM bagi taklimat..


Siap ada pelamin hah untuk sesi bergambar..
Good job pihak2 yang terlibat..
Semuanya smooth dari mula2 proses sampai akhir..


Food Cravings after vaccine..gitewww..
Eh ke ibu yang cravings ni....opsss!!



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: