Monday, May 24, 2021

Resepi dan tips Sotong Celup Tepung Crunchy


Yuhuuuu...
Ni menu celup tepung saya masa berbuka pada 5 syawal haritu..
Alhamdulillah...kami sekeluarga dah selesai puasa 6 pada 9 syawal bersamaan hari jumaat lepas..
Musim2 PKP ni, puasa 6 pun cepat selesai sebab tak leh kemana2 kan..
So duduk rumah asyik makan, makan dan makan je...baiklah kita berpuasa..

Feeling2 makan Celup Tepung Bira Pata kononnya..
Padahal dok bira dapur jah pah ceroh...kiki..


So masa saya post gambar ni kat IG dan FB..
Adalah yang bertanya cam mana atau apa resepi nak bagi tepung tu bersalut penuh kat sotong..
Kadang2 kan ada yang buat celup tepung ni, tapi tepungnya tercabut dari sotong..

Ok meh saya share TIPS nya..
*JANGAN LETAK AIR DALAM TEPUNG"
Tu je tipsnya...senang kan..
Jangan sesekali masukkan air ke dalam tepung ke, dalam telur ke dll..
Habis tu kalau tak boleh masukkan air, nak masukkan apa ya?


Resepi penuh dalam video ya..
Tips nak ganti air tu dengan apa pun ada dalam video..
Senang je kan bahan2nya...
Cara2 nak buat pun senang kan..
Janji teknik kena betul..


Untuk baby crab celup tepung ni pula...
Lepas saya celup baby crab ni dalam bancuhan tepung tadi..
Saya bedakkan selapis lagi dengan tepung..
Baru lagi sedap dan crunchy...
Ikut suka tepung bahagian luar tu nak letak perasa paprika ke, kari ke, salted eggs ke terpulang..


Yang ni pula udang celup tepung..
Sama resepi dengan sotong celup tepung tadi...

PKP ni tak tau sampai bila lagi..
Nak merentas daerah dan negeri tak boleh lagi..
Kalau agak2 kerinduan nak makan celup2 tepung lagi..
Bolehlah cuba membuat di rumah sendiri..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, May 21, 2021

Menu juadah 1 syawal hingga 3 syawal Raya PKP 2021


Simpan sini..
Menjadi kenangan untuk tahun2 akan datang..
Bukan senang nak jaga emosi semua orang sebab tak boleh ziarah, tak boleh balik kampung dan tak boleh rentas Daerah/Negeri disebabkan PKP ni kan..
Tapi raya tetap raya...
Masaklah secara  sederhana untuk keluarga tercinta..
Kalau tak, tak ada pula istilah RAYA untuk anak2 nanti.


Juadah 1 Syawal..
Masak Rendang daging, ayam masak merah, pulut kuning dan kuah sate.
Ketupat nasi dan lemang beli.
Sate dah tempah awal2..
Kek Lapis Warisan Ori dari Sarawak pun dah tempah awal2..
 Dan ada juga menu2 lain seperti nasi beriani dan ketupat palas hasil bertukar2 juadah dari jiran2..


Juadah 2 Syawal..
Rindu kampung punya pasal..
Kita masak Menu Nasi Dagang..


Semua saya masak ya..

1. Nasi Dagang Ganu
2. Gulai berempah ikan tongkol
3. Gulai lengkuas udang
4. Gulai ayam kaw kaw
5. Gulai telur rebus
6. Sambal Nyor ikan..

Satu kepuasan bila dapat masak sendiri semua menu kat atas..


Memang sengaja masak lebih..
Sebab nak bagi "munjung" kat kenalan dan jiran2..
Dah tak boleh ziarah, kita bagilah hidangan sebagai penganti..


Juadah 3 syawal..

Sup kaki lembu, gearbox lembu dan daging lembu seperiuk dang.
Boleh dijadikan kuew tiaw sup, nasi air atau hirup begitu sahaja..

Masak banyak2 ni pun berbagi2 rezeki dengan jiran2..
Selalu raya boleh ajak orang datang rumah makan2..
Ni bagi je lah kat jiran2..


Konon masak sup sebab dah muak 2 hari turut2 makan makanan berlemak santan.
Sekali gi bantai sedut "lelemaks" dalam tulang tu...
Aduhh..tu pun lemak juga kan..aiyoyoyo...


Bukan main panjang kaki lembunya..
Sampaikan nak sedut lelemaks dengan straw pun tak sampai..haha

Esoknya 4 syawal dah start puasa 6..
Alhamdulillah, harini dah boleh raya lagi sekali..
Hikmah PKP, Puasa 6 pun habis awal..







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 19, 2021

Sekecil-kecil pertolongan kita...



......... mungkin besar bagi orang lain.

Tak tolong apa pun sebenarnya. Suami just bagi cadangan je check kebocoran dalam tangki flush tandas (sebab rumah sendiri pernah berlaku)  lepas tertengok plumber datang "ketuk-ketuk"  kat meter air luar rumah jiran tu. Katanya check kebocoran paip akibat bil air yang terlalu tinggi. Tapi plumber tu kata tak ada bocor kat meter luar.
Lepas tu suami pun terus masuk rumah. Bukannya dia yang gi tolong check kan.




Alih2 tengok Mc'D delivery sampai. Eh kitaorg tak order pun. Cepat2 anak jiran tu keluar bagitau yang diaorg belanja kami. Ya Allah.. Kecil sangat2 je pertolongan tu. Tapi mungkin besar bagi mereka sebab dah beberapa bil air asyik tinggi je. So harini baru jumpa solusinya.

Alhamdulillah..
Rezeki jangan di tolak walaupun dah beberapa kali tenung je McD tu sebab puasa.

Tq auntie Tina & family.

#sharingisjariah









:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 17, 2021

Tradisi dihati walaupun Raya PKP 2021



Tradisi dihati..
Setia disisi..
Walaupun kita raya dalam PKP.
Nikmat raya haru dirai.


Amboi Daim..
Sengih2 tengok ibu bermaaf-maafan dan bercium-ciuman dengan ayah ya.


Ya walaupun dalam PKP, raya tetap raya..
Cuma cara yang lebih sederhana..
Kalau tak, tak adalah momen raya untuk anak3 nanti.
Terutama untuk usia Daim tu.
Dah lah puasa 20 hari penuh, takkan kita tak raikan..

Amboii Daim, siap intai ayah bagi duit raya kat ibu berapa ke tu?


Ya walaupun tak boleh balik kampung..
Tak boleh ziarah menziarah..
Tak boleh rentas daerah dan negeri..
Tapi tradisi raya tetap kita kena hidupkan..
Untuk disemai dalam hati anak3..
Takut lama2 nanti, tradisi makin dilupakan..
Akibat dari Covid 19 punya penangan..

Antaranya Tradisi bersalam-salaman dengan keluarga..


Tradisi berpeluk-pelukan dengan ibu ayah..


Tradisi bagi duit raya..


Hah..dengan ibu kena minta maaf banyak sikit kan..
Sebab suka bagi alasan bila ibu minta tolong tu ni..kui kui..


Betul ke ramai cakap muka Aleesya hampir sama dengan ibu?


Hah, yang si bongsu ni memang banyak ragam yang mencuit hati..
Ayahnya cakap kena minta maaf 10 kali..
Boleh pula mula2 salam tu Daim cakap ""assalamualaikum"..haha


Sukalah tu ya Daim dapat duit raya..
Mentang2 Daim banyak puasa tahun ni, ayah bagi lebih lagi duit raya Daim..


Giliran Ayyunie pula bermaaf-maafan dan dapat duit raya..


Ibu suruh Ayyunie cakap dulu apa kesalahan2 dia sebelum ni sebelum minta maaf dengan ibu..
Barulah dia lebih menghayati erti maaf tu kan dan tak kan mengulangi lagi..


Selesai sesi tradisi di pagi raya..
Cuma ralat hanya Ayah Damia seorang sahaja dibenarkan solat sunat aidilfitri..
Yang kanak2 dan perempuan tak dibenarkan kerana PKP..


Both Damias..
Dah besarkan diaorg..
Siapa yang ikut perkembangan mereka since blog ni tercipta tahun 2009, tahulah besar mana dah mereka ni.


Duit2 raya yang mak/pak sedara mereka serta kenalan ibu ayah yang bagi melalui bank transfer, kami cash out kan dan masuk dalam sampul siap2 bagi mereka. Kiranya wakil kan lah. Tu pun dah happy sakan mereka. Ya lah musim2 tak leh ziarah ni, mana dioarg nak momen dapat duit raya kan.


Family Potrait..
See..the cheeky boy..


Alhamdulillah..
Setia di sisi bersama keluarga kecil kami..


Sesi posing2 pula sebelum menikmati juadah raya..
Baju kurung kain pleated dari Mawar Cotton..
2 hari nak raya baru sempat gi kedainya beli..


Baju ayahnya dan Daim dari butik Gene Martino..


Semoga sentiasa setia disisi ya bang..


Alhamudillah..
Sempurna sudah 1 Syawal kami..
Moga2 tahun depan tiada lagi tak boleh rentas negeri..
Dan dapat pulang ke kg halaman beraya bersama orang2 yang dikasihi.

Selamat Hari Raya Aidilfiri..
Maaf Zahir dan Batin..
Untuk semua yang menbaca blog ini serta mengenali diri ini..





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 12, 2021

Journey Puasa Daim untuk Ramadan 2021


Alhamdulillah..

Sahur terakhir Ramadan 2021.
Pengalaman pertama Daim puasa hampir penuh (2 minggu lagi masuk 5 tahun). Dan kami tak pernah paksa dia puasa tau.

Dalam 10 hari pertama je tak sepenuhnya puasa sebab dia sahur pukul 10 pagi sebelum pergi sekolah. 
Lepas2 tu dah ikut sama kitaorg sahur pukul 5 pagi. Langsung tak ada drama nak bangun. Kita panggil nama dia je, terus dia bangun. 

Disiplin puasa Daim kuat.
Balik sekolah kita offer minum air ke, makan kuih ke atau ais krim ke mesti dia cakap "eh mana boleh, kan Daim puasa". Balik sekolah tu sempat lagi bertenaga main basikal kejap.

Dalam kelas dia ada 2 orang je budak melayu. Semua tak puasa time rehat. Daim sorang je puasa. So cikgu2 dia faham dan setiap kali rehat, mesti Daim kena duduk belakang dan siapkan homework dia. Syukur, Iman Daim kuat 👍.

Alhamdulillah. Ibu, ayah dan kakak2 bangga dengan Daim ❤️❤️. Daim happy dengan journey puasa dia.

#daimmuslim
#ramadan2021



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, May 8, 2021

Resepi Tepung Bungkus gedik-gedik


Ya Allah..
Lamanya tak makan tepung bungkus..
Teringin sangat-sangat nak makan tepung bungkus gedik-gedik..
Selalunya boleh jumpa yang gedik-gedik ni kat Kelantan je..
Tempat lain macam kurang gedik-gediknya..


Kenapa gedik-gedik
Sebab inti nyor tu langsung tak digentel bulat-bulat dulu dengan tepung pulut atau tepung beras.
Alaaaa...yang macam orang gentel2 buat onde-onde tu..
Ni inti nyor semata-semata.
Laku keras kat rumah ni sebab juri-juri dalam rumah semua puji sedap sangat..


Dan tekstur tepung tu pun lembut je.
Tak kental sangat.
Lebih sedap dan gedik2 dalam mulut gitu..


Boleh refer video kat atas ya cara-cara nak membuatnya..

Bahan-bahan untuk tepung:
1 cawan tepung beras
1 kotak 200ml santan
3 cawan air 
secubit garam

- Masukkan kesemua bahan2 diatas ke dalam periuk. 
-Kacau2 hingga sebati. 
-Kemudian boleh masak di atas dapur sehingga adunan sedikit kental.
-Sentiasa kacau-kacau untuk elakkan adunan berketul.

Bahan - bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
2 gelung gula melaka
2 sudu gula putih
3 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air (atau secukupnya)
Secubit garam

- Masak air bersama gula melaka, gula putih dan garam sehingga larut.
- Masukkan pula kelapa parut. Masak sehingga air hampir kering.
- Kemudian masukkan tepung, kacau2 sebati dan masak lagi hingga inti kering
- Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan jadi inti dalam tepung bungkus


Ni cara nak buat tepung bungkus..
Mula2 letak adunan tepung yang dah dimasak sebelah bawah..
Lepas tu letak inti. Suka hati nak letak inti tengah2 boleh, nak letak tepi kiri kanan pun boleh.


Kemudian, ambil lagi adunan tepung tadi dan letak kat bahagian atas untuk tutup inti..


Lepas tu boleh lah balut tepung tadi dengan daun pisang.
Dan kukus selama 10 minit sahaja..
Nak makan biar tepung bungkus sejuk dulu ya baru buka daun pisang tu.
Kalau tak nanti tepung bungkus tu tak cantik dan tak "terletak" kejadiannya..

Yummm yummm..
Selamat mencuba..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 5, 2021

Buffet Ramadan 2021 di Johor || Hotel Seri Malaysia


30 April 2021.
Ramadan yang ke 18.
Berbuka bersama dengan staffs..
Lokasi yang menjadi pilihan buffet ramadan adalah di Hotel Seri Malaysia..


Both Damias..
Kebetulan sebelum datang sini ada appointment kat UTC buat IC Ayyunie..
Dah remaja dah awak Ayyunie..
Teringat masa mula2 ibu menulis dalam blog ni masa awak kecik usia baby lagi...huhu.


Halah halah..
Daim pun puasa penuh tau..
Tapi tak hari2 lah..
Ada juga hari yang dia kecundang..


One for the album..


Masuk IG Story ke tu???


Sabar menanti waktu berbuka...


Me..
Wajib lah posing kan..


Lambat lagi ke berbuka ni..


Menu pertama yang saya makan selepas kurma dan air..
Sup Gearbox..
Haha..padahal semalamnya tu dah masak bihun sup tulang utara..
Tetap mencari sup juga ya...
Sedappp..


Kambing golek..
Kalau garingkan sikit lagi tu lagi sedap..


Untuk yang nak tahu harga buffet ramadan di sini..
Sempat lagi nak pergi tu sebelum berakhirnya ramadan 2021.


Ada macam2 lagi juadah yang disediakan.
Dari steambot, nasi minyak, nasi beriani, ulam-ulaman, gorengan panas2, aneka air berbalang2 pilihan dan lain-lain. Boleh jengok2 video di atas ya.

Happy watching..



p/s: Surau disediakan. Wajib bawa telekung dan sejadah sendiri ya. Better ambil air wuduk siap2 lah kat rumah. Dan better juga solat awal which means lepas minum air dan makan kurma, solat terus. Kalau tak jem surau nanti. Dan semestinya SOP janganlah diabaikan ok...




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::