Wednesday, April 8, 2020

Kecoh-kecoh didapur bersama Chef Cilik dalam bahasa mandarin



Tu diaaaa..
Bila anak-anak rajin menolong ibu didapur..
Memang kecoh lah..
Terutama kalau Ayyunie yang tolong..serba serbi nak tanya, ada ajer idea ajak kita berborak.
Berbanding Aleesya yang agak pendiam sikit..cakap bila perlu je dia..

Time2 kuarantin ni, antara salah satu aktiviti untuk elakkan anak2 bosan, bolehlah ajak anak2 tolong didapur juga. Tak rugi pun sebenarnya, sebab banyak manfaat untuk diri diaorg juga. Sekaligus dapat  ringankan beban ibu yang 6x masak sehari dalam tempoh kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan ni.

Btw mandarin ni kena selalu practice cakap, kena selalu mendengar.
Baru cepat menghafal.
Lagi bagus kalau pandai tulis tulisan cina.
Memang mudah hafal dan akan ingat sampai bila2.

Dah hafal kena sebut pronounciation betul2.
Salah sebut dengan intonasi yang salah, lain maknanya nanti..
Haru...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: