Saturday, May 23, 2020

Tips merebus ketupat nasi






Sekejap je dah 30 Ramadan.
First ramadan yang cukup hari terawih. 
Kecuali time Allah bagi cuti untuk perempuan lah. 
Memang banyak hikmah menyambut ramadan kali ni seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan. 
Kalau dulu kadang2 ada alasan skip terawih di surau atau masjid sebab takut Daim ganggu jemaah lain, kita tak kusyuk asyik fikirkan Daim ke sana ke sini, penat balik kerja, sibuk kat dapur, anak2 banyak kerja sekolah, Daim tidur awal dan alasan2 lain, kalini tidak lagi. Semuanya berjemaah terawih, apatah lagi yang solat wajib kan. Syukur alhamdulillah. 

Harini pasti ramai antara kita sedang buat persiapan raya esok kan. Walaupun ramai antara kita tidak boleh balik kampung, tapi raya tetap diraikan sebagai tanda kemenangan orang2 berpuasa. Ada yang sedang merendang dan menganyam ketupat ke tu? 

Semalam masa beli kelongsong ketupat ni, sempat makcik yang jual tu bagi tips kat saya (al maklumlah first time excited nak rebus ketupat sendiri ni, selalu beli yang dah siap ada nasi dalam tu, so saya tanya macam2 lah)

1. Beras cuci bersih2 dan tapis bagi keluar semua air dulu. Jangan masuk beras yang masih berair2.
2. Kelongsong ni balik rendam kejap dalam air, takut kotor2 ada lagi dalam kelongsong tu. Dan gantung bagi kering kejap. 
3. Letak beras separuh (siap tunjuk garisan segitiga) je. Kalau tak nanti ketupat keras.
4. Rebus dalam periuk 4 jam baru cantik dan lembut ketupatnya. 

Pastu saya cakap "hah 4 jam? 
Kalau saya guna pressure cooker boleh cik?" Sekali makcik tu jawab "apa benda ker tu". Alamak, makcik tak faham pula πŸ˜€. 

Apa2 pun terima kasih makcik baik hati bagi tips. Merasa lah buat ketupat sendiri (walaupun beli kelongsong yang siap je)  tahun ni πŸ˜‰. 


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua. 



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment:

Warisan Petani said...

Wak pun dah siap rebus ketupat nasi daun kelapa.
Berbuka puasa last nanti bolehlah rasmikan