Starlight pass tu apa?
Ok meh nak cerita.
Kalau nak beli tiket masuk ke Tokyo Disneyland ni, boleh pilih sama ada nak beli:
* 1 day pass ( untuk 1 hari)
* Starlight pass (untuk jam 3 petang keatas pada hari sabtu, ahad dan public holiday Jepun)
* After 6 pass ( untuk jam 6 ke atas pada hari bekerja sahaja)
Selain dari 3 pass diatas, boleh juga pilih 2 day pass, 3 day pass atau annual pass Disneyland.
Maklumat lanjut bolehlah direct ke website Tokyo Disneyland.
Memandangkan kami pernah spent 1 day pass dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Hong Kong Disneyland pada tahun 2018, jadi trip kalini kami ambil starlight pass pula.
Masa di Hong Kong Disneyland, balik lambat pun tak pe sebab transport yang diuruskan oleh travel agent dah memang tunggu kita dan terus hantar sampai depan hotel. Tapi kalini kami pergi sendiri dan banyak naik public transport, tak daya nak tunggu sampai jam 10 malam. 8 malam dah gerak balik naik train..hihi..
Ini bukan pintu depan Tokyo Disneyland.
Ini baru pintu gerbang nak masuk sebaik sahaja kami turun dari train.
Lebih kurang berjalan lagi dalam 15 minit baru sampai ke kaunter tiket.
Bagi sesiapa yang ada kad kredit, boleh terus beli tiket melalui website.
Tapi memandangkan saya dan ayah damia tak ada kad kredit dan strictly tak boleh guna kad debit untuk pembelian melalui website, so kami beli terus beli melalui kaunter sahaja. No worries, tak ramai orang beratur pun time kami beli tiket tu. Layanan staffs di kaunter pun sangat friendly. Dan untuk pembelian terus di kaunter boleh guna kad debit ya.
Sementara tunggu jam 3, kami solat jamak dan makan bekal lunch siap2 kat ruang legar pintu masuk.
Al maklumlah, bukan senang nak dapat makanan halal kat dalam tu nanti.
Yang boleh beli hanya popcorn dan Churos sahaja.
Bergambar dihadapan exit gate.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu..
Karakter first sekali yang kami jumpa adalah Bunny ni..
Bukan main seronok lagi Daim dapat peluk ya.
Karakter first sekali yang kami jumpa adalah Bunny ni..
Bukan main seronok lagi Daim dapat peluk ya.
Kami juga tak melepaskan peluang untuk bergambar sekeluarga.
Nanti petugas bersama setiap karakter akan volunteer ambil gambar untuk kita.
Dihadapan Cinderella's castle yang under construction lagi..
Tempat pertama yang kami pergi adalah Adventure land.
Masa ni naik boat keliling sungai tengok macam2 boneka binatang ada.
Show Mickey Mouse..
Khusyuk Daim tengok show since dia pun dah kenal karakter Mickey Mouse tu..
Nak jumpa Jack Sparrow, kenalah masuk Pirates of The Caribbeans..
Beratur boleh tahan panjang, tapi laju je barisan gerak.
Normal kena tunggu 10-15 minit beratur untuk main satu2 ride tu..
Ok dah sampai..
Tunggu gate buka nak naik boat.
Macam2 Daim tanya kenapa gelap, kenapa ada sungai, nak pergi mana, kenapa bla bla bla..hihi..
Show dalam gelap..
Sambil riding, sambil tengok show gitu konsepnya..
Usia2 Aleesya dan Ayyunie ni, memang masih teruja lah masuk Disneyland ni.
Ride yang paling lama kami beratur, 2 jam beb..2 jam..
Perghhhh..unexpected..
Ingat dalam gua tu beraturnya pendek je, sekali hambik ko...
Untuk ride ni hanya saya, Aleesya dan Ayyunie je main..
Daim tak leh main, so ayahnya tunggu kat legar2 tu...
Tunggu sampai badmood dan Daim pun tertidur ya..
Huhu..
Tapi puas hatilah dapat main antara ride yang paling adventure ni..
Kiranya kami 3 beranak mencabar diri masing2 gitu..
Ayyunie dah buat hal nak terkencing bagai pula...haha
Merasa naik ride malam sebab jam 5 petang kan dah malam kat Jepun ni..
Dan merasa naik ride dengan angin sejuk beku...fuhh..
Tomorrow land..
Sistematik dan tersusun je orang ramai2 ni duduk nak tunggu Parade Show.
Serius, memang cantik tesusun je masing2 duduk atas tikar/alas masing2.
Setiap barisan yang kita nak masuk duduk tu, akan ada petugas yang jaga.
Jam 8 malam, kami pun balik..
Bye bye Tokyo Disneyland.
InsyaAllah, next time kita cover Disneyland Negara lain pula ya..
Masa nak balik, kami dah malas nak berjalan dan nak try naik Disney Monorail pula.
Monorail ni akan berhenti di setiap station within dalam Tokyo Disney Resort ni.
Macam kami nak berhenti di JR Mahaima Station untuk pulang semula ke Tokyo.
Bayaran tiket 260 Yen untuk dewasa dan 130 Yen untuk kanak2 bawah 11 tahun.
Suasana dalam Disney Monorail..
Masing2 pegang beg plastik Disneyland dan bear2 yang mungkin dapat masa main game.
Kmai pun tak ketinggalan juga bawa beg plastik Disneyland yang berisi mainan Daim, cenderahati both Damias dan gambar masa ride.
Walaupun penat, tetap boleh senyum kan..
Demi keluarga tercinta dan anak3 tersayang.
Syukur Alhamdulillah diatas rezeki dan peluang ini.
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::