Sunday, March 22, 2020

Langkah selepas pulang beli barang untuk cegah Covid19



Tak payah nak keluar rumah tanpa sebab2 mustahak. Kalau nak beli barang2 keperluan asas pun, biar ketua keluarga seorang je yang pergi. Dan amalkan langkah2 pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Sebelum ayahnya balik, dah halau anak3 ni semua naik atas. Jangan turun selagi ibu tak suruh turun.

Ayahnya balik pula, buang sarung tangan dan face mask tu siap2 dalam plastik kat tong sampah luar. Basuh tangan dengan sabun kat luar. Masuk rumah terus pergi tandas mandi dan rendam pakaian dalam sabun. Dah siap, baru panggil anak2 turun ke bawah.

Tu tak masuk nak sanitized dan lap barang2 dapur kering pula. Barang2 basah basuh siap2. Sayur2 dan buah2 rendam dalam air garam dulu.

Tapi ayahnya bagitau, ada juga yang degil buat donno je gi kedai Acheh selsema tak pakai face mask, tak pakai sarung tangan dan yang lagi kronik bawa anak2 kecik naik motor. Adoiii..kenapa susah sangat nak dengar arahan dan jaga keselamatan ni..

Semoga ketua2 keluarga kita semua dilindungi olehNya.

#covid19
#perintahkawalanpergerakan
#velocifero



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: