Breakfast di pagi Merdeka dengan #kopitiamstyle di rumah sendiri..
Bersatu bersama keluarga, kasih kepada Malaysia.
Sekala sekala minum Kopi Kampung Kaw kaw cap Gantang best juga..
Ni asyik kopi kayangan je kan.
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Sebab tadi pergi IKEA & Toppen masih tak boleh dine-in,
so kita bawa IKEA balik dine-in kat rumah je lah.
Semua restoran dalam IKEA & Toppen masih belum dibenarkan dine-in ya (hingga tarikh hari ini)
Nak masuk bangunan IKEA kena:
1. Update Kesihatan Kendiri dulu dalam MySejahtera
2. Then refresh sampai keluar tarikh harini atas status risiko
3. Kemudian baru guard akan check Sijil Vaksin 2 dos (lepas 14 hari tempoh matang)
4. Saringan last akan scan suhu badan dan check in MySejahtera
Nak masuk Outlet2 pun sama.
Kena tunjuk Sijil Vaksin 2 dos ya.
Pastu Ayah Damia pun sajalah tanya guard2 yang jaga/check scan tu dah Cucuk vaksin ke belum.
Rata2 semua jawab "belum lagi".....
Aiyoyo....
Lenggang..
Betul2 lenggang..
Kalau tak kerana nak cari barang dalam ni, memang tak lah nak datang time2 ni..
Ni sebab nak beli perabot nak siapkan bilik loteng yang dah tertangguh since PKP 3.0,
tu yang gigih juga datang...
Stay safe ok semua..
Jaga diri, sayangi keluarga..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Hah ni goreng banyak2 siap boleh bagi kat kawan2 Daim lagi..
Ni resepi cara saya krukk krakk krukk krakk..
Tepung beras
Sedikit air kapur
Sedikit serbuk kunyit
Air sejuk peti
2 biji telur
Garam
Gula
Dah Pro masak kan..
So tak ada sukatan, masak main agak2 je..
Haha..kidding.....
Tapi serius selalunya main agak je sukatan ikut kuantitti berapa banyak cempedak tu..
Agak2 bancuhan tak likat sangat, tak cair sangat...ok dah tu..
Selamat mencuba.
Ada yang tanya saya macam mana nak buat krukk krakk krukk krakk tu dalam minyak...
Actually tak ada buat apa pun, celup cempedak dalam bancuhan tepung, then goreng..
Nanti krukk krakk krukk krakk tu akan terbit sendiri..
Nak lagi halus krukk krakk tu, tambah telur ya...
Resepi atas saya guna 2 biji telur.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Ada yang panggil Peach Strudel, ada yang panggil Fruitty Puff..
Tapi seingat saya kalau strudel inti kat dalam..
Teringat saya makan apple strudel dulu kat Gold Coast.
Senang yakmat buat ni..
Malas dan rajin je nak buat sebenarnya..
Bahan-bahan untuk krim:
0.5L whipping cream (pukul asing)
250g cream cheese
6 sudu besar gula icing
Sedikit perahan lemon
Bahan-bahan lain:
Puff Pastry dipotong ikut saiz semua sama.
Kemudian di bakar dalam air fryer selama 15 minit dan suhu 180'c.
Buah peach dalam tin dipotong nipis.
Sedikit snowy powder utk hiasan.
Selamat mencuba.
Boleh tengok video untuk rujukan ya..
Happy watching..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Lately banyak dengar cerita kematian dan sakit nazak. Stay safe semua. Daftar vaksin cepat, jaga SOP, jaga diri dan ingatlah orang-orang tersayang. Dan jangan putus berdoa kepada Allah supaya wabak pandemik Covid-19 ni ada jalan penyelesaiannya serta lenyap dari bumi.
Maafkan saya andai ada salah tulis & tersinggung hati pembaca semua yang singgah di blog ini. Selamat menyambut Awal Muharam.
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Isteri: Hahaha.. Ni bukan kuih lah bang, ni roti sardin.
Suami: Fuhhh.... Ni A+ punya roti sardin... Presentation dah macam kat hotel ni..
Lepas suami suap semulut dan gigit dengan penuh bunyi kerangupannya..
Suami: OK, ni bukan roti sardin A+ dah, tapi A+++.
Terima kasih lah buat roti sardin sedap macam ni..
Ok nanti hantar link nak beli barang apa lagi kat Shopee..
Hahaha.. Adoii.. Luculah abang ni..tapi satu KEPUASAN di situ.
Tiber...
Ayyunie: Ibu, kenapa buat sikit sangat? Patut buat banyak lagi..
Hamboi!
Ayah Damia masih tak boleh move on cam mana lah sis buat roti sardin tu ada garis2 belang tu..
Kebetulan pula botol air ni ada depan mata, terus sis cakap 'gelek guna botol ni lah bang"
Korang percaya ke?
Kikiki..
Ramai sungguh lah yang percaya sis gelek roti tu guna botol..haha
Tengok 90% tau voted sis gelek guna botol tu...
Hakikatnya sis gelek guna penggelek ni lah..
Tak kuasa nak gelek guna botol tu...muahaha..
Ok pasni uolss dah boleh cari penggelek camni satu...
Ni sis dah share resepinya ya..
Resepi rakyat marhaen biasa2 je pun..
Tapi diberi sedikit sentuhan kreatif masa menggelek tu..
Jadilah roti sardin A+++
Resepi Roti Sardin Gulung A+++
Inti sardin:
Kepingan sardin (goreng dalam air fryer kejap)
Bawang merah didadu
Cili padi dihiris halus
Sedikit kicap manis
Sedikit mayonis
Sedikit sos cili
(kacau2 semua bahan diatas)
Cara-caranya:
Untuk roti, gelekkan roti dengan penggelek sampai nipis, letak inti sardin, gulung2 then sapu dengan telur. Goreng dalam api suhu perlahan sehingga garing. Siap.
Selamat mencuba..